Mereka
itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk;
maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh
petunjuk hidayah. (Al-Baqarah 2:16)
Percutian yang tidak dirancang. Hanya cetusan idea teman lama melaui laman Telegram utk ziarah seorang teman di tanah Labuan. Akhirnya, ia menjadi satu ziarah spontan dari utara ke selatan ke tanah Labuan.
Percutian yang tidak dirancang. Hanya cetusan idea teman lama melaui laman Telegram utk ziarah seorang teman di tanah Labuan. Akhirnya, ia menjadi satu ziarah spontan dari utara ke selatan ke tanah Labuan.
10 Oktober - Aku, adik aku Anis dan Ros bertolak dari Penang dgn MAS. Di KLIA kami berjanji utk jumpa Sham yg juga sudah bertahun tidak berjumpa. Baru 10 am.. nak tunggu AA kul 3 pm nun.. lambat lagi. Sham banyak membantu kami yg terpinga2 di epot besag bagak tu. Terima kasih Sham belanja breakfast a.k.a lunch dgn harga staf KLIA.. Dari situ kami ditemani Sham ke KLIA2 utk naik AA terus ke Labuan.
Nun di KL Cental n apa ntah lagi.. satu kumpulan lagi berkumpul berjumpa. Ada yg sudah kerap jumpa.. ada yg baru berjumpa semula selepas zaman sekolah dulu... Mereka ber9 menanti MAS terus ke Labuan. Mus (pencetus idea), Eila (si booking tiket), Enit, Putri, Jeli, Roda yg datang dr Tanjung Malim, Madi, Sarina (baru aku tau dia bos besag bank gaji aku) dan Has dari Tioman. Has yg paling adventure.. Khamis sudah betolak.. bermotosikal dari rumah ke jeti Tioman.. naik feri ke Mersing. Drive kereta dia ke Kuantan. Jumaat pagi amik bas ke central ka pudu ka duta ka aku tak sure.. then naik train LRT MRL what so ever ke KLIA. Pastu naik plane pulak... basikal ja dia tak naik dalam journey ni..
Masa dalam penerbangan memang kecut perut sebab cuaca tak elok. Masa tu lagi sejam nak tiba Labuan. Separuh kapal penuh dgn anak2 muda UUM geng Kayuhan Merentas Samudera. Dah la tu.. sorang mamat ni.. mulut dia memang ish..ish.. geram gila aku.. dia la yg paling bising dlm kapal tu.. nak tunjuk hero ke apa ka ntah la. Sekali bila kapal terhentak sprt terjatuh.. terdiam dia. Aku rasa nak pi luku ja kepala mamat ni.
Akhirnya.. di bumi Labuan kami disambut oleh Zarina.. x-roomate aku.. homeroom aku Damai86. Dah malam. Gelap tak cam jalan.Zarina a.k.a K.Long dah siap sedia dgn makanan utk kami.. aku suka pulut inti yg macam lemang tu. Sedap sangat. Roti jala, bihun, keropok.. memang kenyang. Bila geng MAS sampai dalm pukul 10 lebih.. tambah satu lagi.. kek hasil tangan Mate Ida pulak.. pun sedap. Tak terkecuali jeruk pelam Jeli yang licin dibedal depa.
Sebab tiba pun malam.. tak nampak la rupa banglo dgn sewa RM100 semalam utk cikgu2 DG48. Banglo 3 tingkat.. ada lif.. 9 bilik.. Banglo kegunaan ketua pemerintah tentera dan juga istana hinggap raja2 rasanya. Bak kata depa.. "merasa la kita jadi oarng kaya sat".
Perabot2 mewah import yang terjaga elok dari dulu. Kemasan lantai parkay yang masih elok. Satu saja yg tak ada dalam banglo ni.. kipas angin! Semuanya econ...
Silingnya menggunakan kemasan kayu yang tahan lama.. Memang cantik bangat. Set kerusi di ruang depan ni aku pasti dari China. Masih elok.
Meja makan utk 12 orang. Almari berukir di kiri kanan. Siling berukiran kayu yg halus seninya.. Lampu2 jgn cerita la.. memang teruja... Almaklum.. 1st time berlagak jadi orang kaya.. hahaha
Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). (Al-Baqarah 2:17)
Nak ke dapur ni.. kalau malam2 sorang2 memang tak pi dah.. jauh di belakang. Kalau kawan keloi kat depan kompem tak dengag punya. Ada bilik pekerja kat sini. Keluag pintu belakang temu rumah pekerja pulak. Memang stail macam dalam cerita yg dok tengok kat TV la.
Naik tangga dalam gambag 4 tadi.. ada ruang sofa ni pulak.. sebelah tu pintu bilik aku.. kat sofa kaler hijau ni la kami 12 org sembang buka cerita sampai jam 1 am. Di tambah pula kawan2 group tele dok antag crita hantu kat kami.. kami buat dono ja.. sembang sama2 kami lagi best. Masuk bilik.. ada yg sambung crita sampai 2am.. subuh kul 5 wei.. kang tak jumpa subuh..
Sebelah dgn sofa hijau ni ada ruang tamu satu lagi. Ada sliding door kaca nak ke situ.. pakat tak perasan. dah terlanggar gelongsor dia baru perasan. Kat ruang kedua ni la terletaknya lif.. aku dah tanda dgn arrow tu. Ruang ni juga kami solat jemaah subuh pagi esoknya.. huh.. kena kejut sorang2 bangkit solat... gerak mak2 budak ni macam nak gerak anak2
Setiap bilik dilengkapi dgn peti ais.. tv, meja solek dan lamari pakaian. Lengkap macam hotel.
Tandas ada tub, sinki, sinki rendah ni (utk lelaki kut?) dan tandas (tiada dlm gambar). Luas, bersih cuma.. tandas tak dak paip air yg dekat.
Lepas subuh pagi tu.. memang tak tidog dah.. sebab dah cerah.. masing2 tak sabar nak jalan2.. Breakfast, kami panaskan makanan yang banyak dari semalam. Zarina ada urusan dgn sekolah.. tunggu punya tunggu, tengahari baru dia leh mai. So.. makcik2 akak2 mama2 gojes ni (depa la bagi nama ni) posing sakan la di belakang banglo yg mengadap Laut China Selatan. Aku tak leh boh semua photoshoot di sini.. nanti gambag lagi banyak dari cerita. Tapi depa2 ni bab posing.. mak ai.. surrender aku.. dari kecik aku memang tak suka ngadap kamera... So.. hampa tau la pasai pa aku selalu tak dak lam gambag hampa. Pagi ni juga Nono tiba dari Brunei.. gambag bawah tudung biru kat belakang nampak sikit muka Nono.
Ni.. depa kata gaya kapten... aku tak tau cerita.. rupa2nya kapten/pilot Reeza suka pos gini masa sekolah..Kata depa.. bukan aku kata.
Bila semua dah ada (kecuali Nono n family yg letih lepas naik bot 2 jam), kami ke destinasi pertama - Muzium Chimney. Satu kereta Zarina.. satu lagi kereta kawan dia. Labuan ni kecik ja.. so semua perjalanan memang sat sangat. Tak dan nak panaih punggung lam kereta.
Kat sini posing lagi.. ni satu drpd berapa puluh gambag posing gojes2 ni.. tu belum lagi gambag selfie depa yg pelbagai gaya..
Sejarah Chimney.. baca sendiri la no. Tak nampak kalu pakai kanta pembesar. Aku pun sempat baca sepintas lalu.
Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. (Al-Baqarah 2:19)
Lepas tu, kami dibawa ke surrender point- tempat Jepun menyerah kpd Division Australia. Lokasi di tepi pantai ni sangat tenang dan nyaman.
Apa lagi.. sekali lagi depa posing dan selfie kat sini. Bab ni aku memang kalah sebab aku tak fotogenik macam depa.
Dah kul 2 ptg. Lapag la wei.. bila nak pi makan ni? Zarina bawa pi sini.. sedap dia kata. Tapi aku kata.. memang sedap siut.. pisang goreng bersira gula ditabur cheese ngan serbuk milo kut. Sedap. Nanti boleh buat.. errr.. nanti tu bila ek? Makanan memang sedap.. cuma terkejut la sikit.. rupa makanan depa tak serupa di tempat kita walau namanya sama. tapi.. makan jgn tak makan..
Selesai makan, kita shopping di Pasar Makcik ni. Beli ikan bilis ikan kering dll. Aku beli amplang ja pun.. wat bawa balik rumah. Depa yg lain borong gak la ikan bilis. Aku nak borong pun lam peti ais umah aku banyak lagi yg diborong dari Lumut. Roti gardenia tu apa kaitan? Dia tulis jawi.. mana ada gardenia jawi kat semenanjung!
Makan dulu ka beli coklat dulu? Beli coklat dulu rasanya. Aku n Anis tunggu kat luag ja.. tak dak nak beli apa kat sini. Letih dah masa ni. Dok tunggu nak pi makan ja.. makan lagi. Anjung Ketam.
Malam gelap. Tak nampak le air lautnya. Ketam nipah ni memang sedap. Makan sebelah, cubit ikan sikit aku dah kenyang. Masa ni Nono join kami. Alhamdulillah.. licin semua lauk pauk n nasi. Berbaloi. Ada yg tanya mangkuk pink ni wat apa? Untuk boh kulit ketam kulit kerang dsb. Kalau perasan gambag bawan kanan.. nun di belakang, pelakon Ridhuan Hashim pun ada ngan family dia.
Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:20)
Balik rumah lepas makan, sambung sembang lagi.. tak abis2 cerita. Macam2 nak tanya sebab lama tak jumpa. Masa tu tak ingat dah cerita hantu.. gamaknya hantu pun lari bila dengag kami sembang ngan gelak2 sampai 2 pagi! Dah.. dah.. esok subuh kul 5 wei...Aku kejut hampa kena bangun la... jgn dok mengeliat ja ataih katil tu
Lepas kemas2 barang utk balik.. kami keluag breakfast dulu kat Restoren Nazar. Menu dia yg menarik pandangan mata kami semua ialah yg di atas ni la.. Tak jumpa lagi kat semenanjung. Gambag posing di sini aku simpan ja la.
Selesai breakfast dan sembang2.. sembang lagi... jom ke kedai sejuk beku. Lobster, ketam, ketam kulit lembut, sotong goreng tepung , ikan dan macam2 seafood ada di sini. Lobster merah (import) tu sekg RM100. Yg kelabu sebelah (local) rm120+ sekg. Mak ai.. terbantut nak beli.. tolong beli utk Kirah yg merah tu 3 ekor RM122. Udang share ngan Anis, ketam..Semua yg kami beli sini dia akan pack elok2 siap utk bawa naik flight. Pukul 4 dia akan hantar terus ke airport.. efficient!
Ini acara yg ditunggu2 gojes2 ni.. the only kedai.. sempit pula tu (luckily dia akan pindah kedai baru bulan depan yg lebih luas katanya). Memang laku kedai dia sbb dia kata ada cikgu dari tanah besar selalu minta dia pos barang mutiara utk jualan. Ditambah lagi dgn customer macam kawan2 aku ni.. barang2 sendiri dan yg order lagi.. fuh.. sakan depa. Dalam 3 jam jugak dok pilih barang. Aku dah 5-6 kali dah keluag masuk ronda2 di luag. Dan beli sepasang kain, sehelai batik dan baju Emad. Satu ja aku tak dapat, naik bot ronda2 kampung air Labuan.. memang tak dapat dah... huhuhu
Bila dah sudah.. lapag la balik.. pusing pi mai balik ke restoren tadi. Order lunch punya la semangat. Aku ngan Puteri order Nasi Goreng Paprik. Ros order nasi goreng seafood. Tunggu punya tunggu ok la.. Ros dapat dulu. Sedap nasi goreng Ros. Seafoodnya? Ada la 4 ekor udang.. itu saja. Baik boh nama N.G 4 ekor udang.. baru betoi.
Paprik aku dgn Put? Bila sampai ja.. kecewa kami.. lebih2 lagi Put. Nasi papriknya serupa nasi hailam kita la pulak.. Adusss.. Tiba2.. semacam la pulak aku nampak lam pinggan aku.. Ada cik ulat sayur la pulak. Nak makan tak salah.. tak dosa pun.. tapi sebab frust punya pasal.. "Adik.. minta tukar ni.. ada ulat la.. ganti ngan N.G.Seafood ok". Si Put lak.. tumpang sekaki tukag jugakkk. Dia kata sebab masak satu kuali.. hahaha.. banyak la lasan kau yg frust tu, Put.
Balik dari makan, kemas2 lagi barang2 tambahan yg dibeli sementara tunggu masuk zohor. Jam 2 kami bergerak ke airport (ada org lain mau masuk banglo). Geng MAS flight kul 5.20. Geng AA 6.20. Masa ni dan la lagi gelak2 suka2. Bila nak berpisah.. sedih la pulak.. tangkap leleh la kejap. Bila tahun lagi mau kumpul2 macam ni? BTW, baton utk next year depa dah pas kat Has utk jadi tuan rumah 2015 di Tioman.. cayalah. Bab ni depa memang laju.. Aku ikut flow ja.
Selamat tinggal Labuan. Terima kasih Zarina atas layanan yg tip top. Terima kasih kawan2 atas jemputan dan ajakan dan layanan. Korang memang kawan2 yg tip top. Aku sayang korang walau pun aku tak banyak show expression... Dah abis? Belum lagi..
Kami dgn AA ada cerita lagi. Kalau mai ari tu penuh ngan geng UUm. Balik pulak adik2 tadika kat kerusi depan. Cuma depa ni well behaved! Kira2 sejam nak sampai KL, pesawat kami kena landing di Senai. Sebabnya hujan lebat dan cuaca buruk di KL. Isi minyak dan tunggu giliran utk masuk KL, mau sejam gak kat senai tu. Bila tiba KL.. sah2 terlepas flight balik Penang. Terpaksa amik tiket lain ke Penang. Aku ngan Ros dah happy dah dapat rasa bermalam di airport.. alih2 Sham ngan Has mai amik kami bawa pi CitySky hotel.
Tak dapat la nak tidog situ. Kat hotel, si Has ngan Ros sambung lagi cerita sampai 2 pagi! Dasyat betul penangan reunion ni. Flight kami 7.15am.. sampai Penang aku terus ke opis jam 9. Dan lagi punch in. Pastu terus pi kelas kul 10-12. Dah mandi pagi tadi pun masih rimas, belengaih, panaih bla..bla.bla.. Habis ja kelas.. zooooommm.. balik umah rehat mandi2. Petang mai balik opis. Ros cuti ari ni.. adik aku pun kena amik cuti.
Yg epiknya si Has la.. nak balik akan ulang edisi kenderaan yg sama sementara nak sampai Tioman. Apa2 pun.. terima kasih Sham bersusah payah utk kami. Terima kasih semua atas pengalaman yg beharga ini. Insyaallah jumpa lagi suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment