Wednesday, January 28, 2015

Ramlee Awang Murshid (RAM)

A106
Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu? (Al-Baqarah 2:106)
http://mybigpregnantlife.blogspot.com/2013/10/book-review-magis-by-ramlee-awang.html
Mula2 aku tengok belek2 buku Magis ni kat rumah (anak punya), aku pelik. Apa yg best sangat buku ni? Aku baca mukasurat 1, aku letak. Lepas tu ulang balik, aku letak. Ish.. apa la yg best sangat cerita ni kakak? Ibu tak paham la. Kejap kat Kayangan Bumi kejap kat Cameron Highland. Pastu masuk Hutan Keningau... Akhirnya tinggal begitu.
Satu hari.. dalam 3 bulan lepas... Ish.. tak boleh jadi ni. Mai nak baca apa yg best sangat. Akhirnya.. 3 hari khatam buku ni. Baru Faham.. Memang cerita RAM banyak begitu. Imbas kembalinya cukup banyak. Kena pandai olah dalam fikiran.
A107
Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan. (Al-Baqarah 2:107
 

Habis Magis, aku sambung buku2 RAM yg Auni dah beli. Yah pun baca jugak sikit2. Angah ja belum. Jadi.. aku sambung dengan Sunan, Nanggroe Sang Kembara. Masa ni aku dah mula jatuh cinta dgn watak Laksamana Sunan.
Lepas tu dia suruh aku beli semua buku trilogi Laksamana Sunan.. Aku yang pulun baca.
  
Semua ni aku dah abis baca. Yang paling best bagi aku.. Cinta Sufi dan Sunan Musafir. Yang lain tu pun ok. 

A108
Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus. (Al-Baqarah 2:108)


Lepas satu, satu aku baca. Fiksyen 302 menarik. 9 Nyawa dan Ungu Karmila bagi aku kurang mengancam. Aku bercerita pula.. ada 5 cerpen dalam tu. Yang paling best cerita Bunian. Memang terbaik sebab RAM sebab sesuatu yg menjadi kebiasaan diterbalikan cerita. Yah pun kata Bunian best. Yang lain tu biasa saja.
 
A109
Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:109)
  
Bila kakak dengan trilogi Laksamanan Sunan, Yah pun suruh beli Trilogi Tombirio la pulak. Sapa yang dah abis baca? Aku la jugak. Bukan boleh ada buku cerita kat aku.
A110
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah 2:110)


Tapi, sebelum khatam Tombirio, aku selesaikan Ranggau. Ingatkan is juga cerita Tombirio, rupanya tak ada kaitan pun. Cerita trilogi Tombirio memang best. Dah 16 buku aku baca. Dalam masa 3 bulan!

Dengar kata Tombirio nak dijadikan filem. Kalau betul.. harap2 hero yg pegang watak Tombirio ni biarlah sesuai. Nama pun orang Pagan yg hidup dalam hutan.. tak kan nak amik pelakon yg putih melepak kut.. cari la yg kulit gelap.. muka nampak kasar/bengis badan tegap.. baru ngam ngan watak. Yang watak2 pompuan pulak.. jangan la muka lembut dan cun bangat.. biar yg nampak sedap mata memandang. Pasti ramai peminat RAM nak tunggu Laksamana Sunan difilemkan pulak. Aku tunggu keluar di TV ja la. Dan harap2 filem tidak memanipulasikan cerita asal. 

Buku2 RAM ni mungkin bagi sesetengah orang rasa cerita mengarut. Nama pun cerita. Tapi setiap buku dia.. pasti dia akan selitkan tafsiran Quran.. Hadis.. fakta kes dan sejarah yang berkaitan. Cuma aku je langkau2 bila sampai bahagian2 tu. Nak cepat habis. Jadi.. dalam cerita ada pengajarannya, ada ilmunya. Terpulang pada pembaca untuk menilainya.



No comments:

Post a Comment