Sunday, November 22, 2020

End of Tasik Banding Reunion

Hari terakhir di Tasik Banding. Pagi lagi ada bot standby dah untuk hantag Jatt dan Takim balik. Beridebizi ini dua orang bisnes man ni. Terima kasih kerana masih sudi join kami berjimba2. 

Pukul 10 lebih, giliran C.Sahiddan dan C.Baom pula balik awal. Selamat tinggal cikgu. Terima kasih kerana sudi join kami, anak2 murid cikgu yang baik lagi cantik dan hensem serta masih muda remaja hahahaha. Terima kasih sporting gila to get into our lives. Till next time insyaallah.

Dan of course bergambar dengan ayahanda kesayangan Damai 86. Juga kesayangan seluruh warga BP  yang mengenali. Dari dulu menten muda ayahanda kami ni.

Selepas cikgu2 balik, ada yang sambung mandi lagi. Tak puas rasanya kut selagi tak kecit kulit2 tu. Mandi dan mandi dan mandi. Aku pulak, ikut BJ, BD dan Noni ke hujung tasik untuk mencuba nasib. Kali ini 10 ekor ikan patung berjaya dinaikkan. Balik bot, terus siang, goreng dan jadi hidangan tengahari. Ikut la sapa yang sempat. Rasanya memang manis sebab fresh from tasik. Selesai makan, jom kemas2. Kita dah nak balik ke jeti. 

Meh kita recap sikit wajah-wajah pilihan lensa Hawari. Banyak sangat sampai aku pun dah konpius mana satu yang aku download tadi.


Yang ini. Aku kena pikiag dua tiga kali. Milik siapakah wajah ini. Tengok tepi lain tengok depan lain. tengok belakang lagi hancus hahahaha. Zahrul Zamri.. masa sekolah sepatah habuk pun aku tak pernah cakap dengan dia ni. Terima kasih banyak ajag aku hal2 memancing. 


Peserta paling manis setakat ini hihihi. Mohd Izamshah aka BJ yang terkenal sebagai LDP batch 90. T.kasih tumpangkan aku dan Angah naik kereta baru hang.


Jauh dari Indera Kayangan bersama isteri dan anak2. Mohd Shariff aka Yep. Selepas berpuluh tahun, inilah kali pertama jumpa. Senyuman hang masih sama. Alignment je dah banyak lari hahaha.


Apa yang special sgt dengan si Samhan aka Sam ni pun tak tau. Sampaikan dia buka dan pakai kasut pun ada orang nak amik gambag dia. 


Kau kenapa mate? kena tinggal sorang2 ke? Kau kayuh je la dengan tangan tu balik ke bot. Jangan suruh aku pulak pi kat hang. Memang tidak le hahaha.


Hah! Hampa semua baik2 na. Aku naik bot sat gi aku bius hampa sorang2. Sapa soh hampa kacau aku. Aku nak relax2 pun tak tenang.


Manisnya.. manisnya senyumanmu. Ni lah tuan punya kamera. Tkasih Wari pinjamkan gambar2 ni semua untuk tatapan kawan-kawan2. Ya En.Fuad? Anda ada masalah ke bila aku puji Wari? Jeles ke? 


Man of the week. Terima kasih Imran kerana merealisasikan percutian Reunion T.Banding BP90 tahun ini. Jasa baikmu sentiasa dalam ingatan kami.


Hah..elok. Makan jagung sorang2. Dah tu, matching elok pulak tu dengan baju kuning. Sesuai sangat la tu Mr.Harizan.


Baik hang kayuh laju2 sikit Jatt. MKI kat belakang tu asyik cekak pinggang jer aku tengok. Apa yang dia tak puas hati pun tak tau. Ke ada orang dok gheling dari jauh sebab dia terer sangat terjun tiruk?


Wah.. happy gila hang Bad sebab berjaya akhirnya tiba ke destinasi. Semangat membara ke puncak jaya. Errr.. dengar2 ada berita gembira. Aku sajakah yang mereka2 cerita? hahahaha.. masukkkkk.


Oh my sis Ainul Zaleha akak kak Enol. Seyumanmu dari dulu masih manis begitu. Wajahmu langsung tidak makan waktu. 


Bab posing memang dia ratu dari dulu. 1 2 3..snap. Ada jer gaya fotogenik dia. Yang hang kat belakang tu kenapa Asba? Mussss.... jangan tinggalkan abangggg. Gitu ke Ba? 


Ok Fine. Sesi menayang senyuman colgate BD dan Noni. Tau la hampa mai berdua je, ghenyih sampai telinga no.


Hang nak memancing ka nak punggai pancing tu masuk tasik Wari? Risau aku tengok dengan perut ke depan takut hang yang terjun dalam tu.


Tekong utama memancing in action! Cukup ke roti tu Suhaidi? Hang keluag pagi balik petang. Nanti kelaparan di dalam perjalanan. Pandai2 la telan ayag tasik tu ya.


Penjaga perairan laut kita ni jangan main2. Nampak je kecik tapi jiwa besar. Sedangkan laut hang boleh control, setakat ayag tasik Banding tu apa la sangat ya Hafiz?



Mamat pink ni dah kenapa? Hang nak karaoke ka nak bersilat tu? Siang malam hang dok nyanyi, tak jemu no. Next time nak dengar hang mengaji taranum sekali, bole ke?


Ah sudah.. sampai dalam ayag si Izah ngigau nyanyi. Bahaya ni mate. Hang tolong tengok2 sama na kut sat gi dia naik syeikh pi menari lam ayag.

Oklah. Time to say goodbye to Tasik Banding. Simpan dan semat kenangan kita jauh di lubuk hati yang dalam. Jika rindu, tataplah bingkisan ini, moga rindu itu berlalu pergi buat seketika.


Aku tak tau trade mark sapa ni. Tapi aku folo je la walau kaler baju aku dah berlainan dari hampa semua. Ada satu gambag hampa dengan Jono aku cari tak jumpa. Apa2 pun tkasih juga buat Jono sudi jenguk kawan2 di sini.

Sebelum masing2 bergerak ikut haluan, kita bergambar ramai2 di sini. Jono pun ada kat belakang tu. Semoga tahun depan kita dapat berkumpul lagi di lain destinasi. Terima kasih semua kerana meninggalkan memori ini untuk dikenang. Mohon maaf andai ada salah silap aku. Hopefully, link kat bawah ni boleh access video tarian poco2 hampa. Jumpa lagi Insyaallah.

https://www.facebook.com/nurul.haida.35/videos/vb.1255201699/10223277269020744/?type=2&video_source=user_video_tab

https://www.facebook.com/nurul.haida.35/videos/vb.1255201699/10223265374563390/?type=2&video_source=user_video_tab

No comments:

Post a Comment