Wednesday, September 10, 2014

Cameron Highland lagi

A022
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (Al-Baqarah 2:22)


Minggu lepas kami ke Lumut sempena merdeka. Tak ada la pulak cerita sebab aku tak amik gambag langsung sebab dah berkali2 ke Lumut. Setiap 2 tahun sekali mesti sampai Lumut. Minggu ni entah kali ke berapa kami pi Cameron Highland. Cuma ke CH kakak dan Angah tak ikut sama.

Apa yang best di sini? Cuaca sejuk, nyaman dan tenang. Suasananya dengan bunga2 yang segar memang buat aku gila... gila bunga. Yang tak best.. pi la masa bila pun... jam tetap jam terutama bila hampir ke Brinchang.. ini yg tak tahan ni. Kami sampai pun dah petang, terus ke hotel.
 

Fulamak... dah sampai ke Villa dahlia.. nampak motor2 ni la pulak.. aku minat motor2 camni.. Angah pun minat.. cuma somi je tak minat.. budak kecik pun buat dono je ngan moto ni..lawa apa.. rugged gitu.


Oh ya.. kami sampai lewat petang sebab hantag mak abah ke rumah Makcik Yam.. hampir 30thn depa tak jumpa.. ni jumpa balik. Mak abah tidog sana malam tu.

Pagi2 esoknya kami breakfast di KHM Strawberry farm. Breakfast ngan scone dan teh panas.. memang sedap. Patut la Berkongsi Cerita suka ke sini. Pagi2 dgn cuaca yg nyaman memang mengasyikkan. Kena pulak anniversary kami ke-17.. kebetulan berada di sana. Memang ngam2 je la.

 

Strawberry.. jgn cerita la.. memang ini tempat dia.. pekena strawberry coklat dekat MARDI. Fuh.. meleleh.. balik ni boleh pekena kat rumah pula.. coklat syrup dah ada.


Aku kalau mai CH memang tak puas tengok bunga2 ni. Terkenang2.. Terutama bunga yg kat gambar atas ni... aku teringat pada Tucson. Bunga ni memang banyak di Tucson, Arizona. Rinduuu


Kali ni ada taman lavender. baru buka beberapa tahun kut. Apa lagi.. jom kita lawat.. geram tengok bunga2 yg mekar segar cantik ni.. kalau kat rumah boleh tanam macam ni... Tapiii.. sapa nak jaga? Aku? Bukannya rajin pun.


Dulu, mula2 mai CH aku cukup teruja dgn bunga raya yg besar2 ni. Cantik sangat. Bunga daisy ni pulak petik sendiri. RM2 sebatang. RM10 utk 6 batang. 

CH ni mai 10 kali pun boleh sebab suka tengok pemandangan dia yg cantik.. penuh dgn bunga2 segar. Lagi best kalau datang berdua.. bercanda2 di taman bunga... Insyaallah..kalau tak mai lagi kita kirim ja kat kawan kita suruh beli strawberi.. 

No comments:

Post a Comment