Friday, August 26, 2016

Buku: Footsteps

 Adapun orang-orang kafir, maka Aku (Allah) akan menyeksa mereka dengan azab yang amat berat di dunia dan di akhirat, dan mereka pula tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat menolong. (A-li'Imraan 3:56




Buku akhir sekali aku tulis mengenainya ialah buku Ramlee Awang Mursyid (RAM), Januari 2015! La ni dah Ogos 2016. Tak kan aku tak baca buku di antara tu kut? Banyak sebenarnya cuma tak sempat nak cerita.

Jadi, hari ni aku ambil peluang nak cerita sikit buku Footsteps (tajuk omputih.. tentulah bahasanya pun omputih kan). Aku baru saja habis baca buku ni 2 hari lepas. Lebih kurang 4-5 hari jugak la nak khatam buku ni. Dah tu, aku baca langkau tajuk. Apa nak kisah sebab tajuk-tajuknya bukan berkaitan pun. Nak baca belakang dulu pun boleh.

Penulis buku ni, Azlan Rahman, atau lebih dikenali dalam kalangan kami sebagai Pak Lan. Ya.. Pak Lan.. merangkap guru English semasa aku di MRSM Balik Pulau. Tapi aku beruntung sebab aku bukan kelas dia hahaha. Aku kelas isteri Pak Lan (masa tu girlfren dia la kut, mana aku tau), Miss Rudi. Untung Miss Rudi.. dah kawin dah ada anak pun dipanggil Miss lagi...hahaha.

Pak Lan masa tu warden asrama lelaki. Baru balik dari obersea..USA. Dapat ngajar di sekolah yang terletak kat kawasan luar bandar. Lebih tepat sekolah kawasan pondok di mana pekannya kena kongsi dengan warga-warga lain di sebalik sebuah pulau. Tak percaya? Cuba tengok alamat sekolah kami

MRSM Balik Pulau
Jalan Pondok Upeh, Pekan Kongsi, 
Balik Pulau, Pulau Pinang

Ok. Tu sikit-sikit sebagai pengenalan. Buku Pak Lan ni kalau baca, terutama bab sekolah asrama yang berkaitan dengan Balik Pulau, memang boleh mengimbas kenangan lalu. Ada yang cerita tak tahu dah jadi tahu. yang kelakar pun ada yang geram pun ada yang hmmmm padan muka dia pun ada.. sori Pak Lan. Ampun kan saya.

Buku ni juga serba sedikit membuatkan kita lebih kenal siapa Pak Lan. Pak Lan yang dulu. Berdasarkan buku ini tepat seperti sangkaan beberapa teman aku. Teman-teman kata Pak Lan ni macam ni macam tu. Bila baca Footsteps, eh eh.. betul la korang. Hahaha... sekali lagi minta maaf Pak Lan. Kami pelajar-pelajar zaman Pak Lan di sana minta maaf banyak-banyak. Cerita-cerita asrama masa tu dan macamana Pak Lan dikenakan oleh budak-budak nakal. Yang paling aku tak sangka, rupa-rupanya Pak Lan penghuni sickbay! Oh Ya! Of all the things happened there, why on earth Pak Lan didn't even know Kak Zah tu isteri CikguTengku Lukman?

One thing for sure (nak speaking la kejap ye), Pak Lan. You don't have to worry about your grey hair. Yes, during those years you did not really looked like a Malay (at least for me). And if people said you are Bosnian now, hmmm... ok, acceptable. I know you are proud of it, a bit.. hahaha. And Miss Rudi will always be at her 'so Bosnian' husband.

So, pada kawan-kawan sekolah aku. Kalau rasa nak mengimbas kenangan dan nak tahu cerita Pak Lan (dan Miss Rudi of course) silalah dapatkan buku ini segera. Au tak boleh cerita banyak, tak thrill nanti. Boleh hubungi Miss Rudi merangkap isteri, editor, pengurus segala di 0126585140. (err Pak Lan.. ada komisen tak tolong promosi ni..hahaha)





Thursday, August 25, 2016

Langkawi selepas 6 tahun

"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)". (A-li'Imraan 3:53)

Lama sungguh aku tak update blog ni. Tengah sedap-sedap menaip.. tup! tak boleh save la pulak.. Adoi.. penatnya. Terus terlupa dicampur dengan sibuk meanjang. Habis semua tergendala. Camna pun, misi harus diteruskan. Sekurang-kurangnya ini untuk tatapan anak2 aku bila depa rindu kat masa lalu depa nanti.


Rancangan yang tiada dalam kalendar tahunan aku. Langkawi aku datang lagi. Asalnya kawan2 ajak datang small reunion. Akhirnya yang berjaya cuma lima orang tak termasuk aku. Kebetulan pulak sedang cuti, tiba2 saja aku rasa nak join the club. Usung sekali satu keluarga.

Emad tentulah teruja naik bot. Bot laju pulak tu. Dari mula naik hinggalah sampai.. 1 jam setengah tu.. mulut dia tak berhenti cakap. Letih ibu. Sudahlah hari sebelum tu ambil Angah di sekolah. Terus beli tiket bot jam 7 petang untuk hari Jumaat esoknya. Petang Jumaat ambil Yah di Nibong Tebal, zooommmm terus ke Kuala Kedah. Bot jam 7 tiba jam 9 di jeti Kuah. Dapat kereta, nak cari jalan ke homestay pulak dalam gelap malam.


Bayangkan dengan handphone masing2 tak ada maps, bateri abis dan aku punya nyawa2 ikan.  Nak cari Villa Tepi Bendang dalam gelap malam. Tiba-tiba pula hujan turun dengan lebatnya ditambah dengan Emad yang tak henti tanya itu ini. Angin..asap... hampir keluar jugak la.



Jalan menuju ke sini memang jalan kampung, tepi bendang. Terlajak jalan pulak. Oh cabaran betul. Bila jumpa rasa tak sabar nak baring saja. Esok pagi ada agenda lain. Pulak tu, ada yang kelaparan. Alhamdulillah ada restoren berhampiran masih buka. Makan malam agak lewat dan lewat malam baru boleh tidur sebab budak kecik tu masih teruja untuk bertanya!

  

Bangun pagi2.. alangkah gembiranya dan riangnya rasa hati.. hahaha.. macam lagulah pulak. Bukan apa. Dalam gelap subuh, buka tingkap dapur nampak nyior sebatang dan swah di belakang. Boleh dengar bunyi reriang rimba, bunyi ayam berkokok. Bunyi-bunyian kampung yang sudah lama aku tak dengar! Tenang rasanya, buat aku rindu nak tinggal di kampung.. kampung yang betul2 kampung.. bukan macam Kg.Baru Kuala Lumpur tu ya.


Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. (A-li'Imraan 3:54


Kali ini aku nak bawa anak2 mangrove tour pulak. Tempat2 lain dah bawa tahun 2010 dulu (lepas kakak UPSR). Pakej RM250 satu bot untuk perjalanan 2-3 jam sangat memuskan. Anak2 pun seronok.


Sebelum ke Tanjung Rhu ni utk tour, beli tiket untuk balik esok dahulu. Jalan nak ke jeti jem juga pagi tu. Mesim cuti memang ramai manusia ke sini.

 

Beri makan helang? Dulu2 ingatkan begitulah suasananya. Rupa-rupanya singgah untuk lihat helang2 ni sahaja. Dan yang memberi makannya adalah jurupandu bot bukan kita. Kulit-kulit ayam ditabur ke atas air. Kalau tak banyak bot di situ helang2 merah pasti turun menyambar makanan. Bila bot banyak, helang2 menghilang sekejap.

 

Seterusnya kita akan lalui Gua Buaya ni. Bukannya besar dan panjang pun. Seminit saja dah lepas. Kenapa nama Gua Buaya?


Inilah cerianya kata jurupandu bot. Keluar dari gua tu, ditunjukknya batu ini. Katanya batu ini berbentuk seperti buaya. Dia kata. Aku tengok tak serupa buaya pun.. hmmm. Tak pa lah. Sekurang-kurangnya gua tu bernama.


Dulu, selalu tengok dalam gambar saja Klim Geoforest Park ni. Rupa-rupanya sini ter terletak mercutandanya. Dan kata adik jurpandu tu lagi, kalau tengok puncak bukit ni, nampak macam kura-kura. Ok. Yang ni aku percaya sebab memang macam kura-kura. Tapi aku tak ambil gambarnya pulak.. sorryyyy.


Nama pun mangrove tour, tentulah ada pokok bakau kan? Kawasan ni memang banyak monyet/kera. Dan yang ada ni memang dah biasa dengan manusia. Monyet/kera ni tak takut dengan orang dah. Jangan sesekali tunjuk tau bagi nampak makanan kat geng-geng ni. Alamatnya siap sedialah menjadi mangsa rompakan. Satu bot di belakang kami dah kena. Haiwan ni sanggup berenang ke bot untuk mendapatkan keropok yang dia nampak. Bot di depan kami pulak, ntah dari mana datangnay kera dah ada atas bot. Lompat jauh kut. Dan targetnya makanan pompuan2 seksi tu la. Nasib baik tak dirabanya 3 perempuan seksi tu hahaha. 


Kita juga akan dibawa ke Gua Kelawar. Kali ni bukan sebab bentuk batunya macam kelawar ya. Tapi sebab guan tu memang banyak kelawar. Dari masuk ke keluar dalam 10 min berjalan. Tak perlu takut pun. Torchlight boleh disewa di luar gua. Ada bayaran masuk tapi taklah mahal pun.


Hentian terakhir dalam tour ini di kolam ikan. Bukan ikan untuk peliharaan makan tapi ikan2 untuk tontonan. Salah satunya ikan pari ini. Johhny namanya. Yang terbesar di kalangan pari2 yang ada. Pandai pulak tu bila dipanggil namanya dia muncul. Sudah biasa dengan suara yang memangggil.


Akhir sekali bagi peluang pegang bintang di laut seba  nak gapai bintang di langit memang tidak kesampaian. Hidup lagi ni. Nampak macam ketul batu saja. Selesai perjalanan untuk pagi ini. Jom pi makan pulak.

A055

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan". (A-li'Imraan 3:55)



Sebelum balik homestay (komstay kata Emad), singgah di akuarium dulu. Sekadar memenuhi permintaan budak kecik nak tengok ikan jaws. Dah puas hati dengan ikan jaws baru boleh balik tido dengan lena dan rehat sampai ke malam sementara tunggu waktu dinner. Tapi sebelum itu sempat juga ke Beras Terbakar mencari kain batik pesanan mak. Kalau tidak dipesan memang aku tak cari punya sebab memang datang sini bukan untuk shopping pun.


Nak makan malam sempat pulak singgah kedai kasut ni bila jumpa geng. Geng small reunion yang berliam tu. Dah tu dengan aku sekali pi beli sepasang kasut. Kasut kulit jahitan tangan, sedap dan lembut saja bila pakai. Berbaloi la membelinya. Sebelah kedai kasut tu pulak kedai coklat Hj. Ismail Group. habiskan duit di sini pulak. Itu pun sebab ada yang memesan coklat Daim. Kalau tak pesan, memang aku tak singgah kedai ni.


Inilah geng reunion berlima, Rafidah, Mus, Mekna, Eida dan Milah yang juga merupakan geng shopping Langkawi. Tak terikut aku kalau shopping. Yang baju biru tu.. tiba2 saja terjumpa dekat sini. Fadhil mencari hotel untuk menginap. Pukul 10 malam tu, kesian anak2 dah mengantuk dan letih dalam kereta. Yang berapron tu pulak, Ronizam, tuan restoren ka share dengan tuan restoren ka tak tau la. Restoren ni, kedai kasut dan kedai coklat di jalan yang sama, di belakang kedai Al-Ikhsan (satu-satunya yang ada di Langkawi, jadi mudah nak cari). Jadinya, memang sungguhlah mini reunion Balik Pulau malam tu.


Makanan kat sini memang sedap woooo. Nasi daging bakar ni memang serius sedap. Aku tumpang En.Somi punya sikit hahaha. Aku punya roti bakar telur goyang ni saja, but it was so delicious, I tell you! Kawan2 order char kuey teow, anak2 order nasi goreng, semuanya sedap2. Aku tak tipu sebab aku rasa yang depa order. Ada yang siap tambah char kuey teow lagi! Bagi yang nak cari makan, memang aku rekemen restoren ni, tapi aku tak ingat namanya. Klunya hanya dia berhadapn kedai kasut. Kedai kasut sederert kedai Hj.Ismail yang jual coklat2. Belakang Al Ikhsan. Moga berjaya mencarinya.


Dah penat sehari suntuk berjalan, malam tu tido lena dan hampir terbabas untuk subuh. Apa lagi, kelam kabut la masing2 sebab bilik air ada 1 saja. Lepas solat sambung tido balik. Penat tak hilang lagi. Hari ni dah nak balik jam 3 petang.

Sebelum balik ronda2 tepi pantai sekejap. Bagi dia main air main pasir dulu. Tapi tak boleh lama2. Kalau awal lagi boleh juga mandi2 sekejap di pantai ni. Bersih dan cantik.. Berhampiran airport. Tapi aku tak tau nama pantai ni, minta maaf ya. Kat situ katanya terkenal dengan laksa ikan sekog. masa kami sampai belum buka, dan aku pula bukan hantu laksa jadi tak kisah sangatlah ikan sekog ka dua ekog ka. Kalau google memang jumpa punyalah, memang dia letak ikan kembung sekog dalam laksa. Itu yang menjadi tarikannya.

Ok. Dah puas jalan2 Langkawi, jom kita balik. Bot jam 3. Agak2 dalam jam 5 dah sampai jeti Kuala Kedah. Lepas makan terus hantar Angah ke asrama yang hanya dalam 20 minit dari jeti. Kiranya bonet kereta hari datang memang dah penuh la dengan barang2 Yah dari asrama dan barang2 Angah nak balik asrama. Semuanya satu arah, mudah perjalanan. Boleh balik rehatkan badan, Alhamdulillah.