Monday, June 24, 2013

Khidmat masyarakat

KM datang lagi... kali ini kami ke MTBH. Dgn umah aku ada la dalam 15-20 minit. Maahad tahfiz yang baru dititubuhkan pada Februari 2013...pelajar2 perempuan sahaja. Tak nak cerita banyak..biar gambar yg buat cerita.

Pengerusi, penaung, pengajar dan pensyarah.
Mula2 sampai, kami bawa ini.
Masa ucapan, yang tadi dah bertambah! Rezeki...

 
Sakan dia pulun....


 
 Sebabnya ada ini... ya..kami dihidangkan dengan pulut durian...lalalala

 
 Yang perlu dicari sendiri...eksen ja lebih adik kita ni..
 
Cari durian jumpa setoi...besag2 pulak tu..kaki menyicah suka la ni.
Ada juga yg tak penah tengok buah ni


buah setag pun ada...ada panggil kundang..masam..menyicah lagi..


Keta sorong buat isi durian..bukan cempedak yg tak maska lagi tu.


Mesin sumbangan UiTM...sesi gotong royong bermula! Jon kita.
1..2..3.. Angkat..3 orang tak naik..kena 2 orang saja! hehehe
Zink meninggikan tembok juga sumbangan UiTM..belum siap sepenuhnya. Makan ttime.
Geng mengecat pondok dlm dusun
Sesudah dicat..depa tinggai macam tu ja...isk..isk..
Menikmati lunch di gazebo. best kan?
Gotong-royong di dapur
Menyusun, membasuh, mencuci..meminum pun ya juga..
 Aik..dah abis? alamak..gambag lunch aku tak amik..sebab asyik layan minum..minum..minum..sedap betoi ayag depa bancuh..kena pulak tengah panaih.. dipayungi teduhan pohon2...tangkap lentok kat pondook tadi tentu best...
 

Apa2 pun..terimakasih pada semua pihak..JSKM dan MTBH dan UiTMPP.. minta maaf banyak2..aku kena cabut dulu..balik mandi dan siap utk hantag anak2 balik asrama...kepala nyut..nyut..sebab panaih... Insyaallah..semoga semua beroleh manfaat dan ganjaran di sini Allah swt. Kita jumpa di lain KM.
 
 

Wednesday, June 19, 2013

Lawatan ilmu

Menguruskan lawatan ilmu murid tahun 6 memang memenatkan. Kalau cikgu2 tu minta aku jaga budak2 ni, memang surrender la jawabnya. Sebab tu la aku tak jadi cikgu sekolah. Hehehe


Ni pagi2 sebelum bertolak. Patutnya jam 7.30 dah jalan tapi baru nak bergambar. Tu pun ada yg ntah apa lagi la.


 Sebahagian dari murid lelaki. Frame aku kecik..tak boleh muat semua. Bas 4 bijik dok tunggu lama dah.



Kul 8 baru berbaris nak naik bas... bila nak sampai SMS Kepala Batas ni? Aku dah tak larat ni..



Dalam dewan SMS Kepala Batas. 172 murid tahun 6 semuanya. Nanti kakak2 n abang2 take over bawak ronda2.

Dok wat apa lagi tu? Tunggu dibahagi pada kumpulan2 kecik kut. Nak pi minum pagi then ronda2 sekitar sekolah. Kat luar dewan pulak ada sesuatu yg menarik perhatian aku.

Kreatifnya budak2 sekolah ni. Gelang dibuat dari butang2 baju... kat umah banyak butang2 tanggal yg aku himpun... malas la nak buat yg ni.

Ni puka grup satu lagi buat key chain, tanda nama dsbnya. Depa guna natang bulat2 kecik..disusun atas papannya dan diseterika. Mana depa cari menatang ni hah?

Ni pula jual anak2 patung, coklat bar, kad ucapan dan cenderahati. Yg warna hitam kat ujung tu aku rasa boleh buat. Dah tau mana nak cari benda ni..hehehe..budak tu dah bocorkan rahsia depa.

Seeeee... bunga dari kertas kaler2 ni..dibuat macam bunga telur tapi bubuh gula2.

Ini pula gula2 dalam pelbagai jenis bungkusan. Mesti adik2 tahun 6 teruja tengok barang2 ni nanti.

Di akhir lawatan, adik2 tahun 6 nampak teruja dan gembira. Bersemangat utk pulun UPSR nanti sebab nak masuk SMS ni. Semoga lawatan ini bermanfaat buat mereka.


Tuesday, June 18, 2013

Intensif

Harian Metro, 18 Jun 2013: “Sekiranya tidak menerima apa-apa maklumat lanjut sehingga akhir Ramadan ini bermakna rayuan mereka untuk menunaikan fardhu haji bagi musim ini tidak berjaya,” katanya. TH berkata, langkah terbaru itu adalah susulan arahan terbaru Kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota jemaah haji semua negara sebanyak 20 peratus untuk musim haji 1434H. Ia berikutan terbatasnya ruang ibadah di Tanah Suci itu ketika ini kerana projek mega memperluaskan Masjidil Haram di Makkah sedang giat dijalankan untuk memberikan keselesaan kepada jutaan jemaah haji pada masa hadapan

“Untuk maklumat terkini, bakal jemaah disaran untuk melayari laman web TH di www.tabunghaji.com.my atau hubungi TH Contact Centre di talian 03–6207 1919,” katanya. Kelmarin, TH dilaporkan akan merombak semula senarai jemaah yang terpilih menunaikan haji tahun ini, berikutan arahan terbaru Kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota jemaah semua negara sebanyak 20 peratus.

Berdoa..banyakkan berdoa... Insyaallah

 Kursus intensif haji untuk bakal jemaah Padang Serai, Kulim dan kwsn sewaktu dengannya. Ust Shafie tu memang best la.. time org mengantuk..al maklumlah..petang waktu nak rehat... isi ceramahnya serta celoteh dia tetap menangkap...

 Kaabah utk tawaf... ramai yg tak sah tawaf tadi... istilam pun di sudut yg salah.... mungkin sebab praktikal...belum betul2..

 Cuba try test kain ihram...masih ada yang terkial2... pakat bantu-membantu... sat gi nak tawaf terlondeh pulak.

 Ini hari kedua. Ceramah kesihatan dan masalah wanita. Jangan tak tau..ada ujian ibadah haji juga. 25 soalan. gagal 39% ke bawah.

Khusyuk medengar ceramah.

Thursday, June 6, 2013

Zoo Taiping

Rasanya dah lama sangat kami tak pi zoo. Kali ni nak bawa Emad pulak tengok real punya binatang. Area depan (kwsn gajah dan tunggu tram) under construction. Kena jln jauh sikit nak naik tram.

 
 tengah syok tidog kena bangun. Muka Blur lagi apa yg berlaku..nak pi mana

Eh..eh apa tu? Emad teruja tengok binatang gerak2. Selalu tengok buku ja

 Banyak2 barang, magnet ini yg Emad beli.

 1st time ke mee kuah Mak Jah Kuala Sepetang. Sedap juga. Udang freshhhhhhh

 Balik ikut jalan biada aku ternampak papan tanda ini. Jom pi sat.

Baru tahu ada kelip2. Tak payah pi jauh2 ke Kuala Selangor nunnnn. Tapi lepas magrib baru boleh. Ini yg best guna jalan biasa. Macam2 ada. Kalau ikt highway..benada yg sama la dok tengok.

Emad dok belek kut2 ada tempat lain boleh singgah...

Monday, June 3, 2013

Songhkla, Thailand

Hari kedua kami bertolak ke Songhkla pula. Kali ini adik ipar pula jadi leader. Mula2 sekali kita pi makan dulu.
Sudah sampai. Kawasannya berdekatan pantai. Banyak gerai makan Muslim di sini, Insyaallah.

Inilah kedai yg kami breakfast pagi tu. Tu semua org kita.. 5 kereta. Harga..boleh tahan juga.. Makannya Alhamdulillah.

Seterusnya kami ke Samila Beach. Di sini juga banyak gerai jualan. Ada kuda utk ditunggang.

Samila Beach ni femes sebab duyung mas tu... pantainya putih bersih. Lain2 gerai la banyak.

 Destinasi seterusnya, Zoo dan Icedom.

Masuk 350B(RM35) saja sekali ngan kereta. Bayaran ni termasuk taman tema kat dalam tu. Memang murah la bagi aku. Kita boleh round ikut suka sebab kita bawa kereta sendiri.

 Show haiwan n sea lion dia kurang menyengat. Tak best. Best lagi di Safari Puncak, Bandung. dah le cakap siam ja..mana aku paham.

Peta utk laluan kereta.

 Suka akar jurai2 ni..

Selamat tinggal. rasa nak mai lagi la.

Di icedom... bayaran masuk memang mahal gila utk 15 (yg tak tahan) ke 30 min (kalau tahan sejuk). kanak2 dikira dari 150cm ke bawah. Untunglah anak2 sapa yg kecik molek. Anak2 aku saiz besag. Banyakla duit keluag. Suhu kat dlm tu -15C.

Bayaran termasuk jaket sejuk dan sarung tgn tapi tak cukup. Keras tangan ni tahan sejuk. Si kecik tu relax ja kami tengok.

Ada slide lagi. Laju gila. Kena pandai2 brek bila sampai bawah. memang cantik la di dalam.

Ukiran ais dia memang awesome! Tapi cepat la..aku tak tahan sejuk ni..keras jari2 dah.

 Lunch kat atas bukit di situ. Makanan Muslim banyak. Tapi mahal..macam kat Malaysia jugak.

 
 Cuba translate kalau faham.

 
Akhirnya kami pulang dulu ke Tanah air..hehehe. Singgah pekan Danok kat sempadan beli beras dan kacang2. Memang murah kat sini. Patutlah ramai org sanggup mai shopping beras di sini. Org2 Bkt.Kayu Hitam memang dekat la. Insyaallah akan datang lagi.