Thursday, March 10, 2016

Sarawak 3

A021
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (A-li'Imraan 3:21)


Pagi-pagi hari ketiga kami sudah ke sini. Pukul 9am dah sampai. Parking memang dah nak penuh. Pasar Serikin. Orang kata kalau nak shopping murah baik ke sini. Hampir dgn sempadan Indonesia. Jadi barang2 di sini kebanyakannya datang dari sanalah. Memang murahlah kut sebab ramai orang. Aku.. macam biasa la, shopping tak masuk agenda. Bagi cukup syarat kata pernah sampai kalau ditanya. Aku beli 2 helai seluar panjang saja. Pastu Auni beli beg lain2 dah jom balik.


 Nasib baik la budak kecik tu minta beli menatang ni saja. Tiup sepanjang jalan. RM10.. fuh. Kalau diminta entah mainan apa2 lagi yang berpuluh2 tu camna nak angkut? Aku tak amik extra luggage.


Ini pun atas permintaan budak kecik suruh ambil gambar sungai. Sungai jernih tapi sayang sampah-sarap kat tebing cukup banyak. Kami jalan ke hujung pasar, nak makan pun ramai orang. Patah balik beli barang2 tadi dan bila ke parking, fuh! berderet2 lagi kereta nak masuk parking. Punya la ramai orang datang sini. Memang jem la tengahari tu. Jadi, pada sesiapa yang nak ke sini, silahlah datang di awal pagi untuk elakkan jem.
A022
Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan. (A-li'Imraan 3:22)
 
Balik dari Serikin, nak ke Semenggoh tengok orang utan. Sampai situ dah 12 tengahari. Huhuhu.. tutup waktu rehat. Kaunter tu kata pukul 2 pulak buka. Kat depan tu siap letak notis orang utan susah dilihat pada musim buah sekarang ini. Melepas lagi.


Jadi kami terus ke ladang buaya Jong. Buaya pun buaya lah. Dah dekat situ jugak. Bagi En.Somi tidog dalam kereta, aku ngan anak2 masuk. Buaya hitam buaya putih buaya tembaga buaya kelabu buaya darat buaya tak dak ekor semua ada. Cuma tak dapat tengok pertunjukkan buaya saja sebab malas nak tunggu. Dan budak kecik ni suka benar posing.. yang best tu posing dengan 'bangau' dia ... si itik angsa. Bangau pun bangaulah Emad.



Di sini ada kolam araipaima tapi ikannay tak nampak sebab banyak teratai. Aku nak jalan kat pelantar pun cuak kut2 ikan tu melompat keluag mau aku jatuh dalam tu. Imaginasi betul!
A023
Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu). (A-li'Imraan 3:23)


Selesai tengok buaya2 lapar lah pulak. Kami mencari Cafe Maya ni di Samarahan. Letaknnya dalam 2km dari UNIMAS. Dari jalan besar memang tak nampak sebab ia di belakang bangunan. Cafe milik kawan kakak aku, orang semenanjung. Tapi maaflah ya.. makanan tak menepati tahap piawaian aku. Hujan lebat masa ni. Nak masuk maya textiles pun dah malas rasanya.



Balik semula ke riverfront. Nak ronda2 sini lagi. Hari mula tak sempat sampai ke kawasan ini. Lintas sana lintas sini. Kereta banyak pun tak risau sebab lampu untuk pejalan kaki banyak.
A024
Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung". Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam agama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan. (A-li'Imraan 3:24
 

Nak naik river scruise yang besar, siap ada orang hidang minuman. Tapi agak mahal berbanding naik bot biasa. Makanya kena la cari idea nak bagitau Emad kenapa tak boleh naik yang besar. Pusing pi pusing mai oklah.. boleh diterima akal kecik dia.


Naik yang mana pun pemandangan serupa saja. Pusing kawasan yang sama. Buaya? Hahaha.. takut gak aku kut2 timbul buaya tapi pakcik tu kata tak ada buaya dalam sungai ni. Hmmm.. bole caya ke? Aku memang takut dengan air.
A025
Oleh itu, bagaimana pula (hal keadaan mereka) ketika Kami himpunkan mereka pada hari (kiamat), yang tidak ada syak padanya; dan (pada hari itu juga) disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, balasan apa yang ia telah usahakan, sedang mereka masing-masing tidak akan dianiaya. (A-li'Imraan 3:25)
 

Bot pakcik ni la kami ronda pusing sungai sejam. Nasib baik ambil sejak.. kalau ambil sejam setengah jenuh boring. Pakcik tu pulak bukan bercerita sangat. Dia duk kat depan macam tu la. Mungkin tak ditanya sebab tu dia diam kut.


Ke seberang lagi. Hari mula dah ke sini. Hari ni saja jalan2 sebab kek2 lapis dah borong hari pertama lagi. Rasa tak cukup pulak kek yang dibeli. Tapi nak tambah beli pun malas jugak. Memang aku bukan kaki shopping. Beli apa yang perlu saja. 

Balik hotel, kena berkemas2 malam ni sebab esok pagi2 pukul 7am dah kena ke airport. Flight pukul 9am. Selamat tinggal Kuching. Memang rasa nak datang sini lagi terutama kawasan riverfront ini sebab rasa yenang dan nyaman saja bila jalan2 di sini. Insyaallah, jika diizinkan, suatu hari nanti datang lagi.

No comments:

Post a Comment