Thursday, February 11, 2016

JJMK Ansara Kasih

 A008
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (A-li'Imraan 3:8)


Kali pertama ikut geng Ansara Kasih Utara ni. Aku tunggu konvoi dalam 10 kereta sampai di Kuala Ketil. Tak de la sesak dan banyak sangat. Punya lama tunggu rupanya salah satu kereta tayarnya pancit. Ok. Dimaafkan. Nak buat camna bukan kuasa kita.


Rumah pertama disinggah. Tak salah aku kat sini dalam 4 keluarga. Ingat-ingat lupa sebab program Disember lepas. Dah masuk tahun 2016 baru nak mengadap blog. Layan adik yang kanan sekali baju hijau tu yang buat riuh masa ni. Sebelah tu abang dan kawan-kawan dia. Bila tanya awat tak baca buku? Saya baca buku kat sekolah. Awat tak ngaji? Ngaji kat sekolah. Awat tak sembahyang. Sembahyang kat sekolah.. semua dia pulun kat sekolah. Ingatkan dah sekolah rupa-rupanya baru 6 tahun. Pot pet pot pet dia ceria itu ini. Mulut becok betoi.


Sebelah rumah tadi ada pondok berdinding dan berlantai buluh. Tok/nenek kepada adik tadi. Katanya dia memang nak dok sorang2. Di situ lah dia masak, tidur makan. Nak noreh pokok sebatang tu dok kat pangkin ja. Pokok-pokok getah lain berhampiran situ saja.

A009
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (A-li'Imraan 3:9)


Sesi bergambar di hentian pertama. Tak ramai sebab ada yang tak nak masuk dalam frame. Malu kut. Oh ya. Itu ibunya, pemilik rumah ini. Adik ni juga bagitau, "kami dah dapat tanah tapi tak buat rumah lagi. Tak siap". Pandai dia habag. Ayahnya meninggal tahun lepas kut.



Hentian kedua. Tengok pangkin bertirai dengan anyaman kelarai tu rasa nyaman pulak bila petang2 boleh rehat di situ. Tertarik juga aku dengan anyaman kelarai di dinding rumah ni. Kelarai tu tuan rumah ni buat sendiri. Susah nak jumpa la ni.

A010
Sebenarnya harta benda orang-orang kafir, dan juga anak-pinak mereka tidak sekali-kali akan menyelamatkan mereka dari (azab seksa) Allah sedikit juapun; dan mereka itulah bahan bakaran api neraka. (A-li'Imraan 3:10)



Di pangkin tadi ada dua anak istimewa rupanya. Yang terbaring itu 5 tahun, perempuan. Bulu matanya subahanallah, cantik sangat. Tak boleh bersuara atau bergerak. Hanya terbaring lemah di situ. Yang di dalam katil buatan ayahnya ini 2 tahun kalau tak salah. Si adik ini pun diam sepanjang masa. Disuap dia makan. Tidak mengganggu tidak ke sana sini. Diletak ibunya di pangkin ini, ibunya kata biar situ nanti dia akan tidur sendiri. Mudahnya!
 

Hentian terakhir satu keluarga ini. Si suami berusia 31 tahun lumpuh separuh badan sejak usia 22 tahun. Puncanya terkena libasan pokok yang ditebang. Baru saja berkahwin masa tu. Anak perempuan seorang. Asalnya lumpuh satu badan, sekarang dah boleh duduk atas kerusi. Moga Allah menyembuhkan beliau sepenuhnya. Alhamdulillah. Tengahari dah selesai.

Kita doakan moga mereka semua tabah mengharungi hidup. Insyaallah, jika ada ruang masa yg diizinkan Allah swt, rombongan JSKM akan sampai ke tiga lokasi ini.

No comments:

Post a Comment