Friday, January 16, 2015

Muzium Kota Kuala Kedah

A096
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan. (Al-Baqarah 2:96


Masa balik dari membeli buku2 sekolah di Maktab Mahmud, aku ambil peluang jalan2 ke Muzium Kota Kuala Kedah. Sudah lama dok tengok ja sign board tepi jalan. Sampainya tak juga. Hari ni hajat tercapai. Kalau nak baca lanjut boleh klik link ini.


D'Huma Cafe tak buka masa ni. Begitu juga dgn Rojak Tonggek Kota.. Glamernya nama! Pakcik tu kata buka pukul 5 petang nanti. Hmmm.. lambat lagi tu.
 
A097
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman". (Al-Baqarah 2:97)


Ini pejabat muzium. Hari ni tutup sebab cuti. Orang pun tak dak yg mai masa ni.kalau bilang pun tak sampai 15 orag aku rasa.


Rumah api dan tembok2 lama yg dibina dulu. Malah tiang2 tapak rumah/istana pun masih ada.

A098
Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir. (Al-Baqarah 2:98)


bangunan muzium yg comel ja.. Masuk percuma. Ambil gambar pun boleh. Encik jaga tu aku tengok lepak ja. Tak kisah pun bila orang masuk. Seyum tengok pelawat pun tak.


Waktu melawat tiap2 hari kecuali hari raya.


Boleh baca ka? Kecik ka? Cuba besarkan atau zoom.. mungkin anda boleh baca.. hehehe

 
A099
Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik. (Al-Baqarah 2:99)


Ini dalam gambar dan penerangannya.


Ini kat luar sana. Di belakang bangunan muzium.

 

 Pintu Gerbang Kacapuri.


Bangunan SK Kuala Kedah (gambag 1 dan 2), Bangunan Pejabat Guru Besar dan pemandangan Kuala Kedah awal tahun 1900.
 
A100
Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman. (Al-Baqarah 2:100)


Jika hendak ke sana, akan melalui Jambatan Tok Pasai ni. Kawasan ini adalah perkampungan nelayan Kuala Kedah.


Nampak macam seronok saja kalau sesekali dapat masuk kampung begini. Si emad dah meraung2 nak naik bot kecik. Mana nak cari bot tengahari kat sini... adusss..  Haru sungguh. Jom kita pi makan dulu.


No comments:

Post a Comment