Thursday, January 8, 2015

MASJID KG. RIMBA TERJUN, PONTIAN, JOHOR

A076 
 Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman"; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: "Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?" (Al-Baqarah 2:76


Balik dari jalan2 di Kukup, kami singgah solat di Masjid Jamek Ahmad Shah, Kg Rimba Terjun, Pontian, Johor.



Ya.. masih lagi dalam daerah Pontian. Solat dan rehat2 di sini sebelum ke destinasi seterusnya.
 
A077 
 (Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan? (Al-Baqarah 2:77


Ini di kiri masjid. Kawasan masjid ini sangat bersih dan terjaga rapi. Macam dalam taman sebab pokok2 hiasanya sangat terjaga. Alhamdulillah. Bangunan yang kelihatan itu ialah perpustakaan masjid.


Ini pula lanskap di sebelah kanan. Beruntunglah hamba Allah yang melakukannya untuk rumah Allah ini. Semoga pahala berlimpah ruah buatnya.
 
A078 
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja. (Al-Baqarah 2:78)


Tandas muslimin dan muslimat. Punya la tak peka hari tu.. selamba ja aku bawa Emad masuk tandas muslimin. Bukan apa.. keliru. Bila ada orag tegur.."Kak.. perempuan di sebelah sini kak".. hehe.. buat muka selamba je la..

  
Ruang di sini juga selesa dan menyegarkan. Tak terasa panas sangat.
 
A079 
 Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. (Al-Baqarah 2:79


Ada disediakan air mineral utk minum. Lanskap di belakang pun boleh tahan juga kemasnya.
 
A080 
 Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?" (Al-Baqarah 2:80


Ruang solat muslimin.


Ruang solat wanita.

Alhamdulillah. Satu lagi masjid masuk senarai aku. Entah bila pulak akan singgah di sini. Wallahualam.


No comments:

Post a Comment