Monday, November 7, 2016

Masjid-masjid persinggahan di Banda Acheh

Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua agamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta). (A-li'Imraan 3:78



Alhamdulillah. Selain Masjid Baiturrahman (Masjid Raya) pada hari pertama, ada 3 lagi masjid yang sempat kami singgah dan solat pada hari ketiga. ang pertama Masjid Baiturrahim, nun di jalan menuju Pantai Lampuuk. Terasa jauhnya mau sampai ke sini.


Ini jalan di kiri dan kanan hadapan masjid. Sepanjang jalan sangat banyak pokok asam jawa. Dan rumah2 di kawasan ini dibina semula oleh kerajaan Turki. Kiranya menjadi tajaan Turki kawasan ini. Mereka menghadiahkan setiap ahli dalam sebuah keluahga menerima sebuah rumah (tak kisahlah rumah kembar ke rumah sebuah ka). Jadi, kalau ada 5 orang dalam satu keluarga, makanya dapat 5 buah rumah. Sebab itu di kawasan ini banyak rumah2 yang tidak berpenghuni sebab ada yang masih tinggal bersama keluarga. Dan ada yang tidak pulang tinggal di sini sebab masih trauma.


Masjid ini yang ketinggiannya mungkin 20 kaki, tenggelam sepenuhnya oleh air tsunami setinggi 30 kaki! Subhanallah. Dah lihat pada banner tergantung. Ada lambang negara Turki, menandakan ia dibaiki dengan biaya kerajaan Turki.


Di kanan masjid terletaknya tandas dan tempat untuk berwuduk kaum adam dan hawa. Tandas tidak banyak. Dua saja kut.


Cerita gambar kiri, tuan rumah yang musnah dapat kenal lokasi tapak rumahnya berdasarkan perigi yang ada ini. Dan gambar kanan adalah kesan tinggalan tsunami yang dibiarkan di dalam bangunan masjid untuk tontonan para pelawat.


Bahagian dalam masjid yang telah dibaiki. Tetapi bahagian belakang yang berkerikil dan dipenuhi dengan batu2 karang ini dibiarkan di satu sudut sebagai bukti kejadian 12 tahun yang lalu.
  

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya. (A-li'Imraan 3:79)



Di belakang gambar2 inilah letaknya tinggalan kesan tsunami dalam masjid ini. Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu perkara itu berlaku dengan kehendakNya.


Masjid Rahmatullah dibuka pada 19 Mac 1990. Pada tsunami 26 Disember 2004, masjid ini merupakan satu-satunya bangunan yang masih teguh di daerah Lampuuk bila air tsunami surut.

 

Seterusnya kami dibawa ke Masjid Baiturrahim di desa Uleelheue. Ketika dalam perjalanan ke sini, kami melalui satu jambatan yang dibina selepas tsunami. Jambatan asal musnah sama sekali. Dan Alaudin juga menunjukkan nun di satu kawasan terletaknya satu makam wali yang kelihatan seperti pulau kecil. Katanya, makan itu tidak dapat dipindahkan walaupun ada beberapa cubaan untuk memindahkannya. Akhirnya ia dibiarkan terus kekal di situ.

 

 Uniknya masjid ini kata Alaudin, kerana biar pun ia terletak hanya dalam 10m dari laut, tetapi tiada kemusnahan teruk akibat tsunami!  Betapa besarnya kuasaMu Ya Allah.
 

Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam? (A-li'Imraan 3:80)


Aku cuba naik ke tingkat atas masjid. Kosong. Dan gambar ini dirakam dari tingkat atas. Tidak ada jemaah sebab sudah abis waktu solat. Cuma ada beberapa ibu2 yang berbual di tangga masjid.




Kedai menjual cenderahati bersebelahan masjid. Sangat puashati bila membeli barang2 souviner di sini. Broochnya cantik2.


Sudut pameran di dalam kedai ini juga sangat menarik dengan gambar2 dan maklumat2 tentang tsunami yang berlaku 12 tahun dulu. Rasa tak puas bila membaca kisah2 tsunami.


Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu." (A-li'Imraan 3:81)



Masjid ketiga untuk hari ini ialah Masjid AlFitrah. Singgah untuk jamak maghrib dan isyak sebentar.


Masjidnya agak kecil dan terletak betul2 di tepi jalan. Agak sukar nak parking kalau kenderaan terlalu banyak. Alhamdulillah kami berada betul2 di tepi masjid.


Suasana di dalam Masjid AlFitrah ini tenang sahaja. Jemaah pun tidak ramai. Sama seperti masjid2 lain, pemisah ruang solat wanita dan lelaki hanya bidang kayu berukir sahaja. Alhamdulillah. Hari ini kami dapat ziarah tiga masjid terus, selain Masjid Baiturahman pada hari pertama di sini.



No comments:

Post a Comment