Thursday, July 9, 2015

Catatan akhir buat kalian - Cerita 14

A268 
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:268)

Catatan akhir untuk reunion kita kan berakhir di sini. Jadi, sebagai penutup kisah, biarlah aku titipkan beberapa kisah cinta yang tercipta antara kita. Kisah cinta berbeza jarak masa tapi akhirnya bersatu di singgahsana. Berasal dari negeri yang sama, jadi tak susahlah bila pulang beraya.

Ini sebuah kisah cinta
Dari sekuntum bunga sekeping hati
Dua jiwa dalam lamunan
Berat rasa untuk berpisah
Dua dunia satu mimpi
Satu cita dalam satu hati 
      (petikan Kisah Cinta-Suara Kekasih (Ogy))
 
 

Noor Baidrulnizar Bin Abu Bakar dan Arpah Bt Abu Bakar. Pasangan sejoli yang mula menyemai bibit2 cinta mereka sejak Tingkatan 4. Dalam diam, Jatt menyimpan rasa sejak Tingkatan 1! Lihatlah nama bapa mereka. Jatt, tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Pah sejak sekolah lagi. Alhamdulillah. Akhirnya mereka bersatu dan dikurniakan 6 cahayamata. Aku kenal Pah sejak sekolah rendah walaupun kami bukan daripada sekolah yang sama. Pah orang Kota Kuala Muda dan aku pernah ke rumahnya yang terletak di tepi Sungai Muda. Ketika mereka pulang dari US untuk masjlis kenduri kahwin pun aku hadir bersama Ijah dan adik aku. Alor Setar-Kota Kuala Muda menyatukan mereka sebagai pasangan ideal.
 
 A269 
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (Al-Baqarah 2:269)


Pasangan Asbanizam Bin Abu Bakar dan Musratulniza Bt Mustafa. Walaupun sama-sama terlibat sebagai BWP sekolah, kisah cinta mereka bermula bila kita tamat Tingkatan 5. Aku pernah sekali berjumpa mereka ketika masing2 masih belajar di KL (Baitulmal kalau tak salah aku). Mus, aku ingat lagi mee kari makcik hang masa kami pi beraya di Tikam Batu. Itulah kali pertama aku kenal mee kari dan terus jatuh cinta dengannya. Pasangan sehati sejiwa Bedong - Tikam Batu ini dikurniakan sepasang cahayamata. 
  
A270 
Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya. (Al-Baqarah 2:270)

 

Zulkefly Bin Md.Kasim dan Nor Kamarul Aisyah Bt Mohamed Zaiedi yang memang tidak aku sangka sama sekali satu waktu dahulu. Kisah cinta mereka bermula ketika aku dan Aisyah sama2 belajar di KPP/UiTM Seksyen 18. Sudah takdir Allah menemukan mereka pada satu ketika dan akhirnya terus disatukan sebagai suami isteri. Pasangan romantis dari Taiping - Lenggong ini dikurniakan tiga cahayamata.

Itulah kisah tiga pasangan daripada batch kita yang aku dapat masukkan di sini. Ada lagi sebenarnya seperti  Khalil (datang)-Zati, Yaakob (datang)-Zanita, Aimi-Marzura, Arman-Mariana dan Farish-Mas Juita. Tapi sebab depa tak datang reunion, jadi no picture no story. Ada lagi ke? Maaf kalau aku tertinggal. Tapi pasangan MRSM daripada batch berbeza dan MRSM berbeza memang ramai tak terkira. Kita tinggalkan kisah cinta di sini saja.




Tanggal 26 Jun 2015, kisah Reunion 25 tahun kita tersiar di dalam Utusan Malaysia ruangan Alumni. Tahniah dan terima kasih buat Ahmad Jannatul Firdaus yang sudi menulis kisah kita. Artikel di bawah tu pula kata AJF adalah artikel asal yang telah diedit untuk diterbitkan seperti dibaca oleh semua 'Pemangkin Pertemuan Semula'. Semoga pertemuan semula ini menjadi pemangkin untuk kita terus berhubung antara satu sama lain.

Akhir kata, aku mohon ampun dan maaf andai ada kata2 aku di dalam entri aku tentang kita semua ini yang mengguris hari kalian. Mohon maklumkan pada aku andai ada antara kalian yang mahu kisahnya dipadam dari cerita2 yang ada di sini. Harapan aku, cerita2 yang aku garapkan ini dapat menjadi satu kenangan di kala rindu pada teman-teman. 



Dalam riak ada suka
Riak suka tersimpan duka
Duka lara digenggam erat
Jiwa terluka dipendam saja 
Usah ditanya usah diteroka
Biarlah ia terkunci rapat



No comments:

Post a Comment