Monday, September 29, 2014

MASJID JAMEK SG.RUSA, BALIK PULAU

A004 
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (Al-Baqarah 2:4



Pemandangan di laluan Teluk Bahang - Balik Pulau. Rasanya sudah bertahun2 tidak melaui jalan ini.


Kawasan bukit2 sini masih terjaga. Dipenuhi hutan2 dan pokok2 buah2an terutama durian.. DURIAN BALIK PULAU yang sangat terkenal itu.

 
A005   
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Baqarah 2:5)



Ketika tiba di sini, telah masuk waktu zohor. Terdengar jemaah2 di dalam memberi salam. Mereka telah selesai berjemaah.


Inilah pertama kali kami bersolat di sini. Malah.. aku yg belajar di Balik Pulau selama 5 tahun pun baru pertama kali ke sini.


Ruang parking di dalam hanya utk motor sahaja. Tapi.. seberang jalan ruang parkirnya luas..


Ruang masuk utk wanita. Di kiri itu ialah tandas dan tempas wuduk. Agak selesa dan bersih.


A006  
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.(Al-Baqarah 2:6)


Ruang luar utk menanmpung jemaah yg melimpah. Masjidnya nampak kecil tapi bila masuk luas juga.


Di bahagian dalam masjid. Kedudukan tandas yg dekat dgn ruang solat memang menyenangkan terutama jemaah yg kerap ke tandas.


Ini bahagian belakang masjid. Ia adalah kawasan kampung di Sg.Rusa Balik Pulau yang masih terjaga alamnya.. aku suka bila melalui kawasan di sini sebab terasa aman dan tenang.

No comments:

Post a Comment