Wednesday, June 24, 2015

Bila Larut Malam - Cerita 9

A257 
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah 2:257


Entri kali ni tak ada gambag sapa2. Yang ada gambag benda saja. Ini dorm yang dihuni oleh pihak lelaki. Blok B bawah. rasa macam terpenjara dalam diam saja. Rimas, lemas, panas. Tapi nak buat camna. Dah pihak maktab bagi yang ini. Setakat menumpang mandi dan tidog. Alhamdulillah.


Ada bilik berempat. Berenam. Bertiga ada tak? Sila klik link ini kalau nak tengok jelas lagi. Ini masa meeting kali pertama. Kami diberi lawatan dalam asrama. Aku dok sembang2 riki2 ada guys kata depa samai kul 2-3 pagi ja. Pastu tumbang. Tak tahan daulat. Ngantuk. Apa depa cerita biarlah jadi rahsia depa ye..


Ini dorm ladies. Blok D bawah. Asalnya pihak maktab bagi C bawah. Selepas dibuat rayuan.. hehehe dapat tukar ke sini. Yehaaa. Boleh duduk sebilik berdua. Macam 25 tahun dulu. Pilihlah teman sebilik masing2. Kami bukan apa dengan Blok C tu. Cuma ramai takut ngan blok C tu. Ada apa ntah. Lagipun tepi sangat dengan bukit. Nak kena naik tangga lagi. Beg besar2. Penat.
 
A258 
Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. (Al-Baqarah 2:258)

Aktiviti di asrama? Apa lagi kalau bukan sembang sembang dan sembang. Nak kampoi cerita 25 tahun tuuu.. orang tu nak cerita ini. Orang ni nak cerita itu. Belum lagi bab cerita dalam kelas.. cerita secret admirer cerita lawak cerita hantu cerita keluarga dan 1001 macam lagi cerita yang ada. Tu belum sesi mengurut percuma lagi. Lengkap! TQ Azu. Tangan hang memang ada power la.


Ini yang paling meletops sekali dalam dorm kami. Menyicah buah pelam youuu. Senah bawah pelam dengan sambal belacan. Eila pun bawak pelam. Ayag panaih amik di DS. Kopi dan gula Madi bawak. Jug ayag aku bawak. Cawan? Mug yang dalam dalam beg goodies ada. Fuh. Meriah gila.

Petang selepas program dalam dewan, kami menyicah dulu sebelum turun main volleyball. Balik malam tu lepas dinner sambung lagi dan lagi. Hadiah hamper yang dapat sikit2 tu dijamu sekali depan tu. Memang agenda makan betoi. Sampai pukul 2 pagi boleh lagi masuk perut. Mata tak tutup2 lagi. (Tapi ada dah yang tumbang masa ni tak tahan godaan mengantuk...hehehe). Pukul 3 aku dah surrender. Tak boleh jadi. Esok nak kena bangkit subuh wei. Tapi ada yang sampai jam 5 pagi punya sembang! Sakan!

Sebelum mai ramai yang takut2 nak tidog dorm. Kata depa nanti hantu kacau. Nanti hantu mai tindih la.  Last2.. kita yang jadi hantu. Berjaga sampai dinihari. Riuh rendah. Dengan lampu tak padam (atas kebenaran) bukan takat wing kita ja. Wing sebelah dan D atas pun lampu tak padam (centralized). Kesian budak2 F5 kat atas tu. Sure depa terkejut dengag kita riuh rendah ngalahkan budak sekolah. Aku rasa hantu2 yang mai nak kacau pun tak sempat jenguk kat tingkap. Takut dengag sora kita semua!

Malam ni pulak hujan turun.. tidog memang dah sedap. Tapi kelkatu la pulak menyerang. Terjun ataih orang tak kira masa. Aduhai.. Aku ingat cicak jatuh ataih kaki. Terkejut aku pagi2 tu. Rupanya kelkatu. Ini khas buatmu kelkatu.

Kelkatu malam
Mengganggu lenaku
Aku terpana
Kerana lena yang tak jerap
Asyik terjaga
Dek kelkatu malam yang hinggap
(04062015-CopthorneHotelPenang)

Ni apa kes pulak ni? Macam nak gaduh ja pun. Anak Fazila tu perhati ja makcik2 ni dok cerita apa la. Dekat tong sampah tu. Ada pisau pulak tu kat bawah. Swiss rasanya. Haihhh.. lain macam ja ni. Kes gaduh berebut hartanah ke? Meh kita bongkar misteri ini. 

Alkisahnya.. malam tadi. Pisau di bawah menjadi saksi pemotongan... buah2 pelam. Selain sebilah lagi yang besar. Tiba2 bangun pagi, Kak Senah tercari2 pisau ini. Katanya semalam ada tapi puas dicari tidak jumpa. Bukan milik dia pun tapi milik si Ida. Senah tak puas hati. Katanya.. aku mesti cari bagi jumpa. Pisau orang tak elok dihilangkan.

Selongkar sana sini. Akhirnya.. dengan semangat membara...jiwa merdeka.. hahaha. Senah selongkag tong sampah yang ada! Kotak2 plastik2 dalam tong tu abih dikeluarkan. Sampai begitu sekali usaha Cikgu Senah kita. Tuan punya pisau tak kisah pun. Kalau dah nak hilang nak buat camna kan. Tapi Senah tetap nak cari.  Itu yang seperti bergaduh adanya depan tong sampah tu. Hahaha. Lawak pagi Ahad 31 Mei 2015.

Tiba2.. Zana bersuara. Weiiii. Ni ka pisau yg hang hang cari Senah? Hah.. betoi la tu. Jumpak kat mana? Tu.. kat tepi loker tu. Memang dari semalam dok kat situ. Tu diaaa. Dah puas selongkag tong sampah baru jumpa pisau kat tempat lain. Saja ja nak jadi kes pagi ni. Hahaha.. Riuh lagi dorm kita pagi ahad ni.


Yang ini cerita apa pulak ya? Tiada apa2 cuma menghargai pemberian sahabat. Di kalangan ladies yang datang kami buat tukar2 hadiah. Sukarela. Tiada paksaan. Bawalah hadiah apa pun utk ditukarkan. Maksimum harganya RM50. Ada juga yang lebih. Alhamdulillah. Sambutan sangat menggalakkan. Terharu aku. Huhuhu.

Ada bawa buku, beg anyaman, kerongsang, jewellery box, perfume, tupperware, tudung, kain ela, bekas isi beras (ni yang paling besar) dan pelbagai lagi.  Ada berbalut ada tidak. Tak kisah. Dekat 35 hadiah jugak la. Undian menetukan siapa dapat nombor mana dibuat. Alhamdulillah. Masing2 mendapat hadiah/barang yang diidamkan atau yang memang disukai. 

Allahuakbar. Si A dapat buku.. suka benar katanya. Si B dapat beg anyaman.. wow.. bole bawa pi sekolah. Si C dapat bekas isi beras.. Alhamdulillah katanya sebab dia memang nak cari yang baru. Si D dapat jewellery box.. sukanya bukan main sebab dia memang bercadang membelinya nanti. Yang dapat kain ela... tak sabar2 nak buat baju raya. Cantik sangat. Yang dapat perfume.. katanya dia memang suka kumpul perfume. Yang dapat kerongsang.. gembira.. bole pakai masa raya. Suka aku tengok kawan2 aku gembira dengan hadiah masing2.

Aku dapat apa? Tuuu dalam gambag tu. Paper bag hijau dengan wordings yang menarik sekali. Tengok kat dalam kertas2 ja. Di bawah tu tersorok bedak simplysity. wah.. teruja aku. Padahal baru 3-4 hari lepas beli bedak baru. Bila try guna memang best la. Lepas ni tukag jenama la aku. 

Terima kasih semua kawan2 yang memberi dan yang menerima. We treasure this moment together and this our story. Bila rindu menjenguk rasa, bila hati terdetik hiba, jenguk-jenguklah jendela lama. Di sini ada cerita untuk kita.

 P.S: Pinjam gambar ya kawan2. Terima kasih.

2 comments:

  1. tumpang seronok utk kwn2... happy tengok hampa happy dpt bereunion... sebak & terharu jgak baca entry hang aina... teringat zaman sekolah dulu2... those were the days... our treasured days...

    ReplyDelete
  2. seriously.... hang buat aku teghiyak la wehhhh aina ditambah dgn posting gambaq2 tu.... huhuhuhu...

    ReplyDelete