Thursday, October 16, 2014

MASJID JAMEK AN-NUR, LABUAN

A011 
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".

Peluang bercuti ke Labuan dgn kawan2 aku cuba juga minta utk singgah ke masjid ini.

 
 
 Masjid Jamek An-Nur Wilayah Persekutuan Labuan.


 Berhadapan pagar masjid ialah SMK Labuan, tempat Zarina kawan aku..x-roomate aku dan homeroom aku di MRSM dulu.
 
A012 
 Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. (Al-Baqarah 2:12)



Ada peta petunjuk arah seluruh kawan masjid. 



Rekabentuk dia unik.. sekali pandang aku teringat Darth Vader dalam Star wars... memang menarik.

A013 
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Al-Baqarah 2:13) 


 Akan lalu ruang bawah ini.. paras tanah.


Dirasmikan 13 Jamadil Akhir 1408 H =  1 Februari 1988.
 

Carta organisasi

A014 
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)". (Al-Baqarah 2:14)


 Ruang berwuduk di bawah ini juga.


Ke tandas dan tempat berwuduk.


 Ruang bawah yg boleh digunakan ramai jemaah.


Tangga utk ke tingkat atas , ke ruang solat lelaki dan wanita.
 
 
A015 
Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). (Al-Baqarah 2:15


Ruang solat wanita. Kubah kecil itu tempat simpan Al-Quran


 Ruang solat lelaki
Masjid ini memang selesa.. walau aku tak masuk solat sebab mengejar masa. Yg lain dok tunggu di luar. tak cukup di atas, jemaah boleh solat di bawah tadi. Cuma, tandas dan tempat wuduk jauh. Ia terletak di bawah.. kena yg tak tahan lama wuduknya macam aku ni.. jenuh la naik turun naik turun. ooo ok.. boleh pakai spray macam di Makkah? Nak membuang? Kena turun juga...

No comments:

Post a Comment