Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.(Luqman 31:29)
Cuti sekolah anak2 tak sempat bercuti.. kami pun sebab baru balik haji so tak plan ke mana2 lagi. Bila adik kata dia nak pi Krabi.. apa lagi.. Aku join the group la. 5 kereta ke sana 3H2M. Hari yg Danok kena bom tu la kami pi.. bom meletup 30 min lepas kami blah dari pekan Danok..
Kami nginap di sini. Booking melalui Agoda.com. Owner Muslim. Tapi.. ada bilik yg airnya slow. Ada bilik aircorn tak leh control. Ada bilik yg tak dak peti ais. Water heater tak berfungsi. Setakat boleh tido n solat ok la..
Berhampiran, dalam 500m ke sini. Boleh ronda2 ndg motor atau tut-tut. Kiri kanan jalan macam Penang street kat Feringgi.. tak banyak beza..
Kakak kata ada nama dia kat sini.. perasan la tu... bukan paham pun..
Melihat matahari jatuh di sini amat mengasyikkan.. Memang cantik..superb.. patutlah ramai tourists suka ke sini...
Malam mula tu ke night market. Lebih kurang pasar malam kat Hadyai.. atau kat Malaysia.. sama saja... tempat saja berbeza. Dan yg menarik perhatian, keras tangan ini..recycle botol air 7-up ke coke ke apa ke yg besar tu...
Esok pagi2 kami hoping island.. Ada beberapa pakej boleh dipilih dan kami memilih Phi Phi Island tour.. ada 5 pulau utk hoping sini..
Camel Island dan chicken Island boleh dilihat jelas semsa hoping hoping tu.. hehehe
Salah satu stop center.. boleh la nak berenang2.. dan juga snorkeling di sini... aku yg takut air ni tengok je la walau hati geram nak turun main... cuma pantainya kecik ja.. lam 100-200m n ramai sangat orang kat sini.
Salah satu stop lagi.. pirate cave.. betul2 macam pirate punya tempat la. Sapa punya gheja ntah la..
Kat sini bot kami stop sat saja.. cantik gila.... memang cantik sangat2.. maka ramailah mat minah saleh separuh bbbbb kat sini... kayak, snorkeling, mandi2...
Pantai n laut dia memang superb.. kalau tersenarai dlm 10 the best in world pun aku percaya
Perjalanan dari tanah besar dalam 45min ke 1 jam.. Tapi berbaloi walau akhirnya kepenatan.
Budak2 la paling seronok. Mana bot berhenti, depa tak buang masa punya... nak cari depa cari dalam air... sampai kulit bertukar kaler pun tak naik2 lagi... mandi sakan
Hentian akhir di Phi Phi Island.. lunch yg siap di bungkus. Masuk dalam pakej (pandai2 la cari).
Ada perkampungan lagi kat sini.. siap bela lembu. Yg hijau kanan tu kafe yg ada di sini.
Di sini sangat ramai tourist. Memang destinasi pilihan mereka. Pantai cantik, pasir halus dan bersih. Tukaran duit rendah. Memang utk depa yg suka berjemur la.
Kalau utk percutian romantik memang menarik... Tarikan utama di sini memang pulau2 dan pantai2 yg Subhanallah.. tengok gambag tak puas.. memang tak tau nak cerita cantiknya.. tapi cukup kut sekali aku pi... Perjalanan jauh macam balik Johor.. ka macam pi Singapore? Untuk yg suka berenang n snorkeling... aku amat syorkan ke sini. Memang akan puas hati punya walau aku tak masuk air pun.. hahaha
Muslim food? Jangan risau. Kat area ni ramai Muslim. masjid pun ada juga. Kalau pi dekat2 masjid banyak la restoren Muslim. Food memang sedap.. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment