Pagi hari kedua kami dihantar oleh kawan Abg.Bob ke sini. Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI). Kawasannya tak besar mana pun, macam kawasan sekolah saja. Di hadapannya, sungai yang sangat luas. Tak banyak gambar bangunan diambil sebab hujan masa ni. Ini pun aku redah hujan sorang2.
Kursus2 yang ditawarkan di UUI. Kesihatan & Farmasi, Ilmu komputer, keguruan & pendidikan, hukum, ekonomi dan teknik. 6 fakultas semuanya. Bila ditanya2 siswa-siswi yang hadir, katanya 22 tahun sudah boleh graduasi dengan ijazah sarjana muda. Wahhh.. muda bangat. Untung ya. Sebabnya kat sana tak ada diploma, asasi atau matriks!
2nd International Art-Creativity & Engineering Exhibition. Ruang pameran hanya di lobi dalam bangunan. Memang kecil. Majlis simple and easy. VVIP pun simple dan sempoi. Memang santai abis. Cumanya, mula agak lambat sebab apa ntah. Dari Malaysia, budak2 FKK 3 orang semalam (2 projek) dan dari SM Sains Selangor 2 orang. Bangladesh 1 projek. Lain2 penyertaan memang dari Indonesia sehingga dari Surabaya.
Hari pertama. Kerja aku keluar masuk dewan. Ulang baca dan baca. Kacau sana sini. Dan wakil Avtron ni menarik perhatian aku. Yogurt processing machine based on fuzzy logic control. Bukan mesin tu yang aku nak. Tapi yogurt yang dia bagi rasa memang sedap bangat! Jadi tempat aku terpacak bila tak ada orang nak minum hahaha. Satu lagi booth lepak aku ialah produk keropok cucur ikan. memang sedap. Aku tolong2 makan supaya tak membazir banyak sangat nanti, hahaha. Yang dari Korea tu tak ada tuan pun. Poster saja. Wakil dari Korea Invention News ada 2 orang. Sorang bos sorang lagi translator (susah benar nak faham apa traslator ni cakap huhuhu). Tapi poster banyak, mungkin yang kawan2 mereka kut. Mereka tolong bawa dan tampal.
Waktu lunch tidak disediakan makanan! Untuk aku memang la tak patut sedia. Untuk para peserta juga tak ada ooo. Abih tu camna nak makan? Kantin.. tak nampak pun. Gerai kat luar... pun tak nampak. Uwaaa.. perut dah bunyi2 ni. Bukan aku ja.. budak2 tu pun lapar.. yang dari SM Sains serta cikgunya pun lapar. Ok.. relax semua. Aku dah arrange driver utk hari ini--- Din namanya (gambar dia pulak lupa ambil). Dia driver yang hantar kami dari epot ke hotel masa hari pertama. Kami berlima plus mereka bertiga (kesian juga sebab tak tahu nak cari makan kat mana, jadi aku ajak ikut sekali), berhimpit2 sekejap ya.
Warung nasi Hasan. Macam rumah pulak ya. Din bawa kami ke sini katanya bagus. Aku yakin bagus sebab masa kami tiba, di meja hadapan ada kumpulan VVIP tadi bersama Rektor UUI menjamu selera. Pasti tempat ini istimewa.
Tu diaaaa! Penuh meja. Ala2 makan di restoren Padang. Mana yang disentuh sila bayar ya. Yang tak mahu jangan cuba2 disentuh atau dijamah. Tapi, aku tak tipu punya. Memang lauk pauk sini sedap2 belaka. Bila dah abis baru perasan yang sayur aku target nak makan lupa disentuh, huhuhu. Punya banyak lauk sampai tak nampak sayur. Selesai makan dan solat di surau yang disediakan, kami pulang ke UUI.
Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri):
"Berimanlah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang
beriman itu: pada sebelah pagi, dan kufurlah (ingkarlah) pada
petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir
semula". (A-li'Imraan 3:72)
Hehehe.. tak kan aku nak tengok pameran saja kan? Mestilah nak ke lain juga sebab aku bukan peserta. Maaf ya Iqbal, Syahmi dan Fendi, tak dapat nak ikut sekali. Jadinya, aku bagitau Din, sekian sekian tempat perlu dilawati. Ok! Din kata dia bawa yang mana sempat. Yang pertama Din bawa kami berdua (asalnya aku nak pi sorang2... ye ke bole? aishhh..) ke Rumoh Acheh dan Muzium Acheh. Rumahnya panjang dan kat dalam tu kosong saja. Tak banyak barang. Muzium di sebelah kiri yang nampak bumbung tu banyak koleksi pameran.
Bagi peminat Ramlee Awang Murshid (RAM), pasti ini dapat mengimbas pada koleksi buku kisah Laksamana Sunan Saifuddin (LSS). Boleh jadi jatuh cinta dengan LSS bila baca garapan RAM dalam siri LSS. Agak2nya kalau buat filem laku ke idak ye?
Inilah yang dinamakan rencong. Jika rencong diraja, bersalutkan emas dan berukirkan kalimah suci pada matanya. Bole dapat maklumat lanjut ya dari pakcik Google.
Punya panjang rumah ni sampai tak cukup frame aku hahaha. Tapi kalau kat bawah umah tu yang best boleh main tiang 4! Korang biasa tak main tiang 4? Seronok kan berebut tiang yang tak begerak ke mana2 tu. Di laman depan juga terdapat kuburan lama, pahlawan Acheh barangkali. Masa untuk di sini dalam 20-30 minit sudah memadai termasuk melawat muzium di sebelahnya. Kecuali.. kecuali.. kalau setiap artifak yang ada hendak dibaca dan diteliti ditilnya, memang lamalah jawabnya.
Lokasi seterusnya ke Rumah Chut Nyak Dhien. Jaraknya dari Rumah Acheh tadi kalau ikut Google Maps memanglah 14 minit. Tapi realitinya dalam 20-30 minit juga sebab kenderaan di sini dipandu sederhana. Tak ada yang memecut macam di Malaysia.
Rupa bentuk dah tentu sama sebab ia juga rumah Acheh. Dari pandangan depan mahupun sisi yang panjang dan luas. Ini kalau ada 3-4 keluarga tinggal bersama memang meriah betul. Happening!
Rumah ini dijaga oleh Mr.X (tak tau nama dia) dari keturuanan Cut Nyak Dhien. Penerangan daripadanya dari satu gambar ke satu gambar memang sangat menarik dan mengkagumkan. Andai dibaca dalam internet memang ada cerita yang tidak sama dengan yang sebenar kerana ada putar belitnya di sana sini.
Salasilah keturunan Cut Nyak Dhien. Beliau berkahwin kali kedua dengan sepupunya Teuku Umar dan dikurniakan 2 orang anak. Salah seorang abang Teuku Umar ialah Teuku Puteh di mana bermulanya keturunan P.Ramlee. Ya. Seniman Tan Sri P.Ramlee tu. Kata Mr.X, keturunan Cut Nyak Dhien terkenal dan menjadi seniman di tanah Malaya. Sedikit info dari sini, Teuku itu untuk keturunan bangsawan orang ada-ada. Kalau Tengku pula panggilan untuk ustaz-ustaz.
Jika dilihat gambar rumah tadi, akan nampak satu objek silinder putih di kanan gambar. Inilah objeknya. Telaga yang dibina tinggi, dalamnya kalau tak salah 5 atau 10 kaki. Begitu juga dari permukaan tanah. Tujuannya untuk mengelak daripada airnya mudah diracuni penjajah Belanda.
Ada sebahagian perabot yang sudah hampir rosak kesan tsunami 2004 dahulu. Gambar dan penerangan Mr.X yang paling aku ingat dan terasa ialah di mana satu kampung dimusnahkan oleh pihak Belanda. Yang selamat hanya seorang budak lelaki beusia sekitar 2-4 tahun. Gambarnya diambil bersama seorang askar Belanda. Dan budak ini dibawa ke Belanda dibesarkan dan diasuh sebagai orang Belanda sudah tentu. Tiada siapa yang tahu apa jadi padanya selepas itu.
Dan (mereka berkata lagi): "Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang-orang yang mengikut agama kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah". (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya. (A-li'Imraan 3:73)
Lokasi ketiga dan terakhir untuk hari ini terletak 4km dari rumah Chut Nyak Dhien tadi. Kubah masjid sisa tsunami yang terletak di desa bernama Gurah. Laluan masuk hanya boleh dilalui oleh kereta/van/lori kecil kerana melalui jalan kampung dan meredah sawah.
Kubah beserta semen tapaknya yang hampir 80 ton terdampar sejauh 2.5km di tengah kawasan sawah. Kubah ini keseluruhannya daripada simen, padu. Di pintu masuk terdapat gerai2 yang barangkali menjual makanan atau cenderahati untuk para tetamu. Masa kami ke sini tiada satu pun beroperasi. Tetapi jangan tertipu. Aku perasan ada mata2 yang memerhati semasa kereta membelok ke sini. Dalam beberapa minit saja muncul wanita2 bermotosikal yang menjual barangan cenderahati seperti magnet, kain, key-chain dan pelbagai lagi. Masing2 cuba mencing kita untuk membeli. Yang ini yang perlu kuat iman dan tahan godaan ni.
Dah sakan memborong, baru rasa lapar. Alhamdulillah ada gerai2 dan restoren makan di sebelah. Ketika ini sudah maghrib. Din kata, lampu2 dan kedai2 akan ditutup untuk solat maghrib. Tapi kedai2 makan ni tak tutup pun. Hmmm.. Tak semua lah tu yang mengikut arahan barangkali. Oklah. Bila order makan, ada yang order nasi goreng dan mee Acheh. Kalau datang Acheh katanya pastikan makan mee Acheh. Tapi yang kat kedai ni tak sedap, kata Syahmi. Aku belanja depa kerang rebus (sedap bangat nih), dan sate. Satu kuah kacang satu kuah jawa. Kuah kacang memang sedapppp tapi kuah jawa..huhuhu.. tak dak umphhh.
Dan ini makan malam aku serta jus pelam. Ketam goreng dengan kulit2nya depa goreng. tengok rupa nak macam ketam nipah saja. Tapi memang sedaplah sebab ketam sebab aku memang sukaaaa sangat makan ketam. Tak kenayang? Kan ada sate dengan kerang tadi tu. Aku siap bungkus lagi kerang extra balik hotel. Makan sorang2, hahaha.

Menjelang petang, dah tak ada tempat yang sempat dilawati. Lagipun, kesian kat budak bertiga yang kena tinggal tu. Jadi, simpan satu dua utk depa lawat bersama2 depa pulak esok. Sebelum malkan malam, dah tentu la kami pi ambil budak bertiga yang kena tinggal tadi. Nanti meraung cari mak ayah tak ke haru. Oleh sebab depa yang nak shopping, Din bawa kami ke kedai serba makneka ni, Daripada barangan cendereahati, perhiasan hinggalah makanan. Beg2 yang ada ni memang menarik. Cantik dan sesuai sangat kalau nak bawa ke kelas. Harga pun sangat2 berbaloi. Tapi tak pe lah. Bukan tujuan aku nak shopping yang ni pun. Yang paling banyak shopping si Iqbal ngan Syahmi! Wahhh.. sakan depa. Untuk mak abah adik bla..bla..
Dah sakan memborong, baru rasa lapar. Alhamdulillah ada gerai2 dan restoren makan di sebelah. Ketika ini sudah maghrib. Din kata, lampu2 dan kedai2 akan ditutup untuk solat maghrib. Tapi kedai2 makan ni tak tutup pun. Hmmm.. Tak semua lah tu yang mengikut arahan barangkali. Oklah. Bila order makan, ada yang order nasi goreng dan mee Acheh. Kalau datang Acheh katanya pastikan makan mee Acheh. Tapi yang kat kedai ni tak sedap, kata Syahmi. Aku belanja depa kerang rebus (sedap bangat nih), dan sate. Satu kuah kacang satu kuah jawa. Kuah kacang memang sedapppp tapi kuah jawa..huhuhu.. tak dak umphhh.
Dan ini makan malam aku serta jus pelam. Ketam goreng dengan kulit2nya depa goreng. tengok rupa nak macam ketam nipah saja. Tapi memang sedaplah sebab ketam sebab aku memang sukaaaa sangat makan ketam. Tak kenayang? Kan ada sate dengan kerang tadi tu. Aku siap bungkus lagi kerang extra balik hotel. Makan sorang2, hahaha.
Alhamdulillah. Hari kedua berlalu dengan baik sekali. Tidak ada hujan renyai seperti semalam. Kita tunggu hari esok pula untuk perjalanan seterusnya. Selamat malam Banda Acheh.
No comments:
Post a Comment