Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu. (Al-Baqarah 2:71)
Sikit lagi nak tiba Tanjung Piai.. Kena berhenti lagi ke tandas. Kali ni di Serkat. Baca yg tulis jawi.. Masjid Jamek Datuk Hj.Noh Kadut?.. Maaf Kalau Salah. Yang tulis rumi pulak, seperti gambar bawah tu la.
Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan. (Al-Baqarah 2:72)
Tandas. Ini pandangan dari pintu masuk ke halaman masjid.
Ini pula pandangan dari tandas tadi.
Maka Kami (Allah) berfirman: "Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu" (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya. (Al-Baqarah 2:73)
Pandangan sisi masjid dari arah tandas. Seperti masjid di Penerok, masjid ini juga kelihatan sederhana dan comel. Tidak terlalu besar.
Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah 2:74)
Pandangan hadapan dari pintu pagar masjid.
(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)? (Al-Baqarah 2:75)
Ke ruang solat. Tak masuk jenguk pulak sebab singgah ke tandas saja tadi. Dengan Emad yg ke sana sini. Hanya di luar saja.
Ruang solat lelaki yang aku jenguk2 dari luar. Talam yang ada kain tu aku tak tahu pulak untuk apa. Mungkin ada jamuan sebelum tu kut. Wallahualam. Jadi, berdasarkan gambar ni saja, boleh agak besar mana kawasan solat masjid. Tak besar sangat kan? Alhamdulillah.. tentu jemaah melimpah terutama hari Jumaat.
Aina..... Datuk Hj. Nooh Gadut.... mantan mufti Johor hehehe.....
ReplyDelete