Entry hari ni skip dulu tentang haji. PPSN atau Pengajian Pondok Singkat Nisa An-Nahdzoh. kalau lelaki PPST. Ini kali ke4 diadakan. Tahun lepas aku hantar ke kem Rasulullah Idolaku nun jauh ke utara. Tahun ni ke sini pula. PPSN utk dua minggu. PPST ada 2 minggu dan sebulan.
Sekurang2nya masa depa terisi masa cuti sekolah ni. Tak de la melangut depan TV dgn cerita Korea sampai berjangkit satu rumah. Selama 2 minggu program berjalan dgn aktiviti riadah, solat jemaah, hafazan, trekking dsb, budak2 ni dilarang hubungi family. Terputus dgn dunia luar... hehehe. Baru betul.
Anak2 bagitau depa belajag buat buah melaka. Ibu reti ke buat? Hehehe.. rasa macam reti tapi tak penah buat pun. Hari2 makan ikan.. ada dua tiga kali ja makan ayam... Kesian tak? Aku ok je.. baru nama hidup kat pondok..
Ibu bapa yg hadir pada majlis penyampaian sijil. Kagum aku dgn dewan yg begitu selesa utk majlis ilmu ini. Tempat ni kalau yg biasa mai hari sabtu 8.30-11am tentu tau. Tiap2 minggu Ust.Mutalib buat kuliah. Kat luar dah macam pasar tani utk hari Sabtu tu. Memang ramai dan meriah.
Ini penginapan Nisa (perempuan). Rumah kayu yg selesa. Depa kata tak panas pun.
Ini budak kecik yg rindukan Yah. Nampak je Yah nak dok kat situ je la.. Nak pi oyah (sekolah) katanya. Sebab tiap kali dia tanya kakak2nya aku kata depa di sekolah...:)
No comments:
Post a Comment