Bagaimana Allah akan
memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah
mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah
(Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka
keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan
memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim. (A-li'Imraan 3:86)
JJMK Baling diadakan pada hari merdeka. Alhamdulillah. kali ni aku merdeka bersama JJMK, untuk pertama kalinya. Awal2 pagi rasanya kereta aku yang pertama tiba di Masjid Bukit Selambau ni, tempat berhimpun dan mengagihkan barang2. First, hahaha.
Ikut rancangan ada 6 center. Tapi cuaca petang tak mengizinkan dengan hujan yang terlalu lebat. Jadi, ada center yang tak dapat disantuni.
Ini Center 1. Tuan rumah/tuan tanah jamu dengan kuih muih, air kopi/teh panas. Buah rambutan dan langsat/dukung jenuh atas pangkin. Musim buah banyak masa ni. Memang rezeki peserta.
Dalam orang sibuk aturkan barang2 dan makan2, budak2 ni sibuk cari haiwan ternakan. Budak baju hitam tu kejar ayam yang ada. Terjumpa pulak kambing dalam kandang. Itu lebih menarik bagi mereka. Kat taman mana nak ada orang bela ayam kambing kan?
Mereka itu balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya sekalian orang-orang (yang beriman). (A-li'Imraan 3:87)
Center kedua kena jalan jauh sikit dari parking. Tuan rumah ni menghadapai masalah persempadanan tanah. Diharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan mudah.
Di sini juga buat pertama kalinya aku tengok sarang tempua nn sayup-sayup di hujung pelepah kelapa. Bukankah peribahasa menyebut "jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah". Aku ingat tempua memang bersarang rendah! Rupanya ada yang tinggi melayup. Buah2 langsat/duku/dokong yang lebat jangan ceritalah. Memang banyak sangat dan rasanya tak termakan mereka pun.
Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian; (A-li'Imraan 3:88)
Lokasi seterusnya perlu melalui jalan satu lorong di tepi sungai. Jadi co-pilot ni yang bestnya boleh tengok kiri kanan apa yang ada. Buah2 langsat/duku/dokong (aku memang tak tau beza ketiga2 buah ni) merimbun. Geram rasanya.
Di laluan ini sempat lagi aku stopkan sorang pakcik naik moto dengan bakul di belakang. Tanya dia apa ada dalam bakul. Dia kata buah lembang. Lembang? Buah apa tu? Mintk sikit hahaha. Itulah buahnya. dan tangkai buahnya gambar kanan. Yang besar tu lembang yang kecil tu dokong kalau tak salah. Depa kata rasanya lebih kenyal dan sedap. Hmmm.. serupa ja aku rasa tapi much better dari langsat kut. Kesimpulannya kalau dah tak dok nun kampung sana memang banyak le buah2 hutan yang kita tak kenal.
Bila sampai kat rumah untuk sumbangan pula, tu diaaaa. Penuh buah. Dua raga ni sapa nak makan ambil la sebanyak mana pun. Durian tu untuk dijual. Aku pun beli jugak 3 biji. Harap2 durian kampung yang isi manis dan nipis tu. Bila balik isinya tebal2.
Dalam orang ramai2 tu, anak2 peserta yang agak perak ni terpegun dengan susu getah yang keluar dari pokok. Susu ni untuk apa? Nak buat apa? bla..bla..bla..
Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta
memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani. (A-li'Imraan 3:89)
Semangat kerjasama begini yang sangat2 dinanti. Masing2 tahu apa nak buat. Tak perlu nak bagitau masuk dalam barisan bagai. Ddengan sendirinya ia terbentuk untuk memudahkan penghantaran barang ke muka pintu.
Selesai 4 center, kami dijamu makan tengahari di rumah Paklong Mat Zin, Kg.Nami. Ikan masak merah yang sedap. Kerabu paku rawan yang pertama kali aku makan, rasa2nyalah. Dan gulai buah ara lempong. Mak aku kata buah ni orang tak makan tapi di kawasan ini ia jadi kebiasaan. Cuma kena tahu cara memasaknya dengan betul supaya boleh dimakan. Pertama kali juga aku makan ara lempong ni.
Sebelum persinggahan terakhir kami solat di masjid Mukim Sok. Dua center tak dapat dikunjungi kerana hujan terlalu lebat. Tapi barang2 tetap sampai pada tuannya. Ini rumah terakhir yang terletak nun ke dalam hutan getah. Tiada api tiada air. Hanya mengharap air tadahan hujan dan sungai berhampiran. Negara kita dikatakan maju tapi masih ramai rakyat yang terpaksa hidup dalam kedaifan. Moga hari ke hadapan keluarga ini mendapat pembelaan dan pertolongan yang sewajarnya.
No comments:
Post a Comment