Monday, January 5, 2015

Muzium Bugis Sg. Rambah, Johor

A061 
 Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh. (Al-Baqarah 2:61


Persinggahan akhir kami hari ni, Pantai Rekreasi Sg.Rambah. Semasa datang dan balik jalan Pontian-Kukup ni, kita nampak banyak papan tanda Muzium Bugis. Ha.. ikut ja arah ke situ.


Sebabnya, di silah terletaknya Muzium Bugis ni. Bangunan kayu berlantaikan simen milik persendirian. Masuk.. PERCUMA.


Pemandangan di sini cantik. Nyaman. Tambah2 lagi petang hari tu hujan renyai2 sikit. Tak banyak gambag kami pun. Banyak gambar sekeliling ja.

 
A062 
 Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:62


Bila tiba di pantai ni, kita disambut oleh tembok/gerbang ni. Nun di hujunggggg sana (nampak dinding ja sikit) ada gerai kecil. Ada jajan dan rojak. Rojaknya sedap. Yg best tu.. brother yg jual di situ ada saudara mara di Kedah. Area mana aku lupa. Jadinya.. tak de la dia nak tanya Lunas tu Kedah kat mana macam sesetengah orang tu.


Ini pula pemilik muzium, Abdullah Ahmad. Muzium dijaga sendiri. Dia menggunakan sumbangan pelawat2 utk kegunaan muzium ni. Pakcik ni suka cerita. Tercengang gak mula2 kami dengag. Orang Semangat 46 rupanya2. Banyak pengalaman dgn pemimpin2 lama. Pastu.. dia juga orang sastera. Ada artikel2nya yg pernah tersiar dulu. Dalam muzium ni.. kebanyakan pameran yg ada adalah simbolik, penuh dgn makna tersirat. kalau dia tak cerita.. kita ni sekadar tengok je la. Nanti aku cerita serba sikit yg aku ingat. Oh Ya. Dia juga ada sedara mara di pendang. Jadi tak susah la cerita pasai Kedah.


Sebahagian pameran di dalam muzium.


Pameran di bahagian belakang.


Dan lagi...

A063 
Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman): "Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:63


Antara keratan2 akhbar yg ada berkaitan Pakcik Abdullah ni. Indiana Jones tu.. jgn main2.


Di satu sudut, ada digamtung gambar rumah2 melayu Bugis. Beria2 aku tanya dia. Kat mana aku boleh tengok rumah2 ni sekarang? Dia kata.. heheh.. ini gambar rumah Bugis di Indonesia. Ha alo.. aku ingat ada di Malaysia.. paling tidak di Johor. Nak je terjah.
 
A064 
Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi. (Al-Baqarah 2:64


Ini di bahagian belakang muzium. Tandas dengan ruang terbuka. Bersih dan selesa. Binaan bangunan ini pun cantik. Katanya dapat sedikit bantuan kerajaan utk bina bangunan ni.


Bersambung di sebelah kiri muzium, ada surau. Lengkap katanya. Aku tak pula jenguk ke dalam surau ni... hehehe.
 
A065 
 Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina". (Al-Baqarah 2:65)


Batu terapung. Simboliknya? Huhuhu.. tak terpikir aku. Katanya... batu kan berat. Hukum batu biasanya tenggelam. tapi yg ini timbul. Macam kita.. kalau tak berusaha.. manakan dapat apa yg dicita. Usaha utk menjadi yg mustahil.. lebih kurang gitulah.


Arca kemajuan dan Mundurnya Bangsa Saya.

Yang ini panjang ceritanya. Pada meja bulat ni tersandar meja 3 segi.. mewakili kaum Melayu, Cina India kut. Kemudian ada 3 kerusi di sini mewakili kaum Bugis, Melayu err... tak ingat la. Kenapa susah2 mau bergaduh. ambil kerusi duduk kat meja bulat bawa berbincang.

Bekas bunga tu.. ceritanya.. Dulu2 orang melepaskan hajat di parit, di tanah di hutan dsbnya. Tapi KauM Cina guna bekas. Yang mengangkatnya orang2 Melayu.. Kan dulu ada kerja pengangkat najis.. macam dlm sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Melayu menurut perintah bangsa asing. Dan bla..bla..bla.. Aku memang blur..


Madah tersirat sebalik tersurat.

Kalau boleh baca dan faham tulisan2 tu baguslah. Tong sampah.. walau sebersih mana pun ia.. dicuci berkilat pun.. tetap di panggil tong sampah. Errr.. camna nak habag ya?


Batu Api

Dinamakan arca ini batu api. Batu di atas bangku. Golok tu diambil kat bawah bangku tu. Lalu diketuk2 hingga keluag percikan api. Simboliknya.. jangan kita dok jadi batu api.. mengapi2kan sana sini.. nanti bangsa Sendiri yang rosak. Lepas tu dia dirikan golok tu tanpa jampi apa pun. Memang berdiri sendiri.

Simbolik2 arca dia memang kena dia cerita baru paham. Aku pun dah ingat2 lupa. Banyak berkaitan dengan sejarah bangsa yg hampir dilupakan. Sejarah bangsa yg ditindas di tanah air sendiri. Hingga satu hari nanti mungkin tanah ini tergadai pada bangsa asing.

Pakcik ni juga cerita.. dulu dia penah dukung Tun Razak di belakang dia untuk meranduk air. Bergilir2 dukung dgn kawan2 seangkatan. Rasanya kalau budak2 sekolah nak buat kajian sejarah, memang pakcik ni amat sesuai utk ditemuramah.

Buat pakcik Abdullah, semoga ramai yg melawat Muzium Bugis ni dan menghargai sejarah bangsa di negara tercinta ini.




1 comment:

  1. ASSALAMUALAIKUM,SAYA INGIN HADIR KE MUZIUM INI .BOLEH TAK PAK CIK HADIR PADA HARI JUMAAT DAN SABTU KERANA SAYA INGIN MEMBUAT KAJIAN SEJARAH MENGENAI MUZIUM INI DIBINA.

    ReplyDelete