Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan
bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang
diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat
bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan
pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang
sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya. (A-li'Imraan 3:66)
Dalam perjalanan menuju Min House Camp, pasti akan melalui masjid ini. Cantik masjidnya. Terletak pulak dalam kawasan perkampungan Mukim Pulau.
Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan
bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap
di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah
bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang
musyrik. (A-li'Imraan 3:67)
Sini laluan masuk wanita. Tandasnya di luar sebelah kiri gambar (tak kelihatan). Bangunan belakang itu kelas untuk sekolah agama rasanya. Lupa pulak aku, tempat wuduk wanita kena naik tangga yg nampak tu dan di kanan.
Bangunan untuk sekolah tadika/pasti/tabika atau sewaktu dengannya. Rasa sangat mudah sebab bila waktu solat, anak2 boleh terus diajak untuk mengimarahkan masjid.
Ruang solat di dalam juga kemas dan bersih. Masa ni memang tak ramai orang sebab sudah melepasai waktu solat.

Bagi yang mahu ke sini atau menginap di Min House Camp, singgah2lah di masjid ini barang seketika. Solatlah di sini. Insyaallah banyak pahalanya.
No comments:
Post a Comment