(Keadaan orang-orang kafir itu) sama seperti keadaan kaum
Firaun, dan orang-orang yang terdahulu dari mereka; mereka mendustakan
ayat-ayat keterangan Kami, lalu Allah menyeksa mereka disebabkan
dosa-dosa mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha berat azab seksaNya. (A-li'Imraan 3:11)
Sesekali lalu jalan ni teringin sangat nak singgah masjid yang satu ni. Rasanya kak aku yg dok Pendang pun mungkin belum pernah singgah.
Senibina dengan ukirannya yang buat aku nak sangat singgah. Jadi, bila da peluang tambahan pulak akulah drebar akulah penumpang.. sorang2. Apalagi, aku pun singgah solat di sini.
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: "Kamu
akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat)
ke dalam neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang
disediakan". (A-li'Imraan 3:12)
Ukiran Allah dan Muhammad pada keliling semua kubah. Memang unik. Tak pulak aku semak tahun bila masjid ni dibina. Segan masa tu sebab ramai jemaah lelaki. Ada kuliah rasanya.
Ruang solat wanita. Tak dapat nak zoom ke mimbar. Hihi.. terlupa.
Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada
(peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu
pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana
mempertahankan agama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir
musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan
pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka
sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya,
dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu
terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang
berfikiran (yang celik mata hatinya). (A-li'Imraan 3:13)
Tandas dan bilik wuduk bersebelahan dengan tangga.
Ini kolah masjid. Di sana pintu utama untuk jemaah lelaki. Sepertinya akan ada kuliah agama di masjid ni. Aku pun tak boleh lama-lama.
No comments:
Post a Comment