Bila tunggu teksi lak, nak cakap camna. Depa ni sebenarnya kan.. masalah tak reti cakap English. Termasuk petugas yg jaga kat pintu hotel. Cakap ayam itik pun susah. Aku tunjuk map jer.. ok dia faham. Dia tolong tanya teksi depan hotel. Teksi tu kata sedang tunggu pelanggan.
Masyaallah. Tiba-tiba Allah bagi pertolongan. Ada sorang tourist guide ni bawa sepasang pelanggan. She can speak English. Lepas explain kat dia tujuan kami, dia pun bagitau penjaga pintu tadi. Then, that penjaga akan tolong tahan teksi untuk kami. Nun di seberang jalan. Alahamdulillah. So here we go.
Ketia hampir tiba ke CPBC, kiri kanan jalan memang nampak panda saja la. Nothing else. Wonder juga. Depa ni ada zoo tak?
Alhamdulillah. Tiba dengan selamatnya. Bayar cash. Dan tourist guide tadi beserta pelanggannya juga ke sini sini. Cuma kami tak boleh tumpang van depa yang besar tu.
Tak dapat nak menempek kat panda besar tu. Malas nak tunggu turn. Jadilah ada gambar kat sebelah pun. Bukti dah sampai.
Katanya ini yang terbesar di China. atau di Chengdu?
Tiket masuk. Agak mahal juga.. Aku dah tak ingat berapa puluh ringgit.
Gambar lagi. Biasanya aku tak suka masuk dalam frame. tapi kali ni boleh tahan la hahaha.
Eh eh.. black swan la.
Eh.. ingatkan sekor saja. berkawan rupanya. White swan ada juga tapi nun di hujung tasik.
Masih di kawasan tasik.
Ok. Dah mula bergerak ke bahagian panda. Ada trem disediakan tapi barisannya punyalah panjang. Jalan kaki saja la.
Singgah tandas sekejap. Tandas bersih. tidak berbau.
Tudiaaa. Nampak dah nun kat atas pokok. Tengah tidur. memang itu pun kerja panda.
Sehari dia makan dekat 22kg buluh rasanya. Aku curi2 dengar tourist guide orang bagi info.
Buluh untuk panda.
Yang bawah Qi Qi.. yang atas tak nampak nama.
Welcome to red panda. Kalau nasib baik boleh nampak. Alhamdulillah sempat nampak kelibat dia yang lari bersembunyi.
Sichuan Key Laboratory of Consevation Biology for Endangered Wildlife. Dalam ni ada tunjuk video camna pembiakan, penjagaan dan sebagainya dilakukan kepada panda. Semua tentang panda di sini.
Minta tolong uncle tak faham English amik gambar sat.
Of course la panda tu lagi tinggi. Aku kan petite.
Ini bangunan satu lagi di situ. Ruang untuk rama-rama.Dalam bangunan ni ada Panda International Art Center, Butterfly Museum dan Gian Panda Museum.
Aku pengunjung ke 4134. Sila tekan sendiri ya kalau nak tahu.
OMG.. I love this.
Dah nak balik dah. Bergambar di sini sat. Minta tolong minah dari Saudi tolong snap. Ingatkan dia dari india ngan family dia. sebabnya rugged juga depa ni. Balik dari sini tak susah sebab teksi banya menunggu giliran saja. Tunjuk gambar tempat yang nak pi, settle.
Kebetulan gambar dataran dan bangunan muzium teknologi ni aku ada ambil hari pertama lalu di sini. Jadi mudah untuk driver teksi tu bawa kami terus ke sini.
Tudiaaa. Barang untuk emad tak dak. Aku beli kapal terbang yang bole charge guna usb. Hari pertama main dah lesap atas bumbung jiran. Dulu pakcik dia bawa balik.. pun sama.. hari mula lesap dalam hutan. sebabnya dok ajak org lain main. Bukan nak main sorang2.
Visiting tiket. Masuk free saja tapi kena isi buku and tunjuk pasport.
Besar tayar kapal terbang ni. Tu baru yang depan.
Hall mula2 untuk muzium empat tingkat ni.
Optimus prime? Bukannn
Mathematics and mechanics exhibition. Jom masuk.
Wahhh. Helix. Ada hyperboloid dan saddle surface juga.
Bunga tipu jer. Jadi la.
Dari tingkat ats. Di bawah ada kawasan permainan untuk anak2. Kalau bawa anak2 ke sini, aku cadangkan masuk pagi keluar petang. 4 tingkat kut. Setiap tingkat macam-macam ada. Memang sehari untuk explore dan main saja.
Chengdu Museum. Dah penant nak masuk sini pun. Esok lah masuk. Ada dua lagi muzium berdekatan kawasan ini.
Kami singgah makan di sini. Saja nak cuba menu sini.
Satu apa pun tak faham. Oder nasi goreng cina je la.. konon.
Satu cukup. Share untuk pakat merasa kesedapannya. Alhamdulillah.
Dah sampai hotel. Posing kat sini sekejap.
Jumpa orang kita la pulak. Menginap di sini juga. Perempuan trade commissioner MATRADE Chengdu. Dia datang dengan famili dia untuk 4 tahun.
Malamnya Ayin bawa ronda jalan kaki. Dia kata deat ja.
Dekat amendenya.. balik hotel aku tgok 3km kut jalan malam tu.
Cantik Chengdu waktu malam.
Pusing tasik ni. Lorong sini memang penuh dengan pub dan bar.
Cantikkan gambar bridge dan pantulan dalam air ni?
Ginkgo biloba. Patutlah banyak betul pokok ni di jalan2 di sini.
Ini malam saja 7.3km. Siang tadi ntah berapa km tak tahu la. Hujung jari bertambah sakit. tapi Insyaallah bole bertahan untuk berjalan lagi esok.
No comments:
Post a Comment