Thursday, June 5, 2014

Taman Buaya Melaka

A029
Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:29)

Perjalanan balik ke utara bermula selepas subuh hari Sabtu.. memang jadi kebiasaan kami bergerak lepas subuh.. Selain boleh sampai awal.. atau boleh henti rehat lama.. ia menjadi sesuatu yg wajib utk singgah salah satu destinasi di Melaka.


Kali ni kami singgah Taman Buaya. Cuti sekolah tiket dewasa RM15 budak RM10! Bukan cuti RM10 n RM5. Mahai gila. Bukan tak penah mai sini.. dulu kami mai, replika bangunan2 ni dalam pembinaan. So nak la jugak tengok hasilnya.. Lagipun bawa Emad tengok boya hidup...

 

Dia  memang suka la.. dpt jalan2 sendiri di dalam tu.. nama pun taman buaya.. buaya la yg banyak. 


Di bgh reptilia tgh construction.. tak dak la ularnya.. yg jumpa pokok buah ni.. ada sesiapa kenal nama buah ni?


Kami di sini dlm 30 minit je pun.. kalau nak mandi ada water park dgn bayaran lain pulak. Tak kuasa kami nak mandi.. show buaya pula jam 11.30.. tak larat nak tunggu 30 min lagi.. Bawa Emad naik train masuk gua dinasor yg tak la best sgt pun (RM3 sorang) tapi best utk Emad.. Pastu abah dia masuk rumah antu ngan Kakak n Yah.. pun RM3 juga. Depa patut improve dah.. sebab dah lama.. dinasor pun yg sama sejak kami mai 4-5 thn lepas.. Dah koyak pun..


Perjalanan diteruskan.. dalam jam 6 dah sampai Penang.. Angah ajak naik 2nd Bridge pulak.. Jom layan... Boleh pekena ikan bakag Teluk Tempoyak... tapi tak makan ikan bakag pulak.. kami order sweet sour...heheh


Singgah solat jamak maghrib isyak di UiTM. Budak kecik tu memang cukup suka mai sini. Balik rumah.. pulun basuh baju yg bertimbun2...huhuhu

No comments:

Post a Comment