Tuesday, June 30, 2015

Tribute Buat Damai86 - Cerita 11

A261
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:261) 


Ini keluarga kami. Damai 86. Besar jugak keluar Damai ni. Cuba kira.. 1, 2, 3... 12 campur 2 cikgu jadi 14. Entri kali ini khas aku titipkan buat Damai 86. Sejarahnya bermula tahun 1986 tentunya. Cerita2 yang aku dapat adalah melalui interview WhatsApps sahaja. Gambar atas ni hasil sumbangan Cikgu Sahiddan. Terima kasih Cikgu.

Penasihat pertama kami Cikgu Sahiddan Mahamud. Cikgu dilahirkan pada 6 Januari 1960 di Kampung Simpang Sanglang, Perlis. Pernah saya godek2 google satu masa dulu terjumpa kisah cikgu. Rupanya2 di kampung lebih dikenali dengan Saidin (Cikgu kata sebab suka merab dan suka mengekog mak dia..hehehe). MRSMBP merupakan tempat pertama bermulanya karier sebagai seorang cikgu yang sangat dedikasi. Cikgu bersama Damai sehingga awal tahun 1989 sahaja. Namun begitu, sehingga kini cikgu masih lagi berhubung bertanya khabar tentang kami. Cikgu yang dikurniakan 6 cahayamata (tak lambat dah nak terima menantu) kini memegang jawatan Timbalan Pengarah II, Cawangan Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Pendidikan Menengah di Ibu Pejabar MARA.

Tempat Cikgu Sahiddan diganti oleh Cikgu Syed Anwar Aly Mohamed Abu Bakar. Cikgu Syed  dilahirkan di Ipoh, Perak pada 4 September 1957 (ish..ish.. macam familiar ja tahun ni... apa ya? Oh Ya.. tahun Malaysia merdeka la). Katanya, beliau seronok menjadi cikgu sains paduan dan kimia di MRSMBP. Cikgu SYed mempunya 6 orang anak dan 2 cucu. Pada 2003, Cikgu Syed memperolehi ijazah PhD beliau daripada USM (sama hari dengan denga  aku terima master di situ). Sekarang, Dr.Syed Anwar memegang jawatan sebagai Pengarah Kolej MARA Seremban.


Damai86 semasa dinner reunion. Nampak kaler serupa ja kan? Merah dan hitam. Sehati sejiwa Damai selamanya. Tak cukup korum sebab aku dan Megat sibuk sebagai AJK.  Fadhil Hafni tak datang begitu juga dengan Eizam Ismail. Aku tak ingat sapa ketua homeroom

Aku mulakan dengan Norlymalis Jazmi Kamarudin (Jazmi). Dilahirkan pada 18 Januari di Taiping. Pernah sebilik dengan Poe, Rush, Omag dan Hafiz semasa di MRSMBP. Mempunyai dua orang anak yang jauh jarak usianya. Anak sulung lelaki 15 tahun dan anak perempuan setahun. Jazmi kata, saat paling manis di MRSM ialah hari kita mendaftar Tingkatan1 sebab jatuh pada hari lahir dia. Masa mula2 nampak nama Jazmi, ramai yang ingat perempuan. Rupa-rupanya, Jazmi dan dua adik lelakinya memang dimulakan dengan Norlymalis dan dua adik perempuan pula Nolymalis. Unik juga kan? Mungkin ayahnya cantum nama sesiapa kut, wallahualam. Kata Jazmi lagi, huruf J pada Jazmi tu sebab dia lahir hari Jumaat! Menarik. Sekarang. nama hebat ini juga memegang satu jawatan hebat iaitu GM, The curve KL (Bila aku nak sampai The Curve ntah?).

Depan Jazmi, Sharizal Ramdhan Abd. Razak (Dhan) yang dilahirkan pada 28 September di Ipoh.  Nama Ramdhan itu katanya sebab beliau dilahirkan pada 3 Ramadhan tahun tersebut (keluag2 dah kena posa yer..hehehe). Dhan yang bertugas sebagai Telco kontraktor kata saat paling manis di MRSM bilamana dia dapat sepucuk surat yang tak disangka-sangka. Surat apa.. biarlah rahsia. Teman-teman sebiliknya pula Norhizam, Ali, Hanaz dan Rusy. Beristerikan orang Melaka dan mempuyai dua orang anak perempuan dan seorang lelaki. Rupa-rupanya semasa belajar di US dia pernah datang tempat aku di Tucson. Disebabkan lost contact selepas sekolah, jadi memang tak jumpalah kami di Tucson.


Memang Rock Kapak habis. Terutama yang tak nampak muka tu. Rock oooo. Megat Amirul Zaini Jamalulail Megat Jamaluddin (Mioi/Megat). Aku lebih suka panggil Megat. Dilahirkan di Batu Gajah pada 8 Julai (katanya dia berasal Kuala Kangsar). Perak lagi... dah tiga orang ni dari Perak. Mempunyai 2 anak perempuan dan seorang lelaki dan pernah sekelas dengan aku. Kata Megat, dialah budak Tingkatan 1 yang pertama kena penampar dengan Cikgu Jaafar Deraman sebab tidur dalam kelas (yang kena penampar ni ler yang jadi akuntan negara sekarang di Jabatan Akauntan Negara Putrajaya!). Semasa di sekolah, Megat adalah ketua peserta pantun MRSMBP bersama Ramzi, Bob dan Siti Nurshima dan menjadi juara peringkat pulau 1990 serta nombor 3 peringkat Pulau Pinang (errr.. camna tu? kurang jelas la pulak). Cerita Megat, asal namanya tiada Megat tapi masa buat IC disuruh letak Megat, maka panjanglah jadinya. Bapanya pula cukup berkenan dengan nama Jamalulail yang memberi tuah padanya sehinggakan lepas road block dia kata! Hebat! Mioi tu pulak dari Amirul. pelat budak2 kecil disebutnya Amioi.. lekatlah Mioi sampai la ni. Yang paling dia ingat di MRSM dulu, bila dia boleh nampak hantuuu. Siap cerita hantu tu kacau camna rupa camna. Tak perlulah aku cerita di sini sebab panjang sangat. Boleh buat satu entri cerita hantu tu saja.

Syaiful Ehsan Mahayudin (Ali). Tak banyak maklumat tentang Ali aku dapat sebab dia tak jawab banyak. Sibuk barangkali. Apa-apa pun, Ali lahir pada 29 Januari dan mempunyai 3 orang anak lelaki. Aku ingat lagi yang Ali ni masuk lewat sikit ke MRSMBP. Second Intake rasanya sebab dia kata dia masuk 1 April 1986 (hari lahir aku ler). Masa tu dia dari KL dan sekarang pun menetap di sebelah sana, Damansara. Pernah bertugas di Maxis sebelum menamatkan perkhidmatan dan membuka perniagaan sendiri. Sehingga hari ni nama Ali masih menjadi misteri dari mana asalnya sebab nama dia Syaiful Ekhsan. Kita tunggu hingga tuan badan memberi jawapannya.
 
A262
Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:262


Gambar ni tangkap syahdu betul. Lihat dari bajunya sah-sah ini Mohd Kamsul Abdul Lah Halim (Choi). Lahir pada 20 Mac di Taiping dan asalnya dia kata Gerik. Sekarang bertugas di OCBC Bank dan mempunyai 4 anak lelaki dan seorang anak perempuan. Pernah sebilik dengan Ali, Yuti, Poe dan Kuchai katanya. Masa kecil katanya tak pandai sebut 'Kamsul", yang disebut adalah 'Kamchoi'. Maka, lekatlah nama Choi tu hingga sekarang. Nak tau Choi yang asli atau tidak, lihat tanda lahir yang jelas ada leher dia. Dari Tingkatan 1 lagi aku noticed yang ini. Cuma yang aku tak perasan, si Choi ni orang sukan.. hahaha. Sori Bro. Bola tampar (F2 sampai F5), sepak takraw (final state lagi untuk U15) dan bola sepak. Hebat hang dulu.. la ni main lagi ke idak?

Yang bersalam dengan Cikgu Ariffin tu pulak si Ezrie Asrul Kamarulzaman (Ezrie/Ayam or Aryam?). Dilahirkan pada 28 April di Kuala Kangsar, Perak lagi. General supplier & corporate event manager (dia yang bagitau ya) masuk MRSMBP pada Januari 1989 dari MRSM Jasin. Inilah ahli baru Damai yang ke-13. Kemudian berpindah ke MRSM Taiping pula. Walau sekejap, Damai tetap menghargainya sebagai satu keluarga. Ezrie mempunyai 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama Ayam tu katanya dibawa dari MRSM Jasin dan lagi, sebenarnya dia agak kurang selesa dengan nama tu. Jadi, demi seorang kawan, aku nak ajak kawan2 yang lain supaya selepas ini panggil saja Ezrie, itu lebih baik.


Ada lagi dua jejaka, simpan hingga ke hujung nanti ya. Mari kita cerita yang perempuan pula. Merah semua aihhh. Si kecil comel dari dulu hingga kini, Nurul Haida Abu Bakar (Ida).Kakitangan MAA Takaful Bhd ni dilahirkan di Bukit Mertajam pada 5 Februari. Pernah sebilik dengan Za, Wawy, Wanis dan aku sendiri. Orang kecil molek comel lote ni memang ramai peminat masa sekolah. Ida ni jugak pakar buat kek dan masak-memasak. Bukan tu saja, pandai buat baju juga tau.. maklumlah maknya tukang jahit yang hebat. Ke mana tumpah kuah kalau tidak pada anaknya. Kalau nak jimat duit potong rambut masa sekolah dulu, Idalah yg aku cari. Kata Ida, sepanjang di MRSM dia paling ingat kes tak tidog semalaman semasa camping Navy di Sg.Aceh. Sure pagi tu pening2 biol sikit sebab tak tidog.. tak gitu mate? Kecil2 cili padi pun, pemain netball dan softball sekolah ni.

Belakang Ida, Ainul Zaleha Abd. Razak (Za), Kak Long Damai sebab dia paling tua. Lahir pada 13 Januari dan berasal dari Tanjung Malim. Masa sekolah dulu, aku ingat pernah sekali aku bawa Za balik kampung aku sebab dia tinggal di Gombak. Nak balik masa tu tak berbaloi. Mak aku berkenan dengan hang Za tapi aku mana ada abang.. hahaha. Pernah bertugas di UNIKL bahagian Human Resource dan Student Affairs sebelum menamatkan perkhidmatan pada Februari 2015. Sekarang ni Za mengusahakan pembuatan homemade coklat. Masa reunion ahli2 Damai dah pakat merasa. Memang sedap coklat buatan Za. Kalau ada yang nak order, sila hubungi Za di talian 0193631289. Dijamin puas hati hingga menjilat jari.


Cikgu ngan anak2 buah sama naik bila posing. Yang dipegang tu juga merupakan hasil kerjatangan Za bagi yang berminat nak order. Ok. Kita cerita tentang Zeti Zailah Mohsem (Zet) pulak. Dilahirkan pada 17 September di Yan, Kedah dan berpengalaman selama 12 tahun sebagai System Analyst di TNB. Sekarang ni freelance dalam bidang IT. Memegang title Olahragawati tahun 1988 dengan emas 100m, 200m, 4x100m dan hurdles pun masuk jugak. Zet juga pemain netball handalan sekolah. Posisi, tanya dia sendiri ler. Dikurniakan tiga anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan orang Pendang, Kedah. Cerita Zet, satu peristiwa dia tak boleh lupa masa sekolah ialah bila dia dan geng Yan kena ligan dengan angsa masa melalui jalan kecil kampung. Habih pakat lari dengan beg masing2 dilempar ke tanah. Hanya bila angsa dah tak nampak pakat pi ambil balik beg balik kampung masing2. Tak pa la hang sprinter, angsa pun tak larat ligan aihh.

Di belakang Za, si lesung pipit Syuhana Adnan (Ana) yang lahir pada 30 Mac di Kulim, Kedah. Ana yang bertugas sebagai guru menjadi roomate aku masa Tingkatan 1 di blok C atas. Kata Ana, paling menarik di MRSM ialah belajar berdikari sebab selama ni semua mak yang buat. Hmmm.. serupa la kita semua ya. Kat sini la belajar buat serba serbi sendiri. Mempunyai 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan bersama suami yang juga merupakan pelajar MRSM (mana ye? aku lupa la pulak). Ana ni pun ramai peminat juga masa sekolah. Dengan trademark lesung pipit yang jelas kelihatan, memang buat hati tertawan..hehehe.
 
A263 
(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. (Al-Baqarah 2:263)


Gambar bawah tu hasil kerjatangan Cikgu Sahiddan lagi, Kami kosongkan tempat untuk Zet dan Fadil yang akhirnya diisi oleh cikgu. Terima kasih Cikgu kerana memenuhkan korum Damai seperti 25 tahun dulu. Di belakang Jazmi, Zarina Abu Hassan (Ina) yang dilahirkan pada 8 Februari (sama tarikh dengan Tunku Abdul Rahman) di Kuala Sg.Limau, Yan. Ina yang merupakan seorang Guru BM sekarang mengajar di Labuan kerana mengikut suami yang ditukarkan ke Kolej Matrikulasi Labuan. Suaminya berasal dari Ampangan, Seremban dan mereka mempunya dua orang anak lelaki. Ina dan aku menjadi roomate masa Tingkatan 3 rasanya. Kenangan manis katanya semasa di sekolah ialah mewakili MRSMBP dalam netball selama 4 tahun. Hebat la tu. Semasa Tingkatan 3, Ina pernah jatuh di tandas hingga luka di kakinya kena jahit dan mendapat MC sebulan! Serius nampaknya. Disebabkan nak kelas tak boleh, Ina tinggal di asrama bertemankan kawan2 secara bergilir2 terutama masa prep malam dan juga bila tiba waktu makan. Kawan2 jugalah yang tolong ambilkan nota utk Ina. Akulah salah sorang yang teman prep malam kat asrama sebab malas nak turun prep.. hahaha.

Cerita aku? Kan aku dah selit sikit2 dalam cerita mereka. Tarikh lahir sama dengan hari Ali daftar di maktab. Roomate aku pun dah disebut. Asal.. aku dilahirkan di Kota Sarang Semut, Kedah dan dibesarkan di Sg.Petani. Kes aku paling ingat masa di sekolah bila kena denda cuci meja library dengan Senah, Roda dan 2-3 orang lagi. Ini pun aku dah cerita dalam entri sebelum ni. Dan sudah tentu saat paling best bila kita melalui post SRP selama seminggu.


Yang tidak hadir reunion, Fadhil Hafni Hashim (Fadhil/Hafni/Gandhi), di depan sekali semasa berbuka puasa di rumah Cikgu Syed. Hafni lahir pada 30 Mac di Bukit Mertajam dan bertugas sebagai Pegawai Kewangan di UM selain berpengalaman sebagai juruaudit. Semasa di MRSM, paling lama menjadi roomate dia ialah Megat. Hafni dikurniakan 3 orang anak perempuan dan seorang lelaki. Bila ditanya macamana dapat nama Gandhi, dia kata Cikgu Ibrahim yang bagi! Masa tu Tingkatan 1 dia kelas geografi Cikgu Ibrahim. Kenagna yang dia tak boleh lupa pula ialah bila memancing di kolam sains belakang makmal. What! Hampa ni tak dak gheja ka pi mancing kat situ? Nak bakar ka ikan tu?

Ahli Damai ke-14 yang kami dapat berita melalui Ezrie ialah Eizam Ismail (Jalut). Dia masuk MRSMBP Januari 1989 dari MRSM Jasin, sama dengan Ezrie (satu sekolah la depa ni) dan kemudian berpindah ke MRSM lain. Nama Jalut tu pun dibawa dari Jasin. Sekarang Jalut kerja di Bintulu Port. Jauhhh, patut susah nak datang reunion. Lagipun tak menang tangan nak urus 4 orang anak lelaki (3 kembar) dan seorang anak perempuan.

Buat Damai86, terima kasih banyak2 kerana memberi kerjasama yang amat baik semasa temuramah. Semoga dengan adanya tribute ini, kita lebih mengenali keluarga kecil Damai86.



P.S: Pinjam gambar ya kawan2. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment