Lihat siapa punya kerja tangan. tahun lepas lukisan ni dihantar. Sampai kami lupa mengenainya.
Wednesday, March 28, 2012
Monday, March 19, 2012
Look who's helping.
Ntah semangat apa hari ni, Yah menolong tanpa perlu disuruh. Mula2 disapunya lantai dapur. Habis segala tahi cicak disapu sekali. Kemudian dilap meja meletak air panas, milo kopi etc.

Seterusnya aku suruh masak nasi. Siap berapron lagi membasuh beras utk ditanak.

Thursday, March 15, 2012
Anggur
Cuti sekolah. Nak ke mana ya? Kesian anak2 tak dpt berjalan2. Lalu aku bawa ke Ladang Anggur Tasik Beris, Sik. K.not dan anak2nya dari Sg.Petani. Berjumpa di sana.





Tuesday, March 13, 2012
Balik ke tempat asal
Cuti sekolah, mak abah dah tentu penuh dgn jemputan kenduri. Salah satunya di tempat aku dilahirkan, kg abah di Bukit Besar. Menyusuri lorong2 kecil yg makin banyak rumah dibina rapat2. Aku sudah lupa pada banyak cerita lama. Pada wajah2 yg tidak aku ingat/kenal. Tapi hairan..yg tua2 masih ingat dan akan tanya, "anak Dag (razak) ka ni?". Wahal aku tinggalkan daerah ini masa seusia 4 atau 5 thn.







Bukit yg aku takuti sudah digondol utk dihuni. Ada penempatan rumah sendiri dan ada juga penempatan pondok utk org2 tua. Ia bukan bukit yg besar lagi. Sudah menjadi tanah yg tingginya boleh didaki. Kenangan aku di kampung ini kurang sekali kerana aku lahir dan dibesarkan sehingga berumur 4/5 thn saja. Kemudian kami berpindah ke Sg.Petani.
Adakah aku akan merindui perkampungan ini lagi? Sedara-mara sendiri aku kurang kenali. Bagaimana bila abah dan mak tiada nanti? Akan ke sini kah aku nanti membawa anak2 menyusuri lorong2 hidup aku sewaktu kecil? Mengenali saudara-mara yang tidak diingati? Allahuakbar! Aku sendiri tak pasti.
Walimah
Balik ke kampung baru2 ni, mata aku tertarik pada sebuah buku tulis atas meja di umah mak. Buku sekolah sapa pulak letak kat sini? Tak mau guna dah ka? Aku ambil dan belek kut2 anak2 buah punya.




Abah kata pengantin kerja di kedai percetakan. Patutlah dia boleh buat printing macam buku sekolah. Macam2 kreativiti org sekarang utk cetak kad jemputan. Zaman aku dulu mana ada semua ni. Sempoi ja..kad jemputan zaman aku mahal. Sib baik kak aku sponsor sikit..huhuhu.
Makan Time
Keluar makan bersama Marina Jumaat lepas. Kami menuju ke gerai menuju ke Queensbay. Errr..apa nama ye area tu?



Gerai yg dibuka tengahari cuma satu. Tapi malam nanti ada dua tiga gerai lagi buka. Tentu meriah. Insyaallah akan ke sini lagi jika ada kelapangan. Terima kasih Marina belanja aku makan.
Subscribe to:
Posts (Atom)