Monday, January 19, 2015

MASJID AT-TAHIR, KG.SG.GELAM, BUJANG, KEDAH

A101
Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya). (Al-Baqarah 2:101)

 

Semasa balik dari Singkir Darat baru2 ni (jumpa orang), kami singgah solat zohor di Masjid. Kg.Sg.Gelam. Masjid berada dalam mukim Bujang.

 

 Tulisan jawinya seperti dieja Sg.Kelam.

 

 Inilah masjidnya. Tak ramai jemaah masa zohor ni. Ruang parkingnya luas. Masjid pun nampak selesa.

 

Pemandangan sawah padi dan banjaran gunung di seberang sana. Kalau musim padi ni mesti cantik. Masa ni padi dah dituai. Masih bau lagi selut2 sawah menyucuk2 hidung.

A102
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. (Al-Baqarah 2:102)


Ada bangunan Sekolah Pendidikan Islam KAFA di sini.


Tandas di kiri masjid. Begitu juga ruang wuduk wanita.


Kawasan belakang masjid juga ada ruang utk parking motor. Di belakang tu perkampungan orang.


Ruang dalam masjid. Kalau angin sawah mai masa ni.. fuh.. memang syok habis sebab letaknya berdekatan sawah. Sesekali singgah di masjid yg ada di kampung2 begini rasa nyaman saja. 

Cadangnya nak ke candi lembah bujang lepas ni. Tapi malas lah pulak. Lain kali la. Kita balik dulu.
 

2 comments:

  1. Salam Aina, ni dah dkt kg rumah Kirah kan... aku dah penah p candi lembah bujang dulu2 Kirah bwk p jln sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi la tu. Aku penah pi gak.. saja nak bawa anak2..
      -aina-

      Delete