Cuti sekolah, mak abah dah tentu penuh dgn jemputan kenduri. Salah satunya di tempat aku dilahirkan, kg abah di Bukit Besar. Menyusuri lorong2 kecil yg makin banyak rumah dibina rapat2. Aku sudah lupa pada banyak cerita lama. Pada wajah2 yg tidak aku ingat/kenal. Tapi hairan..yg tua2 masih ingat dan akan tanya, "anak Dag (razak) ka ni?". Wahal aku tinggalkan daerah ini masa seusia 4 atau 5 thn.







Bukit yg aku takuti sudah digondol utk dihuni. Ada penempatan rumah sendiri dan ada juga penempatan pondok utk org2 tua. Ia bukan bukit yg besar lagi. Sudah menjadi tanah yg tingginya boleh didaki. Kenangan aku di kampung ini kurang sekali kerana aku lahir dan dibesarkan sehingga berumur 4/5 thn saja. Kemudian kami berpindah ke Sg.Petani.
Adakah aku akan merindui perkampungan ini lagi? Sedara-mara sendiri aku kurang kenali. Bagaimana bila abah dan mak tiada nanti? Akan ke sini kah aku nanti membawa anak2 menyusuri lorong2 hidup aku sewaktu kecil? Mengenali saudara-mara yang tidak diingati? Allahuakbar! Aku sendiri tak pasti.
No comments:
Post a Comment