Friday, September 21, 2012

Brunei Darussalam

Jika lepas UPSR kakak 2010 kami ke Langkawi, tahun ini kami ke Brunei. Ujian aptitude UPSR Angah tamat jam 4pm. Aku di AS ambil kakak, singgah SP ambil mak abah n balik Lunas pack barang2 n ambil suami, MIL n Angah. Jam 6 bertolak. Tiba Kajang 11.30pm antar MIL rumah saudara. (Kenapa dia tak ikut? MIL tak sihat..sentiasa sakit perut. Kasihannn). Jam 1 tiba Puncak Perdana. 5 am dah ke epot.

Ini yg buat aku gabra gila..kapal 6.45am. kami dah lewatttttttttt. Sampai je bag dah tak leh cek in sebab kargo dah tutup. terus ke pintu berlepas. Mak dgn tongkatnya...kalut juga. Subuh atas kapal!! Yah dah kebingungan nak solat camna? Ini lah masa utk mereka belajar. Org sebelah tanya..tadi tak sempat solat ka? Ya la...kami dah terlewat...

Tiba di Brunei 9.05am. Epotnya kecil dan lengang sprt di Myammar. Manusia tidak seramai kita. Populasi Brunei katanya 300K sahaja. Rasanya org KL lagi ramai. Suasana tenang. Tidak hiruk pikuk. Lihatlah kami yg santai n relax saja masa keluar kapal.

Di luar, 4 kereta menanti kami ber7. Banyak tu..macam rombongan lak.. hahaha.. silap aku kut.. communication break down sebab fb tak leh access dan phone juga tersekat2. Pandai2 la cover line.

Lepas rehat 30min rumah makteh dan pakteh (kawan baik abah n mak masa belajag pondok di malaysia dulu), Kami keluag anak beranak ikut K.nor..rakan baru di sana. Mak abah tak ikut.  Destinasi pertama ke yayasan. Di situ kelihatan Masjid Sultan Omar Ali yg kubahnya dari solid gold 24 karat! Kami tak ke sana..masa suntuk..  We were in 1 1/2-day marathon! Suami sempat solat Jumaat di sana.

Kami lunch di yayasan. Sedap juga... roti cheese utk kakak (macam roti canai). nasi ayam goreng utk Yah. Nasi ayam tandoori utk aku. Nasinya serupa ja..ayam je lain. Ini teh ais cream... sedap sebab ice cream saja 1/2 glass. Balik nanti kita buat.

Hahaha... ini sign utk tandas di bangunan yayasan. Faham2lah ya..jgn salah masuk. Lepas makan tunggu bot la pulak. Eddy (baju merah, pakcik to Arifah seluar hitam. baju kurung tu K.Nor) sedang bargain utk best deal harga bot. Kami nak menyusuri laut melihat perkampungan air.

Angah..sempat posing dgn Porche nya! Perkampungan air yg baru..rumah2 2 tigkat dan setingkat dibina. Kami lihat interiornya memang cantik. Siap dgn kabinet dapur dan kipas angin. K.nor n Arifah mahu beli katanya...Silakan..aku juga berkenan.

 
Rumah air bertiang kayu, sekolah, balai polis, masjid. Semuanya lengkap...banyak sekolah utk kampung2 yg berbeza. Seronok bila dilihat tapi utk kita yg tak biasa tidak mungkin mahu tinggal di sini.

 
Seterusnya ke Royal Regalia ( muzium utk peralatan diraja) Sempat beli souvenir. Tapi ralat sebab harga mahal dr penjual sebelah. malah di epot lebih murah! Jam 5 dah tutup kami ke masjid Jame' Hasanal Bolkiah. Cantikkkkkkkkkkk. Cantik sangat2. Memang gila bergambar di sini.

 
 On the way balik Jerudong, singgah bergambar di istana. Luassss....sayupppp lihatlah guardnya...shif habis mlm nanti katanya.

Makan malam kami dibawa ke Restoren Aminah Arif utk menikmati ambuyat. Dibuat dari tepung sagu. Bole la..cuma kurang selera dgn sambalnya.. kalau kena sambal tumis mungkin sedap lagi. Lepas makan terus ke JP=Jerudong Park. Aku panggil Jurassic park. Sayang tidak diselenggara. Suasana cantik, nyaman dan tenang ketika hujan rintik2. Jika ianya beroperasi pasti 'hidup'. Balik rumah, mak abah juga sudah berjalan2 dibawa makteh dan pakteh. Jalan2 org tua..tidaklah semarathon kami. Rupa2nya sepupu abah juga ada di sini. Utk kali pertama mereka berjumpa.

Next day hanya Eddy membawa kami. K.nor dan Arifah kerja. Di sini cutinya hari Jumaat dan Ahad. jadi sukar utk mereka bawa kami berjalan2. Lihat papan tanda tu? Aku ingat salah eja..rupanya AWDA utk Awang dan Dayang. Lepas ini AWDA jgn lupa pasangkan tali keledar AWDA ya!

Cantik mural kg air dari batu2 marmar. lepas di sini kami terus lunch. Nasi ayam penyek $2.50. Roti john $1. Org Brunei memang suka makan. Harganya pun murah (jgn cuba convert ke RM jika berada di luar negara..tak makan kita nanti). Nasi, ayam 2 ketul dan sayur juga $1.

Jam 1.30 sudah di epot. Itu saja masa yg ada utk kami di sana. Makteh pakteh, k.Nor dan juga Arifah mahu membawa kami ke Miri, Limbang, K.Belait, Temburung malah KKinabalu juga! Orang Brunei memang baik2. Jika ada kesempatan dan tiket murah kami mahu ke sini lagi. Insyaallah...jika ke sini lagi Emad boleh lah ikut. Kesian kena tinggal..bawa pun kesian juga nak bermarathon!

Wednesday, September 12, 2012

Raya 2012


Kisah raya yang tertunda sebab sim kad tak boleh dibaca. Alhamdulillah atas pertolongan seorang sahabat, dapat juga upload gambar raya.


Malam raya..cucu2 seronok main bunga api

Akashah dan Asyraf

Muka first time tengok bunga api dan mercun

Seronoknya Raya...yehhhhhh

Tema family aku tahun ni..Baju tanah hitam

Kakak sulung n family

kakak ke-2 n family

Adik pertama lelaki n family

Adik bongsu lelaki n family

Adik kedua pompuan n family
 So...caku no berapa lam family? cuba teka..cepatttt

Cucu2 17 org...6L11P. Itu si Aysraf tak leh renggang ngan abah dia

6 anak 6 menantu 17 cucu

MIL aku

pagi raya keluarga makngah memenuhi ruang

budak first tiem raya

anak cucu mak ngah

Monday, September 10, 2012

Dalam Kenangan

Cikgu Zulkifli Bin Kassim...lebih dikenali dgn Cikgu Zul..dulu kini dan selamanya. Semalam menerima berita pemergian beliau dari seorang sahabat. Ini petikan dari laman web beliau http://www.cikguzul.com/


Sesungguhnya jasa belaiu memang tak dapat dilupakan. Pertama kali mengikuti kelas belaiu semasa Tingkatan 1. Kelas Lateral Thinking. Berdasarkan karya Edward De Bono. Aku suka kelas tu. Kelas yg santai..penuh dengan ketawa. Cikgu Zul yg ceria dan kreatif.

Paling aku ingat, sekali tu kami kena fikirkan apakah kegunaan penutup/tudung pen. Pen dulu kan banyak guna penutup? Maka macam2lah jawapan yang keluar...buat korek telinga, cikgu! Korek hidung, Cikgu! Letak belakang pensel kontot, Cikgu! Macam2 lagilah.

Satu lagi insiden yg paling aku ingat..dalam kelas aku ada budak ni mana Nazri...lekat nama Nazri Trade-In selepas kes dlm kelas perdagangan. Asalnya bagaimana aku tak ingat. Cikgu Zul suruh dia keluar kelas dan cium sebatang pokok yg berada dlm 3m dari kelas...Sebabnya? Aku dah lupaaaaa.... tapi aku tak lupa Cikgu Zul.

Cikgu Zul juga ajar kita membayangkan sesuatu...pernah dia suruh kami bayangkan buah limau..yg airnya meleleh dan segar (bulan posa rasanya)...warna orennya begitu ummmm...kebetulan bibir aku kering..maka aku pun menjilat bibir..sudah..akhirnya..Hah.."Noor Aina dah jilat bibir teringat buah limau... " memang tak lupa insiden ni...

Kawan2 aku tentu ingat semasa program dlm dewan besar sekolah. Ckgu Zul jadi moderator.."pejamkan mata anda..bayangkan kedua2 tangan anda memegang sebiji belon yang kecil. Lama kelamaan belon itu membesar..membesar dan terus membesar...akhirnya anda dibawa terbang oleh belon tersebut..jauh dan jauh..hingga anda tiba satu tempat..anda nampak di bawah ibu anda sedang membanting tulang.. etc..etc.." Aku ingat lagi..sahabat2 aku ramai yg menangis..AKU? hahaha..aku buka mata tengok kiri kanan..samar2 nampak tgn kawan2 yg mendepa memegang belon yg dibayangkan terlalu besar...tgn aku? tak besar2 sebab belon dok kechik seperti asal...tak dpt bayangkan sebab nanti aku sedih..baik aku jelng kawan2...

Setelah tamat MRSM aku tak jumpa Cikgu Zul tapi aku ingat dia... bila terjumpa cikguzul.com aku terus email dan dapat reply. Sejak itulah..4-5 thn lepas..Cikgu Zul adalah orang pertama mengucapkan Selamat ulangtahun pada aku setiap 1 April! Suami aku jadi org kedua sejak itu hinggalah April 2012... Dan Cikgu Zul jugalah satu2nya insan yg akan sms nama aku dengan koam yg betul- 'Aina. Bila berjumpa sebutannya ainnya juga betul..kerana dia pernah menyebut..Aina 'Aina bermaksud di mana 'Aina!

Sekarang semua itu jadi kenangan..kenangan abadi buat seorang guru yg disayangai murid2nya. Semoga  Cikgu Zul dilimpahi rahmat dan ditempatkan bersama2 org beriman dan soleh..Amin.

Friday, September 7, 2012

Serving class

Isnin..dapat jemputan Nana utk kelas serving hotel management. Kali ni supervisornya teman Nana. Apa lagi...cari 3 lagi kawan, jom kita makan free di hotel.

Hiasan meja dari gula2. Bole ambil dan makan

Menu hari ini

Fillet ikan dory

Beef steak



Appertizer nya simple (lupa bergambar la pulak). Mushroom sup pun sedap. Desert cake oren atau capucino. Ok la..aku kurang minat kek.

Alhamdulillah. Semuanya sedap dan kenyang walau tak ada nasi.. Jgn lupa panggil kami ya kalau ada lagi.

Thursday, September 6, 2012

Apa-apa saja

Dah lama tak menulis. Sampai Mamaju pun dah tegur..hehehe..bukan malas atau sebab pulun raya sebulan. Tapi masalah teknikal yg masih belum selesai.

Cerita raya? Nanti la dulu..sebabnya gambar ada masalah. Cerita lain lah dulu.

 Apa ini? Dulu reket badminton disimpan dengan cara ini. Aku nampak reket ni masa ziarah arwah ibu sahabat Ramadhan lepas. Zaman tok kadok ni...aku tak sekolah lagi masa tu.

 Mickey? Morris? Max? Hanya tuannya yg kenal. Ziarah sahabat petang raya pertama semata2 nak berkenalan dgn meow-meow dia.

 Awatif dengan Mickey rasanya.

 Mickey lagi

 Mickey je yg boleh pegang. Lain2 asyik lari jee

 Raya ke-4 bersama Ruzila. Sahabat dqari sekolah rendah hingga sekolah menengah.

Emad..bersama Ibu Iza dan anaknya Asyraf. Ibu Iza dah berhenti kerja dari Taska Kasih Alif. Dia mahu mengasuh baby di rumahnya sendiri Di bawah pula Mama Bibah, pemilik Taska Kasih Alif. Emad akan ditinggalkan dgn Mak Bibah bila kami ke Brunei minggu depan...huhuhu..kesian Emad.