Wednesday, June 4, 2014

USS- Singapore

A212
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Al-Baqarah 2:212)

Cuti sekolah datang lagi... Anak2 dah tentu nak cuti.. kami pulak minggu tu saja yg boleh cuti.. Apa lagi.. balik kg di BP la jawabnya... 

Tak kan balik umah maktok je kut? tak best la camni.. tak jalan mana2... Selasa bertolak balik. Singgah opis present kolokium (sempat lagi tu). Singgah Ipoh jumpa SV. Ingat dah abis.. Stop di PJ pulak suami nak amik sijil di IEM. Sampai BP dah Isyak.

Esoknya nak jalan2 pun penat. So rehat2 dulu pagi tu.. Petang sebab suami pun penat lagi.. aku keluag ngan Ellis, kwn sekolah dulu. Aku balik BP mmg bagitau dia. Tak ramai kwn2 kami di sini.. so dia pun mai amik aku ronda2. Last2 lepak di Rengit Coffee BP Mall.


Tak penah2 makan kat sini.. sedap pulak bila Ellis belanja.. hehehe. Kami pi UTHM nak cari Kak T, dia tak jawab tepon lak.. tak dpt nak tambah korum.

 

Dah hilang penat hari tu.. esoknya awal2 pagi dah bangun.. jom kita pi Singapore. Kami naik bas dari BP. Kategori 5-12thn, 13-21thn n 22 ke atas lain harga tiket USSnya. Emad free. Tambang bas lak pi balik RM10 dewasa, RM30 kanak2! Semuanya RM952 utk tiket saja.

Pastu pasport lak.. Angah n kakak valid til 9 Nov. Alamak.. x cukup 6 bln. Cik kak kat kaunter tu lak layan macam nak tak nak ja.. Tapi nyonya travel kami beli tiket kata confirm bole.. x dak masalah punya. 100% gerenti boleh keluag masuk kalu setakat 4-5 bln lagi expire. Cuak gak aku.. tapi Alhamdulillah. Memang boleh pun...



USS buka jam 10. Kami tiba hampir jam 12. So.. posing dulu b4 kita ronda di dalam.

 

USS ni of coz la kecik drpd Disneyland yg aku masuk 20 thn duluuu. Ada 7 kwsn/kategori saja. New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far far Away, Madagascar dan Hollywood.
 

Pintu masuk terus ke area Hollywood. Ia happening time weekend. Ada parade n maskot2 Disney yg berkeliaran. Masa kami tiba aku nampak Franskerstien je.. n sapa ntah sorg lagi.. tak femes.


Kami nak naik ride Madagascar.. waiting time 30-40min ooo.. Ni yg leceh time2 cuti ni.. tunggunya lamaaaaa. Naiknya kejap je. Tengok Emad dok baca katalog.. mana satu ya nak pi ni.. macam best je..


Ride naik bot masuk dlm gua ni memang awsome la.. cantik animasi kat dlm. Emad pun teruja.. yg tua2 pun seronok. Lagipun tak panas sgt.


Seterusnya kami pi Far Far Away. Apa ada pun tak tahu.. redah je.. oyo.. dah masuk dlm tunggu 15 min. Pastu serbuuuu  sebab tak dak barisan. Ala2 masuk pasar gitu.


Yg lecehnya.. dah serbu.. tunggu lagi dgr celoteh mirror on the wall lam 20 min... penat berdiri. Pastu bila pintu hall buka.. serbu amik seat... Rupanya2 3D show.. Shrek.. So Emad pun pakai juga cermin 3D ni.. pelik kut kejap aku nampak dekat kejap aku nampak jauh... siap naik kuda n air liur donkey tersembur2 lagi.. memang best gila yg ni...


Next.. ke Ancient Egypt lepas solat.. Ada surau tapi kecik sgt... tapi Alhamdulillah drpd tak ada (kat Disneyland dulu kami solat2 tepi2 tu je.. n jadi tumpuan la pulak...) Ride di sini budak besag Emad tak bole naik.. terpaksa la aku yg jaga. Ramai2 juga la ibu2 kat luar yg kena jaga anak2 kecik sebab tak layak naik... huhuhu. Apa di dlm hanya depa ber4 ja tau..


Kami ni gnejar masa... pas depa abis naik ride, kami pi baris utk yg ni pulak... 40 min kau... naik ketanya 5 min je pun.... huhuhu... penat je baris..


Anak2 bising la sebab nak naik kabel car Jurassic Park. Tak sempat dah dgn jangka masa menunggu 40 min jugak... Tak leh jadi.. last2 kami naik fying dinasor ni.. jadila... jadi budak2 kejap. Emad berani ja... semua dia enjoy walau dah penat n ngantuk..


Kalau nak naik ride JP ni kena mai lain la.. Masuk kedai nak beli barang pun main sambar2 je.. bas kul 5.30 tepat akan bertolak balik.


Dah nak magrib time melepasa Singapore. Kena datang lagi utk ke akuarium, bird park dan Sentosa Island. Tak cukup sehari.. Tu belum lagi Legoland n Hellokitty world di JB lagi. Tak pa.. Insyallah lain kali balik Johor kita pi lagi.. Bas pun ada n mudah... Cuma kat imegresen je ramai org.. tapi demi nak jalan2 semua sanggup... Jumpa lagi Singapore...babai
 

1 comment:

  1. Tersedak tengok harga tiket saja :). Dulu masuk legoland masa cuti sek dari buka sampai katup pun tak dan main semua. Masa menunggu yang lama, main berapa minit saja. Dan sedia duit, makanan dalam tu fuh...boleh tahan mahal

    ReplyDelete