Thursday, July 10, 2014

Buka puasa di hotel

A265
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:265)


1st time bawa budak kecik makan2 di hotel.. errr.. 2nd time sebenagnya... yg ni 1st time buka posa.. dia budak kecik. free lagi.. makan pun bukan melantak makan orang lain..


Walau hidangan tak sebanyak di hotel2 4 atau 5 bintang kelip2... bagi aku ini pun dah Alhamdulillah. Banyakkkk. Ingat sama... kita di sini meriah ngan makanan.. Saudara2 Islam kita di palestin, somalia dan sebagainya belum tentu dapat makan... Kat sini semua ada.. ayam, itik, daging, ikan, ketam... sayur, desert... di darat atau di laut semua terhidang.. yg tak ada di udara ja...-burung. Bersyukurlah.


Ruangnya tak lah besar.. muat utk lebih kurang 100 tetamu saja... ok apa. Kalau ramai2 sgt aku pun naik rimas... aku rimas tempat yg crowded.. pasar malam (aku pilih pasar malam yg agak kecil.. orang pun kurang), shopping komplex (aku pi agak2 time orag tak ramai pi), kedai makan (cari yg kurang orang) dan tentunya konsert monsert apa2 pun...biarpun malam amal atau ceramah ke apa.. bila ramai sgt aku prefer tengok kat depan tv.. tak payah nak berebut. Nampak clear... 

Nak solat? Surau ada di tingkat 6. Lepas buka terus pi surau tak ramai orang. Kalau dah makan kenyang baru ke surau.. alamatnya ramai la di situ... Oh ya.. kat mana tempat aku berbuka ni hah? Hotel UiTM Penang.. ada yang berminat berbuka di sini? Tanya lah pakcik google ya.

Salam Ramadhan.

No comments:

Post a Comment