Wednesday, October 29, 2014

MASJID PERMATANG JANGGUS

A021
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

 

Selalu aku melaui depan masjid yg satu ini... paling kurang pun seminggu sekali. Akhirnya.. inilah kali pertama merasa solat di sini.


 

Ini pandangan depan masjid dari dari jalan utama. Kat depan masjid ni, sebelah kanan gambar ada jual air soya yang memang sangat laku. (gambag penjual tak ada ya..).

 
A022
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (Al-Baqarah 2:22




Kami parking tepi masjid ini.



Bilik wuduk dan tandas wanita di luar.



 Di tepi tandas tadi ada laluan pintu belakang... kawasan rumah kampung.

 
A023
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (Al-Baqarah 2:23)




Nun berhadapan tandas tadi, ruang masuk utk wanita solat. Di kanan itu ruang masuk solat lelaki.

 


Jadi, ini ruang utk wanita. Rupa2nya.. sebelah kiri dalam ruang ini ada tempat wuduk (dan tandas kut.. tak ingat) Kenapalah aku tak tengok awal2... Kemudian aku lalu ikut tirai hijau di belakang tu.
 
A024
 Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. (Al-Baqarah 2:24)




Laaa... ni ruang solat utk wanita di bahagian dalam.. pun salah aku.. Kenapa tak jenguk awal2?



 Dah ini ruang legar di luar.. memang dekat dengan jalan sangat2.
 
A025
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. (Al-Baqarah 2:25


Nak solat di sini? Silakan... kalau hari Jumaat memang sangat ramai jemaah sidang Jumaat. Jalan depan ni memang sibuk. hari lain biasa2 saja. Cuma.. bila ke masjid.. jaga adab.. dan berhati2 bila melangkah.. perhatikan di lantai masjid.. Kekadang tidak perasan najis cicak di sana sini. Ruang besar.. walau dijaga rapi, kekadang ia tetap ada tanda disedari. Mana2 tempat pun sama.. sila berhati2.


No comments:

Post a Comment