"16 Mac 2020 jam 10 malam waktu Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan secara langsung di televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Berkuat kuasa pada 18 Mac, Malaysia secara rasmi melaksanakan langkah kawalan pergerakan. Pada 25 Mac, PM, umumkan bahawa perintah kawalan itu dilanjutkan sehingga 14 April. Seterusnya "Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)" 27 Mac di kwsn tertentu. Pada 1 Mei, PM sekali lagi dalam ucapan khasnya sempena Hari Pekerja telah memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pada 7 Jun 2020, PM telah mengumumkan bahawa pada 10 Jun, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang merupakan fasa pemulihan dari pelaksanaan PKP dan PKPB yang bermula pada 10 Jun hingga 31 Disember 2020."
(Petikan https://ms.wikipedia.org/wiki/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020)
29 Ogos 2020. Ntah jadi atau tak. Ntah teruskan atau batal. Semuanya masih teragak-agak. Dengan keyakinan penuh, masing-masing komited memberi nama dan membayar harga. Ini gara-gara pandemik Covid 19 (ada yang sebut kobit la kubit la) yang melanda dunia ketika itu. Reunion kecil2an utk dua houseboat di Tasik Banding sangat mengujakan. Terima kasih Takim atas ihsan hang utk menggembirakan kawan2 berkumpul. Semoga rezeki hang terus bertambah dan selalu ingat kat kawan2.
|
Aku, Yus, farah, Ida dan Noni (wife Bidi) |
Hari ketibaan.. Aku bertolak dari Rumah jam 5.15am. Terimakasih Izamshah aka Big John (BJ) dan Khalil (MKI) mai amik aku dgn Angah di rumah. Subuh pun tak masuk lagi. Kami berhenti solat di hentian rehat apa nama ntah untuk solat subuh. Si BJ dan MKI tambah agenda.. buang asap dulu.
|
MKI, Asba, Zahrul, Sam, Sharip dan BJ kat belakang cuba enterprem |
Perjalanan siteruskan hingga ke pekan Gerik. Depa pekena roti canai mamak dan teh tarik kat sini. Geng dari KL dah sampai awai lagi. By the way, aku lupa dah sapa yang bayag utk roti nan Angah. Terima kasih banyak2. Moga terus dimurahkan rezeki. Aku ngan kedai mamak ni tak berapa boleh nak telan. Sebab tu tak oder apa2 pun.
|
Eh eh.. ada warga emas lagi hahaha.. Cikgu Baom dan cikgu Sahiddan. sebelah Sharip tu wife dia, Rita. |
Kami bukan saja disertai batch MRSMBP90, aku sendiri bawa Angah. Sharip bawa isteri dan 3 anak gadisnya. Bidi bawa Noni. Malah, C.Sahiddan dan C.Baom pun ikut. Masa dlm plan, aku cuba2 try test wasap C.Sahiddan. tak sangka pulak dia berminat. Apa lagi, bawa geng jadi cikgu pengiring budak2 tua la jawabnya. Ke kami yang jaga cikgu?
|
Cheese kek leleh drpd Nini dibawa oleh MKI dari Alog Setag. |
Alhamdulillah. Ada kawan2 yang tak hadir tetap ingatkan kami. Cheese kek leleh Nini memang yummy. Ida dgn marble keknya, C.Baom dengan seguni jagung dan MKI sendiri dengan pelam dan kuah rojak. Memang murah rezeki betul. Oh oh.. aku bawa pekasam jer.. bole la utk tambah selera nanti.
|
SOP kena ada |
Atas bot pun, SOP kena jaga. Tiga org KKM dok ada, kita kena la ikut. Dr Farah, Dr.Izah dan Sam. Ambil suhu, isi nama dan maklumat. Errr.. aku tak isi pun. Assume Angah tolong isi je la hahaha.
|
Tq Zahrul ajarin aku cara2 nak ikat mata kail, nak pasang perambut etc. Aku vuma ingat dua tu ja. Yang lain ke dalam tasik perginya.
|
|
Sayog campog utk lunch
|
|
Ikan tongkoi masak apa merah. Lapag2 memang sedap pun.
Bahagian atas bot. Ada 6 bilik yang boleh muat hampir 30 orang. Pada aku dah cukup ok.
|
Bot lelaki. Parking sebelah2 ja sebab nak makan kena mai bot perempuan, Dapurnya di sini.
Ini la dia aktiviti menyicah pelam bawaan MKI. Sakan depa cicah kuah rojak Mak Bee. Semua ni kaki nyicah. Tangan sapa semua tu baik ngaku cepat. Aku tumpang semulut dua cukup la. Banyak2 nanti depa tak merasa pulak.
|
Za, Wari, Bob, Jan dan Ida. |
Sambil2 makan, semabng2 tepi bot. Cerita kisah2 lama masa sekolah. Pasal keluarga, kerja, dan macam2 lagi. Ni bukan cerita memancing ni. Makan lekaih. Sat gi solat pastu petang kita nak masuk hutan.
Alhamdulillah. Kita ada imam yang berkaliber. Sekurang2nya tak dak le masing2 buat hal seniri time solat. Azan pun kita ada bilal cuma aku tak tau milik siapakah suara itu.
Petang lepas asar rasanya, kita bergerak dgn bot utk ke air terjun. Kena la hiking sikit. Kalau Bad boleh buat, tak kan yang lain tak boleh kan? Aku pun tercungap2 gak tapi teruskan perjalanan.
Selamat datang ke air terjun Sg. Kooi. Tak semua ada sini sebab geng anglers pi mancing kat lubuk. Cikgu2 pun serupa anak murid dah. Ingatkan hilang dari frame ni.
Hiking ikut laluan sedia ada. Naik turun bukit. Lintas anak sungai. Pegang tali. Naik lagi turun lagi. Akhirnya tiba di tempat tuju. Aku stop di sini saja. Yang lain terus naik ke atas sana untuk mandi. Bukan aku tak mau mandi, keadaan tak mengizinkan.
|
Inilah tempatnya. Seronok betul kanak2 remaja purba dapat mandi ayag terejun. Tiba2 rasa ,muda 20 tahun ye? |
|
Hai Izah, kau layan Titanic ke tu sorang2? |
Dah puas mandi dalam sejam pakat balik ke sarang. Lapar dah tentu. Nanti pakat mencari nak makan apa yang ada ni.
Senja di Banding sangat mengasyikkan. Kalau bole dok layan mentari jatuh di ufuk barat ni memang feeling abih. Tambah2 kalau ada lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur? Senja Nan Merah? Boleh terangkat ni.
Dah jenih mak pak terlepas kandang. Anak2 tak dak nak kena jaga. Apa lagi. Berendam tak ingat dunia. Kalau boleh nak dok dalam tu sampai ke malam. Nasib baik tak dak anakonda.. Sakan depa berendam.
|
Enjoy betul tengok depa. Aku je yang tak turun main ayag ni.
|
Dah malam. Masing2 kepenatan tapi masih mampu lagi sembang sampai ke dinihari. Ada yang karaoke sampai ke satu dua pagi. Memang dasat reunion kali ni. Tu sampai Hafiz tak tengok dah kiri kanan makan kat tangga lagi. Org2 tua pesan, tak elok makan kat tangga.
Sebenarnya banyak lagi gambag hari pertama. Tapi tak mampu aku nak boh dan cerita semuanya. Nanti bila2 kita caption gambag2 yang ada. Esok kita sambung cerita hari kedua pula.
Kenangan terbaik bersama rakan rakan. Semoga kita bersahabat selama lamanya.Coretan terbaik dari Aina. Teruskan berkarya
ReplyDeleteTQ Zahrul
DeletePoco-poco mana? Tadak pon?
ReplyDeleteNanti la sat. Nak try boh ntah bole ka tak
DeleteTerima kasih Aina
ReplyDeleteSama2
Delete