Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain
daripada berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa
kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan
teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami
mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir. (A-li'Imraan 3:147)
Gambar pinjam dari ahli jemaah. T.kasih |
Hari keempat. Para jejaka dan wanita idaman Malaya (kecuali si baju hijau sedang bergaya hihihi) dah get ready nak bergerak ke destinasi seterusnya hari ini. Boluuuuu, mu tungguuuuu kami sampai. Bab bergambar memang menang kat depa. Hahaha. Yang paling jelas tentu dah yang baju kuning tu. Hj.Isa, jangan marah naaa.
Perjalanan pagi ini dihidangkan dengan pandangan ladang anggur. Tapi yang kelihatan hanya tunggul2 pokok anggur yang dicantas untuk bercambah semula.
Sebelum kita ke Bolu, ada tempat yang si Omer nak bawa. Kalau Tengok gambar atas tu tentu dah boleh agak ke mana kita. Ikut je la, dah keperluan syarikat dia.
Dah sampai. Ke tempat buat seramik/tembikar. Laaa... bangunan ni rupanya dekat betul dengan tempat batu permata semalam. Di sebelahnya saja. Awat la semalam tak ke sini terus? Omer..Omer.
Dan macam semalam, mula2 sekali kena dengar taklimat dulu. Dah tidur si Husna. Penat tu. Ok. Ok. Gambar bawah bukan aku punya. Ini dari kamera ahli rombongan.
Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan
nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga
yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi
orang-orang yang berbuat kebaikan. (A-li'Imraan 3:148)
Kalau tak salah mamat ni nama dia hmmmm. Lupa pulak. Biar le. Tapi penerangan dia alhamdulillah mudah difahami.
Tekun meneliti kerja2 yang perlu disiapkan pekerja ini. Kagum aku dengan bakat yang Allah anugerahkan kepada mereka yang berseni.
Lagi gambar pinjam drpd ahli jemaah. T.kasih. |
Buatan seramik di sini banyak yang berbentuk begini. Bekas isi air yang unik. Pelbagai corak warna dan saiz.
Gambar bawah kanan pun dari album ahli jemaah. T.Kasih |
Bermacam jenis seramik. Cantik2 belaka. Yang kiri bawah tu aku suka sangat sebab coraknya timbul. Malah ada yang coraknya bercahaya bila lampu dipadamkan. Di sini ada peserta yang membeli sebagai kenangan. Aku cuci mata je la.
Dan akhir sekali...hihihi. Nak juga posing depan signboard seramik.
No comments:
Post a Comment