Thursday, June 18, 2015

Imbasan seketika - Cerita 6

A250 
Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir" (Al-Baqarah 2:250)

Edisi Cerita 6 kali ni aku nak imbas sikit2 mana yang boleh. Target aku.. semua yang pi reunion tu aku nak depa muncul walau sekadar nama. Kalau aku ada cerita yang boleh diingat, aku cerita. Yang aku cerita tu tentunya berkait secara tak langsung dengan aku.. sekelas mungkin, pernah sembang gitu2 mungkin... atau cerita dari kawan2.


Cerita imbasan ini muncul bila aku nampak gambar ni. Masa meeting AJK memang ada disebut tentang sudut memori ni. Tapi bila tiba hari tersebut, aku terlupa langsung pasai ni.  Tengok gambag baru teringat. Dah terlepas.. huhuhu. Rugi la pulak tak tengok. Tu la.. asyik di meja pendaftaran saja.

 

Antara barang2 lama (antik dah ni) yang dipamerkan. Baju pengakap zaman badan kurus lagi ni. T-shirt sukan rumah kuning -Megat Panji Alam masa ni. Bila masa guna Suria dan Saturn pun dah tak ingat. Sepanjang 5 tahun di maktab, nama rumah sukan bertukar2.  Key-chain yang memang dah tak keluar lagi la ni, keratan2 akhbar dan yang paling legend (tiada dalam gambar) ialah artikel2 yang ditulis oleh kita semasa pos SRP 1988. Memang respek la tuan punya barang ni yang masih menyimpan dengan baik. Aku punya... name tag pun hilang dah sebab tak penah pakai pun dulu.



Ini dia tuan punya koleksi arkib tadi. Ahmad Jannatul Firdaus Dzulkarnain. Kalau tak salah AJF di BP sehingga F3. Lepas tu aku tak tau dan tak tanya. Mungkin sebab tu ada yang tak berapa nak kenal dia. La ni katanya sebagai timbalan pendaftar HEP di UPSI (yang ni aku tanya.. kalau dia tipu aku.. maka hampa cari la dia nooo). Masa dia mai pagi reunion tu.. dengan rambut afronya. Yang kenal ok la. yang tak kenal? Mamat mana pulak sesat dalam dewan ni? memang sempoi pakcik sorang ni. Nak test market la tu.. sapa yang kena!

Sebelah tu pula bila malam menjelang tiba. AJF pun berubah rupa. Rambut lain pulak atas kepala. Memang AJF gila2 jugak orangnya. Sepanjang dinner berlangsung dia dengan rambut tu. Err.. masa makan kau ok ke AJF? Rambut tak masuk mulut ke? Bandingkan AJF masa muda remaja dengan AJF remaja purba sekarang. Tak banyak bezakan? Dari segi rupa boleh cam lagi. Tapi saiz badan kalau tak berubah.. melampau la tu namanya. Orang lain mesti jeles tahap power rangers la kalau badan hang maintain macam remaja sebelah tu.


Sekitar maktab terutama di kawasan SS dan senireka. Ada bangunan baru (4 ke 5 tingkat ntah). Katanya utk lab ka apa ntah. Kelas pulak siap dengan projektor. Tapi sayang.. kelas tidak dikunci. Kalau hilang benda tu? Sapa yang nak jawab? Aku? Apahal lak aku nak jawab... aku bukan guna pun. Tu sapa pulak menjenguk balik tiang tu ha..? Main aci lut la pulak budak ni. Pi main jauh2 sikit.

 

Dewan Kuliah dulu dan sekarang. Apa bezanya? Ya.. dulu ada meja utk cikgu. Tu gambar masa pos SRP 1988 kita. Abang2 kat depan tu dari IMAN Sg.Petani. Kat belakang meja tu pulak ada papanhitam yang boleh ditolak naik dan tarik turun. Kata Mioi.. kat sinilah jari dia tersepit ngan papanhitam tu. Camna boleh tersepit hah? Kau main ke kat situ? Ok.. aku letakkan nasyis Panji Islam di sini.. utk korang kenang kembali zaman silam.

Di timur suria mulai terang
Cahaya fajar baru
Bersyukur kepada Allah yang Esa
Pencipta alam maya
Kupohon doa restu malam syahdu
Menghadap kiblat suci
Semoga Addin Islam yang tercinta
Gemilang dan abadi
Tersebar sinar
Islam ajaran suci
Keseluruh negara
Berkumandang terang
Semangat abadi
Panji Islam berkibar
Ya Allah Ya Tuhan Yang Maha Esa
Kupohon doa restu
Semoga Addin Islam yang tercinta
Gemilang dan abadi

 
A251 
Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam. (Al-Baqarah 2:251


Awat gambag depa terselit kat sini pulak? Saja la.. selit pi la mana yang boleh. Penyeri sikit.. Farahah Osman (Farah). Dulu aku rasa (malah ramai lagi rasa) dia rendah sikit. La ni masing2 nampak Farah makin tinggi. Dok makan kacang panjang selalu kut hehehe. Now, Dr.Farahah merupakan pakar bius di Hospital Al-Islam KL. Err.. lawa outfit. Memang ada stok eh?

Yang control ayu sedia tu Musratulniza Mustafa (Mus). Ni geng aku masa kempen BWP F4 sampai la kami letak jawatan. Hang setiausaha kan Mus? Mus ni.. memang fotogenik.. dalam ramai2 ladies yang ada, inilah salah sorang yang makan gambar selain... Milah, Marlina, Eida dan beberapa lagi.


Gambag ni aku saja letak. Diambil masa pertandingan kawad kalau tak salah aku. Masa zaman kanak2 yang belum membesar. Sapa ada dalam ni sila habag kat aku. Abe, Azri CS (terlindung ngan tangan Abe), Hafni, Mioi, Asni, Yuti, sebelah lihin aku tak cam, Lihin, Shazam, Mohd Faizal Mat Lazim (kita tengok latest version nanti), Jan, Zubairi, Hanaz, Sazali (Apak) dan Joke. Kat belakang tu Din Mon rasanya.


Ni baru real punya now and then. Mioi memang dah lama plan nak ambil gambar ni rupanya. Macam tak sabar2 dah. Masa ni pulak hujan turun. Gambar depan DK. Mioi, Ali, Jatt, Jazmi, Takim, Joke dan Khalil. Yang tak dak dalam ni, Nurul Azmi dan yang disebelahnya tu sapa ya? Ali kata dia tal leh nak sendeng lebih2 sebab berat dah tak macam dulu..hahahaha. Takim pun macam takut2 ja nak senget, takut jatuh!

A252 
Itulah ayat-ayat keterangan Allah yang kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar; dan sesungguhnya engkau adalah salah seorang dari Rasul-rasul (yang diutuskan oleh) Allah. (Al-Baqarah 2:252)


Dulu dan sekarang. Reeza Zulkarnain Abd. Rashid (Reeza/Zul). Dia ni tak payah on air sebab gheja dia memang on air selalu. Captain Reeza.. pilot boeing tu. Rupa.. masih maintain.. masih boleh kukenal sekali pandang. Last sekali aku jumpa Reeza, masa hari dia kawin di Kelab Golf Jawi Sbrg.Perai. Lepas tu.. tak pernah jumpa dah sampai hari ni.

Shaharuddin Ahmad aka Din Nila. Yang ni 100% aku jamin memang aku tak kenal walau sedikit pun. Totally different. Ada yang ingat hang ni mamak catering utk dinner la Din. Hahaha. Sampai begitu sekali punya tak boleh cam. Tapi bukan aku kata naaa. Depa yang kata. Boleh tau tak nama Din Nila tu asal dari mana?


Mohd Nazri Ishak atau Mat Joke. Sebab dia suka buat lawak kut yg dipanggil nama ni. Tapi.. yang paling aku ingat dengan dia, masa 1986. Dia sekelas dengan aku.. 1E. Masa tu kelas latheral thinking arwah Cikgu Zul Kassim. Entah apa yang dibuatnya masa tu sampai cikgu suruh dia keluar kelas dan lari pusing sebatang pokok dekat Jbtn SS. Dan kami panggil dia 'Nazri trade-in' bermula insiden kelas perdagangan kut. Hang memang Joke la Nazri. Tapi la ni dah berjaya. Cikgu warden SM Sains Kepala Batas kan? Awat aku tak jumpa hang masa pi situ dulu? Hang lari ka?

Mohd Sayuti Danial (Yuti), dia tak mai reunion. Tapi utk kawan2 aku letak pi la sebab terjumpa gambag dia dgn cikgu Lee Wai Chan masa kelas kimia. Gambar terbaru tu dalam album karnival Ansara baru2 ni. Yuti keluar sebelum tamat F5. Kawan2 kata dia ni susah nak dihubungi. Hanya memalui Pakku Lela saja dia boleh dihubungi. kenapa.. sila tanya Pakku ya. Bukan tanya aku!


Adus.. letih aih kali ni nak cerita pasai orang. Khuzairi Abdul Hamid (Kuchai) ni pun kelas aku dulu masa F1 dan beberapa form lagi. Geng budak2 nakal tapi masih hormat orang. Bila bercakap suka bahasakan dirinya Saya. La ni lekat pulak nama SAYA kat dia. Nama Kuchai tu aku agak sebab dia suka makan kucia kut. Agaknya la.

Then, yang pitching lari tu Akmaruddin Mohd Yusof. Kalau dlm fb digelar Papa Dean. Tapi kat luag depa panggil Jono. Ni satu lagi x-BP yg aku tak ingat bila keberadaannya di BP selain Eddy. Jono... ini Gambah dan cerita hang yg dok tunggu2 dari mula. Aku pun tak tau nk kata apa selain... cerita hg dah keluag.  Oh ya! Jatt pesan.soh sebut pasai resit. hang dah dapat ka resit rm200 yg hang mintak tu? Bole tolak cukai ka? Ka hang nak boh lam frame gantung kat opis?

Seterusnya.. yg sekali imbas macam AdliSyamiza tu ialah Faizal Lazim yg aku mention kat atas. Berbeza 100%. Dulu kecik ja aku tengok. La ni dah membesar bagai johan. Hampa minum milo banyak mana yang bole besag tegha ni dan berbeza rupa paras ni? Ada rahsia tersembunyi ka Faizal?

Dwen... Muzammil Mashor. Lepas SPM dia sama2 ngan aku di PPP UiTM Shal Alam. Big John dan Azman ???? . Tapi ada satu lagi nama Dwen yg aku ingat.. Mat West. Dwen/West dua2 orang yg sama. One thing yg aku boleh recall pasai mamat ni, kalau ingatan aku masih waras dan betul ialah cara terjunan dia masa lompat tinggi. Biasanya orang lompat dan landing kut belakang tapi si Dwen ni dia stunt ke depan. Memang lain dr orang.


Hero pujaan sekolah ni saja aku boh sebab gambag ada. Jangan marah na cikgu. Nak cerita sikit saja. Nanti ada lagi. Cuba hampa tengok C.Sahiddan Mahamud tahun 1988 berbanding masa reunion. Tak banyak bezakan? Semuanya masih maintain hensem selain rambut yg tercacak tu je la... hehehe. Kalau ada yg rasa tergugat dgn kehenseman dan cikgu yg maintain ja ni, silalah dapatkan ilmu segera. Tak gitu cikgu? Maaf cikgu naa. Saya gurau ja. 

Sekian untuk kali ni. Kalau hampa sendiri nak cerita hampa keluag, sila bagitau aku. Gambag dan nama masing2 confirm akan keluag dalam satu salah satu entri nanti. Hingga jumpa lagi. Bye.

P.S: Pinjam gambar ya kawan2. Terima kasih.



No comments:

Post a Comment