Monday, June 22, 2015

Makan Malam Gala - Cerita 7

A253 
Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya. (Al-Baqarah 2:253

 

Acara yang paling ditunggu2. Gala Dinner.. walaupun taklah gah macam di hotel tapi amat mamuaskan. Tema makan malam ialah Rock Kapak. Adoiii.. kat kampung telegram dan whassapp ladies dok riuh pasai tema ni. Dua bulan before majlis lagi masing2 dah teruja discuss pasai baju.

Nak kena bawak kapak kut? Ka.. kita gantung ja rantai kapak kat leher. Tak pun kita beli beg tangan bentuk kapak. Atau pun cari baju yang ada corak kapak. Macam2 ada. Bukan apa. Ladies were so excited to be here. Hinggalah ke hari2 terakhir, masih berbincang pasai baju. Namun begitu, akhirnya, boleh lihat sendiri. Ada yang ikut tema dan ada yang ikut keselesaan. Apa yang penting, kita hadir meramaikan dan menyokong majlis dari kita utk kita.

 

Susun atur meja makan. Tidak semuanya meja bulat. Meja2 yang lain dan kerusi2 banquet pun dibawa masuk dari luar atas usaha kita juga. Kerjasama kawan2 mengusung meja dari medan kasa kemudian menyusun kedudukannya dalam dewan amat dihargai. Siapa lagi nak buat kalau bukan kita. Kecualilah kalau bajet kita beribu-ribu lemon, boleh la upah orang buat. Tapi ini pun Alhamdulillah. Personally , aku lebih suka begini, hasil usaha kita sendiri.

 

Pengacara majlis pada malam ni... Noor Baidrulnizar Abu Bakar (Jatt) dan Fazila Ahmad (Ila). Pilihan yang tepat dan amat sesuai. Jatt kalau kat luat memang gila2 sikit. tapi malam ni, control habis. Hilang segala gila2 dia. Ramai la yang puji hang Jatt. Cikgu Ila pula.. lemah lembut ayu gitu tapi masih punya gaya MC. Terima kasih Ila sebab terima pelawaan AJK utk jadi MC. Tahniah utk hampa berdua kerana menjalankan tugas dengan cemerlang sekali.


Ni makhluk alam mana pulak ni? kalau tak salah aku si AJF ni. Pagi dengan rambut afro, malam dengan rambut panjang topeng monyet la pulak. Macam2 la hang ni AJF. Berapa banyak stok rambut palsu yang hang ada ya? Ker.. hang baru beli kat pekan kongsi siang tadi?


Ketibaan cikgu2 yang ditunggu2. Jamilah Mohd Jali (Milah) sedang mengiringi Cikgu Rahimah, penasihat Fajar 86. Memang sesuai Milah jadi penyambut tetamu pun. Ada gaya, rupa dan keunggulan. Tanyalah kebanyakan cikgu2, pasti kenal dengan Milah. Dia dulu atlet, pandai pun ya. Pakej lengkap la kiranya.


Dari belakang.. Cikgu Sulaiman yang ajag aku Fizik dulu. Memang tak boleh lupa langsung kelas dia. Dalam kelas dia la aku selalu ambil peluang tidog. Pantang cikgu tengok papan hitam, aku pejam mata. Peenah juga, sementara tunggu cikgu masuk kelas, aku tidog bawah meja dulu. Siap pesan kat Zaini suruh kejut bila cikgu masuk.. baikkan aku? Hahaha. Bila SPM kelaug.. aku dapat C4. Cikgu Sulaiman tanya awat C4 sebab Add Math boleh C3.. dengan muka selamba aku jawab, "Saya tak suka Fizik, Cikgu." Kalau cikgu baca ni.. saya minta maaf cikgu. Tetapi jasa cikgu tetap saya ingat.

Cikgu Amir Hassan, cikgu komputer yang tak pernah ajag aku. Sapa cikgu komputer aku ya? Aku tak ingat selain cikgu Suhainy masa F1. Cikgu Amir juga penasihat Bakti86 dan Penasihat Kadet Remaja Laut. Depa dah macam geng dengan cikgu. Kalau dulu anak murid la ni dah jadi macam kawan.

Cikgu Ariffin Bujang, mengajar aku geografi masa tingkatan berapa ntah. Suka dia ajar, slow steady relax saja. Tak faham pun buat2 faham.. hahaha. La ni Cikgu Ariffin (Pak Pin) dah jadi Timbalan Pengetua (HEP or Hea ntah) di MRSM Merbok. Satu tempat dgn Cikgu Rosli MZ.


Ustazah Sofiah, Penasihat Aman86 beriringan bersama Cikgu Shara. Cikgu Shara ajag geografi tapi aku tak penah kena. Dia garang ooo.. Tapi cikgu2 yang garang ni selalunya baik hati tahap power tau. Macam aku.. heeee. Kat belakang tu Cikgu senireka, Cikgu Ruzaini, Penasihat Cahaya86. Kalau tak salah dia di MRSM Kulim sebelum di MRSMBP sebab kak aku di MRSM Kulim pernah ambil senireka di bawah dia. Kemudian, Cikgu Norlida Ahmad (Miss Connie). Nama Connie ni aku rasa sebab sama dengan pelakon Connie (Norlida Ahmad). Warden ladies kat blok D atas dulu? Ke.. bawah? Nath. Dah lupa la aku.


Apalah yang dibisikkan oleh cikgu berdua ni ya? Mata tu macam memandang sesuatu ja. Dok ngata kami eh cikgu? Cer cite. Cer cite. Cikgu Sahiddan aku dah erita sikit dalam entri sebelum ni. Cikgu Ismail merangkap cikgu PJ kita selain Cikgu Dzulkifli yang tak dapat mai. Masa PJ kelas dia la kut yang guys kena main bola jaring dan ladies main bola. Masa ni la aku membenarkan bola masuk ke gol sendiri. Punahhh. Yang ladies kena denda cuci meja library aku tak ingat masa Cikgu Mail ka Cikgu Zul. Aku, Senah, Roda dan beberapa lagi kena denda sebab naik asrama waktu kelas. Kepalanya.. aku la. Marah betul Roda masa ni. Tapi aku dgn tenang kata.."Tak pa. La ni memang pahit. Tapi yang pahit ni la yang akan jadi kenangan manis kita nanti." Betoi tak?


Farahah dah ada cerita sebelum ni. Sebelah dia Miss Connie. Oh Kak Zaleha ku! Kak Leha yang bertugas di Dewan Selera. Semua orang kenal K.Leha. Selain di DS, dia juga jadi warden utk pelajar perempuan. Dapat juga jumpa K.Leha malam ni tapi tak sempat nak sembang lama2 ngan dia. Ust Sofiah, Cikgu Shara, Cikgu Ruzaini. Baju hitam berkupiah tu Cikgu Nik Abd. Aziz, cikgu sejarah kita. Juga warden D Bawah. Baju petak ni rasanya suami Kak Leha kut. T-shirt putih aku tak kenai, tapi rasa2nya abang di DS dulu. Maaf ya. 

Tapi yang baju batik hijau t.. sapa tak kenai memang nak kena. Ada ka depa kata dia cikgu kita! Tu pakcik Zainol la wei.. yang selalu dok bawa hampa pi spital bila hampa sakit. Yang dok bawak hampa pi tournament sukan sana sini. Tu la orangnya. Belakang tu Cikgu Mail la. Takkan nak cerita lagi kut.

 

Baju biru tu Cikgu Shaari ke? Aku rasa ya. Ketua warden kita dulu. Yang terkenal dengan ketegasannya. Spa pernah kena denda dengan dia tau la. Segitiga kat parking depan dewan tu sampai diberi nama Segitiga Shaari sempena nama cikgu sebab denda2 banyak dibuat di situ. La ni dah diberi nama lain segitiga tu. Hahaha.. Bukan la. Cikgu Sulaiman la tu wei.. terkono eh kau jang.. Khusyuk Cikgu Leman sampai tak sedor orang kate dia ye.. hehehe.

Cikgu Ariffin dan Cikgu Ibrahim. Yang tunduk tu Cikgu Syed Anwar, Penasihat Damai86. Dia ada habag kat aku dia tak sihat malam tu tapi dia mai juga dinner kita. Terima kasih Cikgu! Dari seremban Cikgu Syed dan Cikgu Rahimah memandu. Rupa2nya, selepas reunion, Cikgu Syed bagitau aku, dia dijangkiti denggi. Kesian dia. Demi jemputan kita dikuatkan juga. 
 
A254 
Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.  (Al-Baqarah 2:254


Makanan utama malam tu. Nasi minyak ker? Hahaha. Makan ja tau. Dapat jamah pun jadi la. Kenyang tengok kawan2 yang gembira semuanya malam tu. Ni pun pinggan sapa aku pinjam ambil gambag ni.


Sampingannya, daging kambing golek dan mash potato! Pencinta kambing memang suka la ni. Aku amik sepinggan, bila rasa lain macam baru nak tanya kambing ke?  Elok dah masuk perut pun. Terima kasih Lina ZA yang sponsor kambing golek. Walau tak dapat datang dari London nun, tapi jiwanya tetap ada di sini.

Cheese kek leleh.. siapa lagi kalau bukan buatan tangan Nini. Dari perlis dia mai penuh keta dengan cheese leleh tempahan kawan2. Dah 4 biji utk dinner malam ni katanya sponsored by DR.Farahah. TQVM Farah and Nini.

Kek choklat strawberry tu.. special utk Damai wei.. hahaha. Bukan hampa punya. Tapi sebab Damai pun tak larat nak perabih, kita bagi kawan2 rasa juga. Mana yang sempat dapat la. Apa yang ada kita makan sama2. Rasa sorang sikit.


Ha.. ini baru special utk kita semua. Yang ni aku tak dan nak jamah. Dua2 kek choklat ni made and sponsored by Eida. Terima kasih Mate Eida. Memang sedap hingga menjilat jari la kek hang. Ada yang jilat pinggan sekali kut.. hehehe.


Ini mereka yang kelaparan takut kambing golek habis dimakan orang. Sabar ye kawan2. makanan cukup utk kita semua. Barisan permulaan ni diketuai oleh Mat Herg dan pembantunya Hafiz, hahaha. Yang lain tu pengikut setia menanti dengan penuh sabar. Mar ke tu belakang Din? Aisyah, Joke, Eddy, Man dan Reeza.


Ini satu trip lagi yang diketuai oleh Ali dan pembantunya Izamshah. Tengok pengikut2 depa. Ladies semuanya! Lagi sakan kumpulan ni. Mirah, Ijah, Kusel, Serry, Zarina, senah, Zaidah dan Putri. Hampa tak ajak aku pun, huhuhu.



Sesi bergambang team apa ni hah? Bola fantasi tu ka? Ka bola dulu2? Kuchai, Dwen, Cikgu Mail, Rambo, Choi, Lihin, Takim, Jan, Izam, Wan, Ali, Imran dan Joke. Awat Lihin macam bersedih ja tu? Relax la Lihin, Satu malam ja pun tinggai rumah.


Ni pesen apa pulak la Si Marhaizah Mustafa dengan Mohd Ramzi Mohd Shariff ni? Kalau papan tu terbalik, mau dengan hampa berdua terterap sama. Macam2lah hampa ni posing. Ada jer idea nak buat. Bila lagi ek nak posing gila2 camni?

Cerita malam dinner ni tak habis di sini saja. Tersangat banyak nak cerita, terpaksa aku jadikan dua bahagian. Lepas ni akan ada Makan Malam Gala - Cerita 8. Cerita 7 pun dan letih ni. Jumpa di sambungannya Cerita 8.

P.S: Pinjam gambar ya kawan2. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment