Tuesday, June 23, 2015

Makan Malam Gala - Cerita 8

A255 
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255
 

Jemu dengan cerita reunion? Tak dak masalah. Jangan baca. Tu saja. Ini cerita aku. Diari kehidupan aku. Terpulang pada hampa semua nak baca ka tidak. Nak buang memang tak boleh la sebab ni aku punya. Sekadar mengisi ruang masa aku pada ketika ngantuk mengetuk mata aku. Daripada aku terpejam dalam lena, baik aku menulis. Tak begitu Din Kering, Din Nila, Zamri, Faizal, Ramzi dan Syamsul?


Zarina Zahari (ZZ) yang hadir dengan keluarganya. Dia hanya muncul masa makan malam saja. Jadilah. Sekurang2nya hilang rindu utk berjumpa kawan2. Pagi esoknya dia muncul sekejap sekadar menjenguk asrama. Rindu eh? Kalau ke Puncak Alam... Insyaallah boleh jumpa ZZ. Calling2 ya.


Pina, Mekna, Aziah, Zuraida dan Mus. Mekna.. now orang penting di Bank Islam. Tapi, dia tetap Mekna yang dulu. Simple and easy going. Zuraida/Zu yang asalnya nak tumpang aku ke mari. Bila aku boh gambag bonet kereta di group, hahaha. Tak jadilah pulak. Sebab tak muat barang2 dia kata. Memang ya pun. Sorry ya Zu.


Nazri Joke, Fahmi, Khalil, Reeza dan sapa budak ni ya? Anak sapa ni wei? Fahmi.. ini orang penting di Firefly. Kalau hampa nak terbang ngan Firefly, bolehla cari Fahmi kut2 dapat harga diskaun. Boleh ke gitu Fahmi? Atau hang nak laghi bila kami cari? Jangan la gitu. Kita kan kawan.. kan..kan..


Sekadar menghargai kawan2 lama aku. Reunion 25 tahun. Mana mungkin cerita 25 tahun akan habis dikisahkan dalam blog picisan ini. Batch kita yg mencecah hampir 250 orang, andai semuanya hadir, tentu setiap seorang aku sebutkan namanya di sini agar aku tidak lupa nanti. Has, Jan, Pah, Zaidah dan Ijah. Maaf la tuan yg tak nampak muka. Aku tak cam siapa orangnya. Awat Jan tersesat kat meja ni sorang2? Cari ilham ke cari cerita lama?


Ok. Selingan kejap ya. These ladies wanna have some fun. They wanna sing a song "Untukmu by Feminin". Sori la kawan2.. aku dah lama tak nyanyi2 ni. Lirik pun dah tak boleh nak ingat. Dah berkarat otak ni. Tumpang miming je la ya. Biarpun pitching lari.. suara pun tak sama, yang penting kita enjoyyyyy. Dan maksud lagu tu sampai. 


Anuar Ismail (siput). Awat la depa panggil hang Siput? Kesian kat hang. Tak dak sentimental feeling betoi depa ni. Tapi hang pun macam ok ja Anuar. Makin sihat ja pun.. banyak makan siput kut? Hehehe. Yaacob (Jacob), ok la.. nama nak dekat2 walaupun bunyi macam biskut ja. Yang penting mudah utk kawan2 ingat. Izam Yusri aka Mat Rock. Yang ni aku agak sebab jalan hang tu yg rock.. tu yg lekat nama Mat rock. Tak tau kut sebab lain. Aku kurang arif. Halim Jawa. pasaipa jawa? Tak melayu ka.. arab ka? Hang orang jawa eh? Batch kita ada sorang lagi Halim kan.. yg masuk masa F4, Abdul Halim Hanafi orang Gopeng.
            

Zana, Mirah, Serry, Yus, Milah, Mar dan Aisyah. Awat orang minyak pakat dok meja ni? Hampa ada meeting ka? Zana, Milah, Yus n Aisyah.. tak kan masa ni pun nak buat meeting pasai minyak. Lupakan saja. Mar pulak jadi penasihat kewangan dan Cikgu Serry jaga akaun. Sesuai sangat la tu. Milah? Ni pensihat kesihatan dan kecantikan hampa. Maklumlah.. ladies.. kena jaga imej.. hahaha. Lawak ja no. Jangan amik hati.


Yang lain2 tu dah keluag muka hampa dalam ni sebelum ni. Sham, Jono, Fizi ngan Pakku. Yang aku nak tala masa ni si Abu Bakar/Burn. Asal nama Bakar ja orang panggil Burn. Bun bole tak? Aku ingat lagi masa Burn mula2 masuk kelas aku dulu. Kelas dekat makmal. Dia masuk dudk kat belakang.. senyap ja. Sepanjang kelas ngan aku memang dia pendiam. Tak cakap kalau tak dak isu. La ni tak tau la sebab malam ni pun aku tak bercakap ngan dia.

Yang ni pun sama macam cerita ataih jugak. Sat.. sat. Ni meja cikgu cikgi la pulak. Hampa dok ikut profesion ka wei? Madi, Ana, Zeti, Nini, Senah, Zarina dan Roda. Aku dah cerita atau sebut2 nama hampa. Yang jubah pink ni belum lagi.   Rosmawati/Ros yang mengajag di Nibong Tebal. Masa sekolah dulu aku pernah sekali ke umah Ros. Masa tu umah dia dekat USM. La ni tak tau la dia dok balik situ lagi ka tak. Sampai di sini, semua nama ladies aku dah sekurang2nya tulis dalam entri aku. Yang guys ada beberapa orang lagi. Kalau rasa tak dak nama tu habag ya. Nanti akan ada juga. Kecuali kalau tak hadir, memang susah mau cerita la.
 
A256 
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah 2:256


Ni sapa pulak ni posing sorang2 ni? Hampa ingat tak adik ni? Errr adik ke? Memang dia muda pun. Lydia, jurugambar kita yang Don carikan. Terima kasih Lydia tolong ambil gambag kami semua.  Single lagi ni tapi dah berpunya kut..


Ok.. back to makan2 time. Lihin, Bob, Takim, Rambo, Zanuar, Abe dan Dwen. Bob.. Fuad Musa. Ya Fuad. Comel je hang dulu Bob. Hehehe. Zanuar pulak aku dok cari dalam senarai nama tak jumpa. Rupa2nya depa tulis Pak Lan. Awat jauh sangat nama Zanuar ngan Pak Lan tu? Apa kaitannya?


Jeng jeng. Balang dengan nama apa pulak ni ya? Hah.. ni la balang bertuah. Nama2 pemenang cabutan bertuah. Ada 15 hadiah semuanya. Dan No 15 dimulai oleh Takim.. naik ke atas hingga no 8 oleh Azri MN. No 1-7 tak dak lam senarai ni tapi kalau tak salah No 1 Din Nila. Terima kasih pada kawan2 yang sponsor hadiah untuk cabutan bertuah ni. Memang terasa meriah bila ada hadiah sebab masing2 berdebar menunggu nombor keluar. Semoga rezeki anda yang sponsor atau pun tidak untuk program kita ni bertambah dan dirahmati Allah.


Selain gambag Mar n Ramzi jadi pilihan dalam entri Cerita 7, gambar ni menjadi pilihan aku di sini. Apa yang diceritakan Khalil sampai Pah gelak besag tu? Hang dok promote insuran ka dok cerita pasai politik Khalil? begitu sekali Pah gelak. Jangan sampai terlepaih pinggan di tangan sudah la no.


Ketika malam dah hampir jam 12, masing2 masih segar bugar lagi. Tak dak ghupa mengantuk langsung. Yang nak karoake pun ada juga. Sakan betul melepaskan geram ya. Dah abih program kena balik ke asal. Tak boleh nak jimba2 lagi. Hampa nampak ka muka hampa dalam ni? Haluih sangat nak nampak muka pun. Janji ada gambag ramai2. Eh..eh.. aku perasan sesuatu la. Awat pakat tengok kanan tu ya?


Cuba tengok gambag ladies ni pulak. Pun pandang ke sebelah. Apahal ya? Ada apa kat sebelah sana dan sini? Memang jadi trademark betoi la style hang Reeza! Dah lekat dah pose captain. Sampai begitu sekali penangan posing ala2 Captain Reeza. Cayalah!


Last but not least, penutup cerita dinner. Gambar AJK yang begitu komited dengan kerja2 mereka. Bukan nak puji aku ya. Aku puji kawan2 aku yang bekerja bersungguh2 untuk menjayakan program ini. Penghargaan buat anda semua... Putri, Noorsham, Fazila, Farahah,, Jamilah, Ruzila, errr.. masuk pi la aku dan Azuwana. Imran, Megat, Zul, Asni, Adli, Syamsul, Zaky, Fadzli, Harizan, Asbanizam, Izaharin, Ismaida dan Azri. Cuba teka siapa yang tak ada? Hahaha.. mr MC kita.. hang pi mana Jatt masa ni? Hang sorang ja tak dak lam gambag ni. Syiannn Jatt.

Akhirnya aku boleh tutup album dinner. Hampa ingat senang ka nak pilih gambag yang beratuih? Pastu ada yang serupa. Ada masa aku nak fotoscape lagi. Pastu nak cari caption lagi. Setiap entri ada ja gambag kena edit sebab serupa atau tak tau nak cerita apa. Tapi, demi menghargai hampa sebagai kawan2 aku, aku teruskan juga. Cewahhh. Jumpa lagi untuk cerita lain pulak.



 P.S: Pinjam gambar ya kawan2. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment