Thursday, February 5, 2015

Sekolahku - MRSM Balik Pulau

A111
Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar". (Al-Baqarah 2:111

Bertahun-tahun tidak menjejaki sekolah lama ini. Hanya sekadar melintasi pagar depan sahaja lewat penghujung 2014. Rasa berdebar juga bila menunggu 1 Februari menjelma. Macamana agaknya rupa sekolah sekarang?


Foyer, padang kawad kami dan dewan besar masih serupa. Tidak banyak berubah. Mungkin warna saja saja berbeza. Bukit di belakang pun masih teguh di tempatnya.



Cikgu-cikgu? Semuanya tidak dikenali.. Ini carta lama. Sebelum satu2nya cikgu yang dikenali di sini bertukar dari MRSM PDRM ke Balik Pulau sebagai Penolong Pengetua HEP.


Cikgu Ibrahim Sulaiman. Cikgu Geografi aku dulu.. Cikgu pasukan hoki maktab. Sekarang Penolong Pengetua HEP MRSM Balik Pulau. Hari ini kami ke sini, berjumpa dan bermesyuarat bersama cikgu kami. Auranya masih terasa.. seperti dulu. Tapi ada juga terasa perubahannya.. beliau lebih profesional sekarang. Pertuturannya jauh berbeza dari dulu.


Hadapan foyer. Tanah sekangkang kera yang tidak mungkin dilupa untuk kami remaja era 80an dahulu. Tanah bergelar "Segitiga Shaari" banyak menyimpan cerita suka duka kami anak2 maktab ini.
Cikgu Shaari.. Ketua Warden zaman kami.. garang dan tegas.. di tanah inilah dijadikan kawasan 'mendenda' para pelajarnya. Denda yang mengajar kami menjadi manusia berguna. Of course la.. yg banyak kena budak2 lelaki... TERIMA KASIH CIKGU! 

 

 Medan Kasa! Dulu hanya meja2 utk kami lepak-lepak. Makan-makan petang-petang lepas riadah. Sekarang sudah menjadi ruang berbumbung tetapi masih ada jualan berlangsung sesekali katanya.

 

Belakang papan kenyataan. Kanan pejabat kiri perpustakaan. Sudah ada kolam ikan. Errr.. 2008 dulu ada ke kolam ni? Kura-kura pun ada. Nun di hujung sana tandas utk pelawat sudah dibina. Elooo. Mana korang pi ni? Bilik Mesyuarat kat mana wei? 

 

Ooooo.. tepi perpustakaan rupanya. Tersorok sikit sebab tu tak nampak. Di sinilah kami bermesyuarat dengan C.Ibrahim (Cikgu Baim) berkaitan Reunion 25 tahun kami.. Batch SPM1990.  Aku sorang saja pompuan..huhuhu. 10-11 lagi semua guys. Rasa macam meeting dengan Datuk-datuk ja ni.. hahaha. Dah tu.. tak pasal2 jadi pencatat minit.
 
A112
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:112)

 

Jom melawat asrama. Pondok apa tu? Pondok pengawal? Antara Blok A dan Blok B. Pondok ini wujud disebabkan kes buli yang kerap berlaku. Manakala antara Blok B dan Blok C dipasang pagar hijau. Kawasang larangan utk berlainan jantina.

 

 Kami ke Blok B. Tingkat bawah untuk pelajar Tingkatan 1. Minggu ini minggu balik bermalam. Jadi tidak ramai pelajar yg ada di asrama. Ruang uadara ini masih seperti dulu2. Tandas dan bilik air masih sama. Memang nostalgia betul.

 

Wah.. shower curtain masih elok. Baru tukar kut? Lama2 nanti mesti koyak sana sini atau mungkin hilang terus? Guys... apa hampa buat ngan curtain ni?

 

Hah? Berdinding simen? Macam dalam penjara ja aku rasa. Tak dapat bernafas. Terkurung. Tak best la aku rasa. Sebilik untuk 4-5 orang. Tidak semua dorm begini. Ini Blok B bawah.

 

Ini keadaan dalam bilik. Kiri 2 katil.. Kanan ada 2 atau 3 katil. Alhamdulillah.. Selesa untuk anak2 di sini. Cuma.. tak dapatlah mereka menggil teman sebilik dengan panggilan 'Mate' seperti kami dulu2. Sebab kami dulu sebilik 2 orang sahaja.. boleh bermate-mate... kan mate kan?


Oh surauku! Sudah tiada surau untuk mereka di dalam asrama. Surau sudah bertukar menjadi 3 bilik. Dan masa kami sampai, ada anak2 F5, BWP/LDP sedang belajar. Mereka jadi penghuni di sini menjada adik2 F1 nanti. Mengadap bilik mereka ada bilik air dan pantri. Wahhhh.. eksklusif ni. Hebat! Kenapa buat bilik? Seba  maktab dah sediakan surau yang besar dan selesa untuk para pelajar di luar sana.


Ini pula Blok A bawah. Dari depan sampai belakang boleh nampak sorang2. Langsung tiada roomate. Errr.. perasan tak? Samada bilik atau tidak... kat mana meja study depa? Kita dulu ada gak meja/kaunter kecik utk study?

Aku sembang2 juga dengan F3 yang tak balik rumah. Kata mereka, ada juga dorm yang masih sebilik berdua.. dipisahkan oleh dinding kayu macam zaman kita dulu. Kami tak masuk la pulak dorm tu.
 
A113
Dan orang-orang Yahudi berkata: "Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar)"; dan orang-orang Nasrani pula berkata: "Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar)"; padahal mereka membaca Kitab Suci masing-masing (Taurat dan Injil). Demikian juga orang-orang (musyrik dari kaum Jahiliyah) yang tidak berilmu pengetahuan, mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu. Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya. (Al-Baqarah 2:113)


Koridor ke blok D. Memang terkenang semasa dululah. Pokok2 hiasan sebelah rumah warden, padang netball di tepinya. Tak sabar rasa nak bereunion nih. Dewan selera? Ok..ok.. jom kita jenguk.
 
 

Tengahari ni, kita lunch di sini. Cikgu Baim belanja, hahaha. Susunan masih hampir seperti dulu. Cuma lebih cantik dan menarik. Tengok deco di tiang-tiang. Cantikkan?

 

Masing-masing macam tak sabar ja nak berbaris ambil makanan. Lapar sangat ke? Ada dua meja tersedi untuk hampa. Bagi la peluang aku makan dalam tray.


Eh.. Apa tu? Ada buku pelawat ka dekat tiang cantik ni? Jm kita sekodeng apa yang ada.


Wowwww. Ada buku menu makanan anak2 maktab la. Dari Ahad ke Sabtu. Kalau camni bolehlah pilih hari yang nak makan di DS atau tidak!

 

Kaunter makanan pun berwajah baru. Lebih kemas dan tersusun. Kakak2 yg kerja pun beruniform kemas dan bersih. Alhamdulillah. Kita tengok apa menu hari ni pulak.

 

Telur dadar, tomyam, kerabu pelam dan sayur. Nampak simple ja kan? Tapi sedapppp habag hang. Kerabu pelam dia sedap sangat. Aku asyik ratah yg tu saja. Tomyam pun sedap. Nak tambah nasi.. errr.. segan la hahaha. Depa tak tambah2 pun. Adik2..(rasa masih muda la pulak) aisey.. anak2 F3 yg ada kata caterer baru ni memang sedap dari yang lama. 

 

Anak-anak berbarik ambil makanan. Abang-abang.. aisey.. pakcik-pakcik ni pun sibuk nak berbaris jugak! Siap potong line lagi... Sudah-sudah2 la cutting line orang wei... malu kat adik2.. aisey.. silap lagi.. kat anak-anak tu.

Ok. Lepas makan kita ke surau bawah untuk solat dan sambung meeting jam 2. Sebelum tu jom ronda sikit2 kawasan sekolah.
A114
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. (Al-Baqarah 2:114)

 

Laluan masih laluan yang sama. Cuma suasana yang tersa berbeza. Mungkin warna cat juga ada pengaruhnya. Ntah la.

 

Bila Zaky kata penuh dengan apple aku tak faham lagi. Bila sebut bilik komputer, baru aku tangkap maksudnya. Komputer2 apple!

 

Bangunan Ibnu Sina terletak antara kelas sains dan kelas senireka. Setentang dengan Dewan Kuliah. Nampak gaya macam bangunan kelas. Kami tak naik la pulak. Nanti mengah.
 
 

Dewan Kuliah. Dewan ni memang banyak sejarah! Seingat aku.. di sinilah kuiz antara rumah Tingkatan 3 diadakan. Masa tu rumah2 sukan dinamakan sempena nama pahlawan2 negara contohnya Lt. Adnan Saidi utk rumah rumah hijau. Di sini juga tercatat sejarah cinta monyet.. andai bangku yang satu itu masih ada untuk berbicara, hasil gurauan kawan2.... hahaha. Kat sini juga F1 dan F4 baru mencipta sejarah perbalahan yang masih berbekas bagi yang mengingatinya.


Kelas SS yang hujung sekali, dekat kelas senireka. Wah.. kelas mereka sudah setaraf universiti aku mengajar. Kerusi meja, whiteboard dan OHP. Serupa! Kelas ni aku ingat sangat2. Sebab di sinilah sorang budak kelas aku.. sebab asyik sangat duduk dengan kerusi kaki 2 di tepi tingkap., akhirnya... GEDEBUK... jatuh kau. Memang riuh la kelas prep masa tu.


 Koridor di SS menuju ke senireka. Sekarang pintu2 kelas pun sudah berubah kedudukannya.


Saja aku jenguk tandas perempuan di kawasan ini, berdekatan Jabatan Bahasa (dah bertukar ke bilik lain) . Tandas yang menjadi bilik mandi bila maktab tiada air di asrama. Rupanya masih sama. Siling masih berlubang-lubang seperti dulu. Lubang2 ini yang mengajar aku dan kawan2 utk memerhati siling tandas awam setiap kali menggunakannya. 


Kelas hujung sekali dekat padang. tak ingat dah nama kelas. Aku ingat lagi.. Tingkatan 3 juga. Kelas matematik Cikgu Sahiddan. Masa tu dekat dengan cuti raya. Dia bagi soalan matematik.. Setiap yang betul dia bagi duit raya. Apa lagi.. tunjuk terer la aku pun. Aku dapat jawab 3 soalan.. dari 5 kut. Dapat berapa ringgit? Sori la.. memang tak ingat jumlahnya.. yg penting aku dapat duit... kan..kan..


Nun di sana, kolam kumbahan. Digelar merry-go-round sebab benda yang berpusing-pusing tu. Hari ni tak berpusing pulak. Kaku.


Lorong belakang. Dulu ada ke tar ni? macam tak ada ja... Apa kita buat di sini dulu-dulu ya? 

A115
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui. (Al-Baqarah 2:115)



Padang sekolahku. Di sini sudah pasti banyak sejarah tercipta untuk kita. Terutama bila hari sukan. Pokok2 di tepi padang pun besar2 sama dengan kita. Kalau dibanding dengan gambar kita di sini dulu, panti menggamit kenangan lama. Sekarang, ada kerusi meja untuk duduk2 ambil angin atau pun belajar di bawah pokok. Nyaman dan tenang bila angin bertiup.


Habis ronda-ronda dan solat, kami sambung meeting jam 2. Cikgu Baim? Oooo. Ni sesi kami saja. Perbincangan dengan cikgu sudah selesai pagi tadi. Ini sesi petang untuk merangka perjalanan reunion nanti. Macam meeting homeroom tak? La ni homeroom dah guna nama cikgu-cikgu. Misalnya homeroom Suhaila, homeroom Fadhil dsbnya. Mudah kenal dan ingat kut.


Inilah kami pada hari tersebut. Zaky, Megat/Mioi, Azri MN, Syamsul Affendy, Ismaida/Macda, Asba, Adli Syamiza/Kong dan Izaharin/Don. Tiada dalam gambar Ramzi sebab dia mai jenguk sat saja. Jumpa kawan2. Dan juga Imran/Wheng sebab dia jurugambar masa ni. kesian kan kat aku.. Terpaksa la nyelit celah tu... dah depa suruh gak.. shy shy cat jugak la.. hahaha.

Terima kasih semua. Terima kasih Wheng dan Zaky kerana benarkan aku gunakan gambar2 yang korang ambil untuk letak di blog picisan aku ni. Insyaallah, 28 Mac kita jumpa lagi untuk rangka kerja seterusnya sebelum Reunion SPM90 akan datang.

Nota: Jika ada cikgu-cikgu BM yang baca
          Saya minta maaf buat semua
          Memang bercampur aduk bahasa saya
          BM dan BI merata-rasa
          Singkatan ejaan jangan cerita
           Saya sekadar bersantai-santai saja.


1 comment:

  1. admin boleh x jawabkan soalan nieh saya daripada UiTM puncak perdana. nak cari maklumat pasal sekolah anda:

    • 1Historical development of school resource center.
    • 2Vision and mission
    • 3Qualification and experience of information professionals.
    • 4Collaboration between information professional and classroom teachers.
    • 5The teaching role of information professionals.
    • 6School resource center collection management.
    • 7Promotional activities in school resource center.
    • 8Library automation and Library system.
    • 9Issues in school resource center.
    • 10Recommendation and suggestions

    ReplyDelete