Tuesday, January 6, 2015

MASJID PEKAN PENEROK, PONTIAN

A066 
 Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. (Al-Baqarah 2:66


Dalam perjalanan ke Tanjung Piai, singgah di masjid ni kejap. Bukan waktu solat pun.. nak guna tandas dia ja..


Masjid Pekan Penerok, Pontian. Tepi jalan. Comel ja masjid ni. Nampak selesa.

A067 
Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)". (Al-Baqarah 2:67


Sebelah kanan, bangunan sekolah.. Sekolah apa tak tahu la pulak. Sekolah Penerok kut.


Gerbang masjid yg diambil dari kawasan masjid. Nak ke melintas jalan banyak kenderaan. Dari sini cukuplah.
 
A068 
Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya".
(Al-Baqarah 2:68


Papan tanda tunjuk arah yg sangt membantu.


Ruang solat wanita.
 
A069 
Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya". (Al-Baqarah 2:69)


Bersebelahan ruang solat wanita, laluan utk ke tandas yang terletak di belakang sebelah kiri. Kedengan suara orang belajar mengaji (orang tua) di sebelah kanan.


Ruang solat

  
 Ruang solat lelaki
 
A070 
 Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)". (Al-Baqarah 2:70)


Papan kenyataan utk sebarang maklumat. Ada air lagi utk diminum.


Carta organisasi masjid

Kalau anda lalu di sini, singgahlah sebentar. Sekadar melepaskan hajat atau berhenti rehat.

No comments:

Post a Comment