Thursday, January 27, 2011
Bila telefon berbunyi
Wednesday, January 26, 2011
Cuci
Monday, January 24, 2011
I love you too!
"Merupakan sebuah buku motivasi Islam yang mengupas isu-isu rumah tangga—peranan suami, isteri, ibu, bapa dan anak-anak dalam mengharungi hidup seharian. Selain itu, hal-hal ibadah harian juga disentuh. Ada yang sinis, ada yang lucu! Himpunan sketsa rumah tangga ini digarap dalam bahasa yang mudah dan penuh unsur humor, namun sarat dengan mesej dan panduan."
Tuesday, January 18, 2011
My Angel
"Atiq Wazif tidak diberikan harapan untuk hidup sempurna. Empat tahun pertama kehidupan, dia terbaring lesu, ototnya beku dan dia hanya mampu minum susu. Tubuhnya menampakkan tulang selangka, tulang lengan, dan tulang kering. Tiada tawa riang, tiada lompat girang, tiada butiran kata. Siang malam menanggung kesakitan. Tujuh pakar perubatan terbaik negara mengatakan “Jangan Mengharap”. Pelbagai ujian diagnosis gagal mengesan punca penyakitnya. Ada doktor yang memberikan sedikit harapan, namun sekadar bersopan untuk meredakan kegusaran.
Terdesak mengejar masa, bapanya membawa Wazif mengembara merentasi benua dan lautan samudera. Dari Kuala Lumpur ke Negeri China, Korea, Arab Saudi seterusnya ke Amerika. Kembara Atiq Wazif- SATU ANUGERAH disulami kisah suka-duka yang mewarnai hubungan kekeluargaan. Cerita cinta suami isteri, hubungan bapa dan anak, juga ibu dan anak. Jatuh bangun membina kerohanian yang mantap, serta mencari kehidupan yang Allah redhai. Kisah alam mistik perubatan Melayu turut melatari anekdot tangisan dalam tawa, suka dalam duka, susah dan senang yang diharungi bersama…"
Wednesday, January 12, 2011
Sahabat
Monday, January 10, 2011
Agak-agaknya
Agak-agaknya kita nanti macamana ya? Rumah besar, kereta 2,3 biji, anak 2,3 orang... macamana bekalan kita ke dunia 'sana? Agak-agaknya....
Monday, January 3, 2011
Mainan
Buat ni pun sehari satu. Mesti siap sebelum kakak register asrama. Satu aku punya dan yg segitiga + sulan tu kakak punya.
Tahun baru
Ini contoh baju prep sekolah kakak. Beli kain dan tempah sendiri. Minggu ni mugkin siap. Mesti buat macam ni tapi boleh belah tepi atau tidak. Kain boleh susun atau tidak terpulang. Ok la sikit.
Yah di rumah tok lang. Hmmm..nampaknya dua tahun lagi tinggal Yah sorang la. Angah pun ibu nak antag duk asrama. Biar tahu berdikari. Kesian Yah tinggal sorang.
Semalam kami pegi kat kakak lagi. Kali ni bawa bantal peluk kakak, rak buku dan beg sekolah baru beli sehari sebelum. Dan macam2 lagi la. Pasang padlock kat loker, bagi itu ini. Dan aku minta suami keluar belikan cermin nako 4 keping utk ganti yg tiada (sedekah kat asrama..apa salahnya). Nak tunggu depa buat kompem lambat. Kakak aku tengok relax ja. Bukan dia nak duk sembang ngan kami, dia duk pi mai pi mai ngan Aufa. Seronok kut kawan baru. Aku tengok kat ampai dah ada baju kakak. Hah..reti pun basuh baju. Nak idup di asrama kena la blajag semua tu. Aku dulu pun camtu gak.
Hujung minggu ni nak kena pi lagi. Bawa tudung labuh kakak yg baru ditempah. Hari tu aku tak ingat langsung. Ingat pakaian sekolah ja. Minggu depan depa boleh balik kg Hari keputeraan Sultan Kedah. jadual sethn balik kg dah ada dlm senarai. Mudah. 2 minggu sekali boleh balik. Aku kat rumah duk teringat..kakak ni makan apa la ye. Lalu ka dia (dia memilih makanan, tak macam Angah..apa ada aku makan). Lama2 nanti biasa la tu..semoga Allah mempermudahkan urusan kakak. Amin.