Tuesday, February 10, 2015

MASJID JAMEK AL-HIDAYAH, JLN BAHARU, PERAI

A116
Dan mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Allah mempunyai anak". Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu), bahkan Dia lah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah kekuasaanNya. (Al-Baqarah 2:116
  

Ahad baru ni, berpeluang singgah solat zohor di sini. Masjid yang selalu aku nampak, lalu dekatnya, malah pernah menetap di taman berhampiran. Hari ini baru aku bersolat di dalamnya. Masyaallah.



 Masjid Jalan Baharu yang betul-betul di tepi Jalan Baharu Perai.

 

 Jejantas menuju seberang jalan, ke Sek. Keb. Jalan Baharu!
 
A117
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia. (Al-Baqarah 2:117

 

 Di depannya laluan ke Kg. Tersusun Jln Baru dan juga Taman Pauh.


Sebenarnya ini masjid baru yang telah diubahsuai dan dibesarkan daripada masjid asal.  Belum 5 tahun rasanya bangunan masjid baru ini. Kalau dulu.. sebelum diubahsuai, ruang parking depan ini digunakan untuk bazar Ramadhan. Kecil tapi meriah.


Carta organisasi dan papan kenyataan.

 
A118
Dan (orang-orang musyrik) yang tidak berilmu pengetahuan, berkata: "Alangkah eloknya kalau Allah berkata-kata dengan kami (mengenai kebenaran Muhammad) atau datang kepada kami sesuatu keterangan (mukjizat)?" Demikian pula orang-orang (kafir) yang terdahulu dari mereka pernah berkata seperti yang dikatakan oleh mereka; hati mereka (sekaliannya) adalah bersamaan (degil dan kufur). Sesungguhnya Kami telah pun menerangkan ayat-ayat keterangan (yang menjadi dalil dan bukti) kepada kaum yang mahu percaya dengan yakin. (Al-Baqarah 2:118)

 

 Pintu masuk utama.

 

Laluan untuk jemaah lelaki.

 

Di kanan masjid. tandas lelaki di kanan, tandas wanita di kiri. Tengah2nya bilik jenazah.
 
A119
Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka. (Al-Baqarah 2:119)



 Selesa. Masuk sini keluar belakang terus ke ruang masjid.


 Siling masjid. Kipas besar ni dah ada di mana-mana.
 
A120
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah 2:120)

 

 Ruang solat masjid. Yang berbidai kayu itu ruang untuk wanita.


Mimbar masjid.

Alhamdulillah. Tercapai juga hasrat. Insyallah. Entri aku berakhir di sini dahulu. Sehingga jumpa lagi sekembali aku dari bermusafir ke bumi Barakah Makkah dan Madinah bersama keluarga dan ibu bapa selama 2 minggu. Ma'assalamah.




No comments:

Post a Comment