Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. (Al-Maaidah 5:48)
Ini JJMK kami kali ke-4. Tak dapat nak ikut selalu macam kawan aku yg sorang tu dek kekangan masa dan kekosongan waktu En.Suami.. Dan selalunya masa Ramadahn anak2 balik dari asrama. Bila ikut JJMK kelam kabut kami nak antag depa balik Alog Setag.. Tapi minggu ni.. aku tak kasi balik.. takut nanti kalut lagi.
Lokasi berkumpul kali ni di Masjid Ketemba Kuala Pegang. Kami sampai ja keta dah penuh... Barang2 pun banyak yg dah disusun utk 35 keluarga yg telah dikenalpasti.
Budak2 PSS pun ikut juga utk JJMK ni. Depa ni banyak menyumbangkan tenaga.. Alhamdulillah.. pelapis masa akan datang. Aku tak nak story banyak2 bab family ni.. kang tangkap leleh la pulak posa2 ni.. Cerita kesusahan dan kecekalan rakyat.. kisah suka duka.. nak story boleh baca di Monier dan Berkongsi Cerita. Kisah benar bukan rekaan. Mereka pandai bercerita..
Lokasi pertama, Sg. Tembak, Parit Panjang. 5 keluarga pertama di sini. Bahkan mereka ini juga ternanti2kan pakaian2 utk dipilih sempena raya nanti... Betpa mereka amat menghargai...
Marshall2 in duty... Sanushi, Paklong, Adois.. err.. sapa lagi ya? There are amazing. Paling aku suka bila tengok bahasa isyarat masa nak parking.. nak bagitau keta kami rendah kena slow dia guna dua jari dia... err.. rasa macam nak belajag jadi marshal la pulak.. boleh ka?
Hentian ke-2. Asam Jawa , Baling. Hampir2 ada yg disengat tebuan di sini. ALhamdulillah ada yg perasan mahluk Allah yg satu itu berumah di pohon rambutan dan amat rendah sekali.
Lihatlah.. dapur bertiangkan susunan bata...Jika ditolak kayu topang tu aku pasti dapur ini menyembah bumi.. Tapi itulah hakikatnya.. mereka meneruskan kelangsunagn hidup dgn apa yg ada.
Kg. Bukit Hijau utk 5 keluarga lagi... Di sinilah kisah kakak di bawah pokok terjadi. Aku bersangka baik saja.. cerita dia hanya Allah maha mengetahui... Kalau dia bohong maka tertipulah aku olehnya... hahaha..
Deretan konvoi yg mengikuti JJMK kali ni.. Hampir 50 kenderaan.. perbagai jenis dan jenama.. Masing2 cuba mencari ganjaran di bulan mulia.
Seterusnya ke KG. Charok Kapas. Kena belajang2 turun gon (ala2 turun bukit) la kat sini.. delu kecik2 umah aku ada gon.. lama2 dah tambak gon pun hilang..
Anak2 ini pandai bermain alat muzik.. kalau musim cuti sekolah adalah pendapan mereka utk keluarga bila mendapat jemputan. 11 beradik semuanya.. yg tudung pink bawah tu baru 4 tahun. Tengok dia main pandai dia agak bila nak mula ketuk dan bila nak berhenti... Si Emad sampai dok melangut depan budak2 ni tak mau berganjak punya asyiknya.
Ada tepon di bawah pokok. Amat berguna utk mereka jika ada jemputan persembahan ke majlis2 tertentu.
Hmmm.. kali pertama tengok anak itik nih... burung puyuh pun ada dibela.
Selepas 4 lokasi, kami singgah solat dan rehat di masjid Al-Huda.. Awat macam penah lalau ja kat sini? Bila keluag dari kwsn masjid ke lokasi ke-5 baru aku perasan. La... jln ni ka rupanya.. dah banyak kali kami ke Lata Chelak melalui jalan ni..
Ini lokasi terakhir utk konvoi. Penerima di sini 12 keluarga. Rumah ni bertiangkan susunan batu bata saja. Aku tak ke sana sebab aku patah balik ke masjid tadi.. Ada hal belum selesai masa di masjid tadi. Aku perlu selesaikan kalau tak tak sedap hati nanti..
Dari sini peserta konvoi beransur pulang. Tinggal beberapa buah kenderaan saja yg ke lokasi optional.
Salah satunya keluarga 35 yg mana barang2nya ada dalam keta kami. Sampai sana orangnya tak dapat dihubungi. Tapi Alhamdulillah.. ada keluarga yg layak menerima di situ.. menjadi rezeki mereka hari tu...
Keluarga 33 dan 34 hanya Monier dan beberapa lagi meneruskannya. Kami balik dulu.. nak ke Sg.Petani pulak berbuka di sana... dok tengok orang maka abah kena tengok gak..Kalu tak nanti dia tepon tanya cucu dia yg paling kecik ni..Emad. Emad.Emad.
Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar. Terima kasih dan tahniah kepada semua yg terlibat.. Insyaallah.. kami akan ikut lagi bila berkesempatan...
Perhatian emad pada anak itik tu persis anak-anak aku masa jjmk pertama kali kami ikut dulu, ada anak ayam di rumah mak lang tu, budak-budak (termasuk anak aku) pulun dok main. Aku takut, balik ja budak-budak, anak ayam pun kiok hahaha
ReplyDelete