Van memang selesa untuk 10 orang. Di depan
Kita sarapan di Kg.Pandan dahulu. Inilah kedai kami pagi tengahari dan malam sepanjang berada di sini.
Lepas makan, kami menuju ke Dalat Flower Garden. Dalam bandar Dalat, tak keluar jauh pun. Aku rasa tahun ni Tahun Melawat Vietnam kut :). Banyak signboard yang tulis begini.
Bergambar sebelum masuk ke taman bunga. Dekat depan ni saja berpuluh2 shot diambil. Punyala gila dengan pokok bunga.
Of course... flowers here and there.
Bonsai
Kawasan taman ni memang luas dan cantik.
Bunga lagi.
Gambar favorite aku. Rasa macam kat Tucson la pulak.
Hanya gambar. Tak sempat nak belek.
Angsa ni tidak bole dinaiki.
Sedang menyiram bendera Vietnam.
Rasa nak tidur sini je kan?
Nampak kepala saja.
Some flowers are just the same as in Malaysia, misalnya senduduk ungu yang kat bawah tu.
Malaysia ada kan ni? Cuma kaler ungu dia lebih pekat dan cantik.
Dari atas bukit.
Teringin nak naik coach sebenarnya.
Ruang untuk pecinta orkid. Memang bole tak lena malam kalau tengok orkid sini. Kita kat Malaysia tengok yg tiruan je la. Kat sini real punya.
Dah cukup masa. Kena keluar sebab nak ke tempat lain pula.
Ada tasik di tengah2 bandar. Kalau boleh jalan kaki pusing sini best juga.
On the way to Dalat Clay Sculpture Tunnel.
Apa2 pun posing dulu sebelum masuk.
Lanskap di sini semuanya dibuat daripada tanah liat. Sangat menakjubkan dengan senibina yang teliti dan cantik.
Besarnya pisang dia.
Tak turun ke sini. Sekadar ambil gambar cukup.
Unik
Nice shoot. Kesian K.Ana tak dapat naik. Kakinya masih sakit. Pelan2 dia jalan.
Memang gila posing kat sini. Tak pernah2 aku bergambar begini banyak.
Eh.. mana orang lain Leez?
The real attraction is here. Jom tengok.
Kita tunggu reda dulu. Nanti kita ke situ juga.
Inilah dia. Seberang sana ada orang sebenarnya tapi gambar ni just nice. Pandai si Faisal ambil. memang berbaris untuk bergambar di sini. Dah berempat lepas tu sorang2 pulak. memang kena sabar banyak. Lebih2 lagi ada yang buat macam foto shoot cover majalah. Lagi la lama.
Sungai di sana.
Bunga kesukaan aku.
Ini ala2 negara mana pulak?
Destinasi seterusnya ialah Datanla waterfall.
Ohhh ini yang depa nak pi sangat. Kalau tak naik ride tadi memang tak sampai ke waterfall ni.
Datanla yang terkenal di Dalat.
Nak keluar dari situ, kena naik ride lagi. Bole naik sorang2 atau berdua. Opkos aku pilih berdua. Kali ni dgn K.Ton pula. Lapar la pulak. Aku pun tak ingat masa bila kami lunch. Tapi sudah semestinya di Kg.Pandan. Solat pun di situ.
Nak naik ke ats kena naik jeep ni. Seronok!
Jalan naik dengan pemandangan hutan kiri kanan.
Di puncak Langbiang.
Mercutanda
Pandangan dari atas puncak.
Kalau rasa nak sewa pakain kaum asli di sini bole dengan bayaran seperti tertera. Lepas tu bole la pusing kawasan untuk bergambar.
Sayang kami datang agak awal. Ia sangat cantik jika dapat ke sini di waktu senja. Melihat matahari terbenam dari puncak gunung.
Deretan jeep yang digunakan. Gambar di sini banyak dan aku rasa penuh entri ni dengan gambar saja.
Cantik kan
Melintas jalan untuk ke dataran sini. Ada shopping mall di bawah bangunan tersebut.
Selamat datang ke mall.
Akhirnya di sini kutemu yang dicari2 selama ini. Jam tangan yang nampak enjinnya. RM75.
Teringin pula tengok ubi bakar ni. Keluar dari mall aku beli seketul.
20K Dong seketul. Sedap. manis tanpa perlu cicah apa2. Alas perut sementara keluar makan malam. Rehat, mamdi solat. Lepas magrib jom ke Kg.Pandan.
Malam ni kami makan ala2 steamboat gitu. Bihun, cendawan, udang. memang sedap. geng KL makan oder rasanya.
Inilah driver kami. Trum aka Terung si Faisal kata. Tidak fasih English tapi bole la sikit2. Sangat sporting dan suka dengar lagu2 dari Indonesia. Aku rasa si Faisal la yang ajar lagu2 semua tu. Malam ni kami ke pasar malam lagi. K.Ton dan K.Ana rehat di bilik.
Faisal kata beli la benih dari makcik ni. Tolong dia sebab dia tak mampu nak sewa kedai macam orang di sebelah. Ramai juga peniaga2 jalanan. kalau malam pertama, polis meronda habis semua bertempiaran sembunyi.
Raga bunga.
Pandai2 lah melintas jalanraya sini. Tiada lampu trafik. Tapi tak dak pula accident macam tempat kita.
Tasik di waktu malam. Jom ke sana.
Masing2 tak mampu dah nak berjalan pusing tasik. Sekerat je lepas tu patah balik.
Kereta kuda ada tapi waktu malam tiada perkhidmatan. Sayangnya.
Jadi, kita tengok bulan lagi.
Kita minum expresso dulu. Pekat terlekat pahit tapi abis juga secawan.
No comments:
Post a Comment