Friday, July 3, 2015

Hari terakhir - Cerita 12

A264 
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (Al-Baqarah 2:264)


Ahad 31 Mei, hari terakhir kita di sini. Pagi ni hujan turun seperti memahami perasaan kita yang masih mahu bersama di MRSMBP. Masing2 bangun pagi masih bermalas-malasan untuk keluar. Cerita semalam belum habis lagi, kita dah di hari akhir. Muka masing2 nampak saja ceria, tapi dalam hati sapa yang tau.


Sarapan pagi turun berkumpulan. Kecil-kecilan. Sambung cerita yang tak habis di meja makan. Eh..eh.. Jono ler. Aku dah kata awal2 entri dulu. Hang kena sabag. Nanti cerita hang gambag hang ada. Ini dah kali berapa muka hang keluag ni Jono. Aku masih ingat kata2 Khalil masa aku ambil gambar ni. "Lepas ni, bila tengok gambar ni, sorang demi sorang tak dak." Ya Khalil. Kita di dunia hanya sementara. Di akhirat sana tempat kita nanti. 

(Monolog: Awat pagi ni mata aku banyak ayag entah? Bermula kisah K.Ana, pensyarah Kimia depan bilik aku bersara hari ni, dah bertakung. Baca pulak kisah budak Ekhwang dengan 'Milo' yang dilanggar, diambil dan dijaga hingga saat kematiannya, meleleh la pulak sikit. Ni nak cerita pasai happy moments ngan hampa tapi but so happy sebab last day.. aduhai.. tangkap leleh la pulak..huhuhu.)


Sarapan bihun goreng saja. Tapiiii.. bihun goreng ni memang sedap kaw kaw punya habag hang!.Siap bertambah. Siap Khalil tolong bagi pinggan tambah lagi. Memang sedap bangat! Ingat sama wei.. ada yang belum keluar dari asrama utk breakfast lagi tu. Kita dah berapa round depa baru dok round dalam dorm. Elok kami sudah, ada kumpulan lain mai nak makan. Harap2 cukup la utk depa.


Lepas makan, depa lepak2 duduk2 dulu depan dorm. Masa kita dulu rasa tak ada tempat duduk tu kan? Tapi macam biasa la, bila kamera ditala kat depa saja, masing2 memberikan pos yang istimewa. Thank you guys! Satu lagi my favorite foto. 

 

Abih makan, group kecik akak2 ni dah mula buat rondaan tepi blok. Aku ngan Serry apa lagi. Tumpang sekaki la. Jalan dua2 orang tak banyak cerita. Pusing la kami kat tepi sampai la belakang blok. Sambil2 dok mengimbau kenangan lama waktu remaja dulu. Jalan sikit posing. Jalan sikit posing. Aku pun ikut ja la kepala akak2 ni. Paling tak miss posing captain! Ni baru satu kumpulan. Kumpulan lain pun aku jamin serupa jugak!


Cuma, depa tak sempat sampai ke sini. Yes! Dulu masa kita kecik2 mana ada pagag ni. Sebab kita dulu baikkkkk. Ni dah berpagag ni mesti sebab budak2 la ni nakal. Dulu, kita siap bole ikut laluan tu naik ataih bukit tu pi posing kat tangki ayag ataih tu. Berani pulak tu ghabat tangki ayag. Hari ni, tengok laluan ni pun rasa seram. Tangki ayag pun dah tak nampak rupa sebab hutan dah tebal. Teringat cerita Megat pasai hantu. Kata dia kat sini la banyak hantu dok lepak2 selalu.

 

Sekadar mengabadikan kenangan di depan surau sekolah yang tak pernah wujud masa zaman kita dulu. Dan juga berlatarkan Dewan Seri Gemilang yang telah menggemilangkan kita pada hari ini. Dulu kita panggil Dewan Besar atau mudah kata DB saja. Akak Milah oooo, terima kasih la bawak anak hang Shasha. Boleh gak dia tolong amik gambag kita. Walaupun mungkin dia sendiri pening tengok kerenah mak dia ngan mak2 yang lain jadi budak2 balik.


Hujan dah segheyat masa ni. Kita di depan koperasi yang dulu pintunya arah ini. Sempat lagi akak2 ni shopping key chain dan apa2 saja yang boleh buat kenangan. Sambil2 tu, cuba merasa jadi pengetua sat, walaupun aku tau aku tak layak sebab sijil tak cukup. Dulu perhimpunan kita mengadap segitiga, hari ni depa mengadap koperasi.



Kumpulan akak2 yang satu lagi. Meh kita tengok dari segi fotografinya. Ini gambag yang aku dah cantum utk jimat ruang. Dari segi balancing, memang balance. Yang kirimula dari ramai hingga sikit di belakang. Yang kanan, mula dari sikit hingga ramai di belakang. Yang kiri cerah sebab dalam cahaya, yang kanan kurang cahaya sebab di bawah bumbung. Apa2 pun, dua gambag ni memang terbaik la. Top 2 photos of the days.


Dah abih ronda2 kat belakang asrama, time to kemas la pulak. Kalau semalam kita guna utk makan2 dan bersuka2, hai ni simpan la balik no. Barulah orang berbudi kita berbahasa.

 

Yang lelaki tolong angkat meja2 yang berat tu ya,, sesuailah dengan ke'macho'an korang. Yang ladies, apa lagi, sila dapatkan penyapu dan sapu apa yang patut. Mana2 barang yang tak perlu buang di tempat sepatutnya ya. Jangan tinggalkan sampah dalam DB ni.


Tengoklah tiga mak dara ni. Dalam dok nyapu tu dan lagi berposing. Yang kat bawah tu macam WYM jer? Atau pandangan aku disilaukan oleh kilauan cahaya?

 

Belakang tu dah selesai kemaskan meja2. Sampah dah sapu. Hang nak lari pi mana Jono? Beria-ia hang susun langkah. Takut kena angkat banner tu ka?
 
A265 
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:265


Dah penat mengemas, waktu utk posing la pulak. Yang ini acara wajib. Isk..isk.. Aku turut sama terjebak dalam acara posing ni. Hari ni dah last day. Selagi daya, posinglah kawan2ku. Hanya ini yang boleh ingatkan sesama kita.


Sepatutnya pagi ni ada final bola tampar lelaki. Yang pompuan memang out la. Tapi sebab hujan turun dan masih rintik2, maka berlegar2 kita kat depan dewan menunggu arahan selanjutnya dari tok ketua McDa.


Ini apahal pulak lambung2 duit ni? Nak main polis sentri ka? Hahaha.. boleh ke camni? Menetukan kemenangan bolatampar menerusi lambungan duit saja! Pasukan rumah mana yang masuk final ni aku pun dah lupa. Biag pi la. Bukan dapat hadiah pun. Saja depa suka2 nak bergembira.

Ni acara apa lak ni sampai berbaris ni? Zana.. cuba hang cerita sikit. Comei aihh hang enter frame dalam ni.


Upacara menandatangani banner reunion kita. Dah sign ni sapa nak simpan banner ni? Nak boh frame papar di mana2 ka? Siapa yang simpan banner ni la ni? Ada sapa2 tau tak?


Sesi bergambar kali ke-3. Tercapailah impian McDa utk buat sesi bergambar beramai2 sebanyak 3 kali. Ini yang terakhir utk acara reunion kita. Punya nak bagi masuk frame, pijak sebelah kaki atas kerusi pun sanggup tu.


Gambar yang menjadi 'viral' sekejap di fb MRSMBP90. Aku setuju dengan pendapat lain yang kata gambar ni diambil dari sudut yang sangat menarik. Sapa punya gambar eh?


Habis saja sesi bergambar, bermulalah acara 'Menyusur Jalan Kenangan'. Jom kita tengok apa yang masih sama dan apa yang sudah berubah. Masing2 dah tak sabar nak melihat kembali 'kenangan yang depa tinggalkan dulu'.


Inilah tekong acara ini. Banyak jugak yang hag ingat Megat. Dan banyak jugak antara kita yang sudah lupa atau hampir lupa apa yang ada suatu ketika dulu. Atau.. mungkin buat2 lupa?


Meja bulat tepi padang ni zaman kita dulu mana ada. La ni boleh buat tempat lepak, tempat study kalau tak mau dok dalam kelas. Malah.. sudah pasti menjadi port dating yang paling disukai!


Menyususri laluan belakang kawasan Sains Sosial. Pokok2 pun dah besar. Jalan sudah elok. Dulu rasanya rumput saja kawasan ni. Kalau petang2 menjadi kawasan mengaji Quran di sini.


Jalan sikit berhenti. Jalan sikit sembang. Jalan sikit cerita lagi. Aku dah kata. Cerita 25 tahun dulu tak akan habis dalam masa 2 hari. Ada saja yang nak diimbas kembali. Utk pasangan 'cinta monyet' pasti banyak yang nak diimbas sebab kawasan ini agak jauh dari laluan ramai. Kenangan aku tak banyak di sini.Satu yang paling aku ingat ialah kelas hujung sekali dalam gambar atas. Tingkatan 3 1988. Kelas matematik Cikgu Sahiddan. Masa tu dekat nak cuti raya. Cikgu bagi beberapa soalan utk dijawab. Setiap soalan yang berjaya dijawab dapat duit raya! Apa lagi.. masing2 nak tunjuk terer demi duit raya. Dan dari 5-6 soalan yang diberi, aku dapat 3 soalan.. RM3 kut. Seronok gila! Sapa kelas aku masa ni? Sila nganku cepat. (Kalau tak salah Ramzi pun kelas ni dan dapat jawab soalan).


Wah.. yang paling ceria Kak Milah kita. Siap seluar bunga2 lagi. Inagt lagu Arwah Sudirman "Pagi hari pergi pekannnn. Pakai Baju Bunga-bungaaaa." Nampak Roda dalam gambag ni teringat restoren yang diusahakan oleh suaminya iaitu Destina Tom Yam yang terletak di Jalan Kalumpang-Tanjung Malim (kalau mahu ke UPSI rasanya akan jumpa). Sila google pasti jumpa.


Penat jalan2 kita rehat sekejap di ruang antara kelas SS dan Senireka. Kelas senireka pun sudah diubahsuai. Tidak lagi seperti zaman kita dulu yang lebih berbentuk bengkel. Di sinilah kita kenal serba sedikit sejarah dan cerita Malaysia yang tiada dalam buku.. terima kasih Cikgu Nik Ahmad.


Masyaallah.. sempat lagi hang ghabat pagag ni Khalil. Pasai tak dak lubang nak ghonot keluag yang hang cuba ghabat tu. Dulu2 pagagnya macamana ya? Aku sudah tak ingat.


Ketika ni hujan turun lebat sekali. Tak dapat ke mana2 kita masuk dalam dewan kuliah ni sekejap. Dewan ni pun banyak sejarahnya kalau nak diungkap. Apa yang depa cerita dalam ni masa awal2 aku tak tahu sebab aku masuk agak lambat.


Yang barisan depan tu moderator ke tukang karut? Ingatan aku pada dewan ni... di sinilah berlangsungnya kuiz antara rumah. Program post SRP. Tempat kuarantin ujian amali SPM. Dan di sini jugalah akibat salah faham yang sedikit berlaku kes 'pergaduhan kecil' sesama kita. Yang terlibat pastikan ingat. Yang tak ingat apa2 macam aku ni... hmmm. Bila hujan dah reda, kita sambung semula jalan2 ke makmal dan terus ke bilik untuk kemas2.


Masa untuk balik ke tempat masing2. Gembira bercampur sedih sebab rasa masa tak cukup untuk kita bersama. Yang datang satu beg bertambah jadi dua sebab beg goodies dan hadiah. Ada yang jadi 3 sebab hasil tuaian coklat, pekasam, kek, buah, tudung dan macam2 lagi. Order sebelum datang, cash on delivery. Macam pasar malam jugak kat dalam dorm. Meriah!

Diharap, selepas ini sering2lah kita berutus berita melalui WhatsApp atau Telegram. Sekurang2nya reunion kita tak bernoktah di sini. Andai ada ruang lagi, kita buatlah 3H2M pulak. Anda Setuju? Jom kita cari Takim sebab baton dah diserahkan oleh McDa utk Takim jadi bos reunion akan datang. Takimmmmm... hang jangan lupa na hang dah dilantik!

Jumpa lagi dalam dua entri terakhir nanti.



 P.S: Pinjam gambar ya kawan2. Terima kasih.



No comments:

Post a Comment