(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (Al-Baqarah 2:7)
Kalau tak salah aku la.. ini kali kedua aku berada di masjid ni. Kali pertama tahun lepas, sebulan selepas balik dari haji. Hari ni tujuan menghantar Yah ke Surau At-Taqwa berdekatan utk ujian khatam AlQuran Qiraati Zon Utara.
Kebetulan ada kuliah dhuha di sini, jadi kami pun tunggu Yah di sini. Menyelam minum air.
Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (Al-Baqarah 2:8)
Kariah masjid ni sangat aktif. CoopMart depa memang bagus.. aku masuk beli beberapa barang. Rasa nak pi cari lagi barang2 terutama barang sejuk beku.
Pembaca boleh tanya pakcik Google tentang masjid ni. Banyak juga anugerah yg dipeolehi oleh kariah sini. Aktiviti pun banyak. Dan pada pagi ni ada satu konvoi motor besar singgah sekejap di sini sebelum terus ke utara.
Kat luar ada mainan utk anak2. Jadi, jika ibubapa bawa anak2 ke sini, tidaklah mereka menggagu jemaah2 di dalam yg solat atau pun kuliah.
Ruang koridor bersebelahan ruang lelaki sangat bersih. Memang menyenangkan.
Papan notis di laluan wanita. Macam2 ada.. pilih yang mana suka.
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (Al-Baqarah 2:10)
Tandas wanita ada 8 bilik. Apa yg penting ianya sangat bersih. Mencapai tahap piawaian aku la. Dan yang penting dekat dengan ruang solat.
Ini ruang belakang bahagian wanita. Tahun lepas, di sini la kami menjamu selera selepas taklimas pasca haji.
Ruang dalam yang berhawa dingin. Jangan sampai terlena sudah sebab sangat nyaman.
Cantik pula ruang kubah ni.. dengan kaler pink nak purple ni.
Tabung kutipan pelbagai. Sangat bagus usaha begini. Siap asingkan kepada 3 kategori. Sila isi ikut kehendak masing2. Sesungguhnya sedekah itu besar ganjarannya.
No comments:
Post a Comment