Inilah penginapan kami selama 2 malam. Hotel biasa saja without breakfast tapi biliknya selesa. Cuma kena biasakan dengan penjaga kaunter yang kurang ramah. Malam2 dia tidur di kaunter saja dengan beralaskan tikar. Keluar pagi2 dari hotel, ada orang menjual kain baju di depan ni.
Cuaca pagi ni sejuk dingin. Di permukaan tasik boleh nampak kabus atau asap yang keluar. Bye bye Dalat. Kami pasti merindui kamu lagi.
Perjalanan bengkang bengkok ala-ala zaman aku belajar di Balik Pulau dulu. Seram juga bila tengok jalan dekat dengan tebing tinggi. Malah ada bahagian tanah runtuh.
Walaupun perjalanan terasa seram dan merisaukan kami, pemandangan di luar waktu pagi yang dingin ini sangat mengujakan. Sangat memukau dan wow. Aku hantar gambar ni ke 360 AirAsia. Tak tahu la apa jadi.
Sebelum bertolak tadi kami dah oder bungkus dari Kg.Pandan. Aku oder bihun goreng. Ada yang oder roti canai, mee goreng etc. Kami stop di kedai ni untuk tumpang singgah makan.
Memang sejuk gila masa ni. Terketag-ketang tangan. Tuan kedai memang dah sediakan diang ni utk panaskan badan. Seronok pula pakat main asap hahaha.
Sejuk tak sejuk, bila nampak anjing ni dok keliting sekitar kami rasa kasihan. Dengan perut kempis kelaparan (seperti baru lepas beranak) dan menggigil2 anjing tu. Memang dia kelaparan sebab bila Terung bagi roti bilis (yg aku bagi kat dia) sekejap saja anjing ni makan. Lepas tu 2-3 ketul roti lagi kami bagi.
Bukit di hadapan kedai.
Punya lengang jalan, nak baring atas jalan pun bole. Itu arah kami datang.
Kami akan menuju ke arah ni.
Sejuk punya pasal, terpaksa selongkar beg. Cari selimut memang tak dak, guna saja sejadah yang ada ni. Cantik pulak gambar kali ni. Colorful hihihi.
Bagi menghilangkan sejuk, kami oder kopi Vietnam sambil makan bekal. Ingatkan semua sama. Rupanya, saiz cawan berbeza. Saiz cawan rendah utk kopi kaw punya, tinggi sikit ada susu. Buka tudung tu, tu punya banyak dan pekatnya kopi depa. Pahit berdengung aku punya sebab tanpa susu. Aku bubuh gula satu sudu saja.
Dah habis sarapan, rehat2 berfoto, kami pun bertolak. On the way balik, kami minta untuk henti sekejap di tepi jalan untuk bergambar. Terung pula pandai cari port menarik. Ada satu van pelancong dari Rusia rasanya henti di sini juga.
Di sebelah kanan aku tu.. nun di banjaran sana ada air terjun. tak nampak dalam gambar ni. Baju merah tu.. masa ni dah agak panas dah sebab menurun bukit. Baju tu beli waktu pagi depan hotel di Dalat.
Sampai ke Nha Trang, terus ke jeti. Agenda asal untuk ke Vinperland ditukar kepada lawatan ke pulau2. Vinperland lebih kepada taman tema. Sangat besar dan luas. Kalau rasa nak naik rides, boleh la ke sana.
Itulah Vinperland dari kejauhan. nak ke asana kena naik cabel car merentasi lautan. tak kuasa aku. kalau google memang cantik tempat tu.
Makanya, jom kita naik bot ke pulau. Kesian kak Ana kalau ke taman tema tadi, penat nak berjalan dengan kaki dia yang belum kuat sepenuhnya. Kita datang berlima kena fikirkan orang lain juga. Bukan nak seronok untuk diri sendiri.
Selamat datang ke Hon Mun Island, Nha Trang. 30 minit dari jeti.
Memang tumpuan pelancong tapi masa ni tak ramai sangat. Ada hotel, ada tempat makan tapi tak buka.
Air yang sangat jernih bole nampak ikan. Kalau snorkling memang seronok ni. Kami memang tak prepare baju untuk mandi pun. Sekadar datang menikmati alam.
Sepanjang pantai airnya jernih.
Di belakang sana ada orang tengah mandi.
Tak bole jadi. Aku pun nak main air juga.
Jom kita ke pulau seterusnya.
Selamat datang ke Soi Island (soi = soil kut). Aku ada je situ.. kalau terer cari la. Tak ke mana pun.
Bergambar itu wajib.
Kita bergambar dulu di pintu masuk ke kawasan lawatan. Ada beberapa tarikan di dalam sana. Jom tengok satu-satu.
Sementara menunggu tempat2 tu buka, kita lawat taman bunga dia dulu. Mawar oh mawarku, kau memang pilihanku.
Safuraaaa. hang baik-baik na. Goyang jer aku tengok tangga tu. Jangan cari pasal na.
Aku naik gerek ni je la. Tak mau naik tangga tak bersandar tu.
Pemandangan perkampungan nelayan yang sangat cantik. Ok. dah cukup masa. Jom tengok apa yang disediakan untuk pelanconng macam kami ni.
Penyu katanya ada 5 ekor, tetapi yang datang seekor saja. Diberi makan kangkung. Tengok penyu tu dengan penuh berlumut, rasanya dah lama ia berada dalam kawasan terkurung. Kesian. Jemu rasanya dia asyik makan kangkung saja.
Ok.. this one katanya dolphin show. Punya la semangat kami. Bukan dolphin la Faizal. Ini seal aka anjing laut. Kat luar tu tulis dolphin. Ada pun 2 ekor ni saja. Pelancong pun tak ramai. Bole bergambar bersama binatang ni dengan bayaran tertentu.
Dah Safura kata. Jom pi sana pulak. Itu macam kapal lanun yang mula2 nampak masa datang tadi. Di dalam tu ada akuarium. Kena naik turun tangga sikit. Tak banyak pameran tapi cukuplah untuk lihat-lihat.
Salah satunya ikan batu ni. Memang sebijik macam batu.
Ini? Ingatkan bunga, rupanya batu karang. Bernyawa lagi. dah selesai lihat2 jom balik. dah kelaparan sebab sudah jam 1.30 petang. Perut pun berbunyi dah.
Dah sampai penginapan. Sebenarnya lebih kepara home service apartment. Lengkap. Ada 6 katil queen, petiais, dapur, mesin basuh siap dengan sabun dan oven. tapi tak guna pun.
Dah kelaparan. Sambil makan nasi yang siap dibungkus, sambil cuci mata ke luar. Nampak taman tema Vinperland di seberang sana. Lepas tu rehat2 kejap.
Kalau gayat jangan cuba2 jenguk ke luar. Apartment kami nun di tingkat berapa puluh. Melayup. Kali dapatlah rehat lama sikit sementara menunggu untuk makan malam.
Makan malam di sini. Kedai mula2 pada hari pertama tiba di Nha Trang.
Simple tapi sedap. Bertambah aku makan. Di restoren ni juga ada dijual tudung Ariani dan telekung Siti Khadijah, magnet dan key chain, kopi Vietnam dan beberapa barang lagi. Kalau rasa belum cukup belian atau nak habiskan Dong, di sini sangat sesuai. RM juga diterima.
Manusia pun kurang sesak di sini. Selesa.
Inilah dia tourist guide kami yang hensem lagi manis ini. Faizal namanya. Ramah, hormat tetamu dan pandai berjenakan. Walaupun bahasa Melayu yang sama, sesekali lenggok bahasa dia kami kurang faham.. hahaha. Ketawa je la ramai2. Cerita Faizal, dulu dia belajar tahfiz di Jitra,Kedah. 5 tahun lepas rasanya. Kemudian dia sakit agak lama lalu balik ke Ho Chin Minh, terus henti pengajian tahfiz. sempat 15 juzuk katanya tapi sekarang ada yang lupa. Sebab itu dia fasih BM. Selepas ini, Insyaallah cuba buka syarikat travel beliau sendiri. Kalau sesiapa nak ke Vietnam, aku sangat rekemen si Faizal ni. Sangat puas hati. Tapi.. awat hang panggil aku makcik hah! Mentang2 aku ada anak dara.. suka hati je panggil makcik. Oooo malam ni Faizal kena balik ke HCM naik bas 8jam! Esok kena bawa tetamu dari Malaysia pusing HCM pula. Kesian pun ada tak patut pun ada. Tapi dah kerja dengan orang ni kena ikut saja.
Salah satu mercu tanda di pantai Nha Trang.
Dan yang paling memukau ialah lobster ni. Seekor dalam berapa ringgit saja. Sangat murah tapi kami semua sudah kekenyangan. Tak mampu nak makan lagi. Silapnya tak beli dan simpan. Kan ada dapur!
Itulah bilik kami nun di atas kayangan sana.
Ya. Hanya kami bertiga. K.Ton dan K.Ana dah balik bilik. Kami di sini ambil angin malam dengan ombak bunyi memecah pantai. Lama tak lepak di pantai malam2 rasa seronok pula. Esok dah nak balik jadi malam ni kita lepak2 kejap. Pagi2 esok kita cuba datang lagi.
No comments:
Post a Comment