Tuesday, July 19, 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan 2011

16 Julai baru2 ni SK Pauh Jaya telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan utk murid2nya. Bersemangat la Yah nak ambil hadiah. Angah pun sama selain mengambil bahagian dalam Coral Speakinh n Melodian.

Yah diapit oleh Adam Badruzzaman dan Adam Afif

Angah n geng drjh 5

Berjubah

Giliran Angah

Angah dgn persembahan melodian

Hadiah cabutan bertuah tapi bukan aku punya. Tolong ambil utk empunya Berkongsi Cerita

Hadiah Angah satu. Selebihnya Yah punya.

Tahun depan bagi dapat lagi. Cuba dapatkan kedudukan pertama. Kalau boleh ibu nak tengok Yah ambil hadiah tokoh akademik 2015. Untuk Angah ibu tahu kemapuan Angah. Dapat 5A utk kali ni Angah cukup seronok siap nazar puasa 2 hari. Semoga kekal 5A hingga thn depan.

Friday, July 15, 2011

Barangan baby

Walau jarak dgn Yah dah 8thn tapi aku tak rasa teruja pulak. Apatah lagi nak sopping barangan baby. Tambahan pulak baby boy kali ni. Yg pasti namanya telah aku sediakan bertahun2 yg lepas. Sekiranya ditakdirkan aku mengandung lagi dan mendapat baby boy..nama itu pasti diberikan padanya. Nak tahu? Carilah sendiri..kalau A=Auni, B=Busyra, C tiada sebab abahnya tak mau (walau aku dah sediakan satu), D=Dalilah, boleh agak kut boy ni pasti E=????? Apa2 pun tungguuuuuu.


Hmmm..barang2 dia memang belum beli. Yang ada:

1. Katil baby (adik aku Anis nak bagi, anak dia tak guna dah). Seingat aku dah 3 anak tak penah sorang pun tidur atas katil baby. Semua tidor atas tilam yg dihampar atas lantai. Senang, tak yah nak angkat2 lagi. Rasanya malas nak guna yg ni.

2. Baby car seat. Yang ni memang dok ada di rumah mak aku. Kak aku ngan adik aku punya. Memang aku guna yg depa utk anak2 aku. Simpan pun buat apa.

3. Stroller. Tak dak pun tak pa. Seingat aku aku utk 3 org anak aku penah guna sekali ja. Masa ke zoo taiping utk bawa Angah (10thn dulu). Itu la sekali aku guna, pengasuh Angah pinjamkan. Cukuplah sekali, lebih baik dukung je anak2. Lecehla bawa natang ni. Nak angkut masuk keluag keta. Nak buka nak lipat. So... tak dak natang ni pun aku tak kisah.

4. Besen mandi? Adik aku Pozan nak bagi anak dia punya. Bole saja.

Lain2 memang tarak. Bo liao. Bila nak beli niiii?

Friday, July 1, 2011

Bekas air

Dah lama Yah minta buatkan bekas utk letak botol air dia. Dia nak galas macam Angah juga. So, bercinta juga la aku nak buat satu utk Yah.



Tadaaa...semalam sudah siap selepas 3 hari potong jahit rehat potong jahit rehat. Seronok dia akhirnya boleh galas botol air ke kantin. Mesti kawan Yah heran katanya.