Monday, July 6, 2015

Catatan 13

A266 
Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar). (Al-Baqarah 2:266)

Entri kali ini hanya sekadar catatan yang muncul di dalam fb selepas reunion kita berlalu. Sajak ini tidak bertajuk. Aku 'bacakan' pada malam reunion. Sebelum persembahan Untukmu-Feminin.


Yang ini pula selepas persembahan. Memang aku tak pandai deklamasi sajak/puisi. Apa yang penting, maksudnya difahami. Aku hanya tahu menulisnya sahaja. Jadi, kebanyakan sajak2 atau puisi2 aku aku simpan sebagai koleksi peribadi sahaja.
 
A267 
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. (Al-Baqarah 2:267)


Pos dalam fb oleh Cikgu Norlida (Miss Connie) tentang Homeroom Harapan. Bijak betul Harapan mengambil hati cikgu yang tiada homeroom ya. Miss Connie nampak gembira sekali diberi peluang begini.


WhatsApp  drpd Cikgu Hasran memohon maaf kerana tidak dapat hadir. Wa Imran kut rasanya yang ni. Terima kasih cikgu kerana masih mengingati kami.


Pos drpd Khalil di dalam fb. Sempat lagi mereka ziarah Abg. Zul dobi di rumah beliau. Kita Doakan semoga Abg.Zul tabah menghadapi ujian dan di bawah rahmat dan perlindungan Allah swt.


Pos Cikgu Amir di fb yang memberi bermacam2 implikasi. Positif atau negatif, terpulang pada kita bagaimana mentafsirkannya. Kat bawah tu Zaky menyahut secara positif. Syabas!

Ini entri aku yang menghampiri ke penghujungnya. Selepas ini ada satu lagi entri akhir yang berkaitan dengan reunion kita. SAmpai sini dulu utk kali ini. Pendek dan ringkas sahaja.

No comments:

Post a Comment