Wednesday, December 18, 2013

Jeddah, UAE

A032
Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin. (Al-Hajj 22:32)


Penerbangan 7-8jam akhirnya menjejakkan kaki aku kat tanah penuh barakah ini. Penat..memang la... Dok lam kapal dgn kaki tak gerak banyak sebab sempit.. nak jln2 pun sebab malam..ngantuk.. memang penat. Sebab tu kut K.has n K.Leha tak amik gambag kat airport Jeddah.

 Tiba di sana, masing2 cari tandas... nak berhajat atau nak berwuduk. Dah masuk Isyak ka.. nak jamak takhir la masa ni. Kat sini tandas ada 4 bilik je kut..sempit la sikit.

NASIHAT AKU: Sabar... tak perlu kalut2. Sat gi kat ruang luar tandas lagi selesa utk berhajat atau berwuduk.


Lepas menunggu line clear di ruang menunggu pertama, jemaah akan dibawa keluar pemeriksaan pasport. Kemudian dapatkan pelekat2 pada paspot, nombor bas nak ke Makkah dsb. Memang terasa seperti diraikan. Lepas tu terus ke ruang menunggu di sini. Luas kan? Siap ada carpet sebab kerusi tak cukup. Ini ruang utk Malaysians.  Di sini boleh wuduk dan solat dgn selesa.


Nun di hujung kwsn berdinding sebelah kiri utk wanita solat. Tandas dekat2 ngan pakcik dok sila ni. Luas dan selesa tandas di sini. Aku keluag awal so dpt la kerusi utk rehat kejap. Boleh la regang2 badan kejap. Tapi di sini pun dlm 30min ja.. sapa yg keluag lambat tu kalut la sikit nak solat. 

NASIHAT AKU: Ikut arahan petugas TH. Jgn nak memandai sendiri. Kita kat tempat orang di bawah jagaan TH. Insyaallah semua akan berjalan baik. Jangan takut/gabra.. pasport kita akan diambil pihak muassasah masa nak naik bas. Kita tak nampak dah paspot tu hingga waktu nak balik Malaysia.

Panggilan naik ke bas ikut pelekat yg kita dapat masa di Bayan Lepas. Kita dah tampal pada tag nama dan beg sandang. Tak payah berebut sebab semua dapat duduk. Naik bas dapat makanan malam.. Dah tak dak mood nak makan. Masa ni dah 8.50mlm wakttu Jeddah = 1.50am waktu kita. Waktu tidog lagi ni. Memang ada yg tidog la atas bas.

Perjalanan 2 jam ke Makkah penat jugak sebab bas berhenti 2-3 kali. Semuanya di tempat yg memang disediakan utk perhentian bas2 yg membawa jemaah dari serata dunia. Setiap jemaah diberi kotak berisi makanan lagi kat hentian2 ni.. air, biskut, kurma etc. Murah rezeki mereka dan kami juga,  Alhamdulillah.. Jadi bertambahlah barang2 sebelum tiba hotel.



 Akhirnya, masa mula2 nampak jam besar ni on the way to hotel aku dok rasa macam mimpi je.. maklumlah...kami tiba di hotel tgh malam.. masing2 dok mamai... celik mata aku nampak jam besag.. kat Makkah dah ka aku ni? Betul ka tu jam yg diperkatakan orang ramai? Serius... Aku rasa tak dak sapa yg in the mood bergambar tgh2 malam selepas perjalanan yg jauh ni... jadi tak adalah foto masa daftar masuk hotel dan bilik...

Roomates aku? Kami berenam sebilik (suami pulak berlima). Sorang aku jumpa dah atas kapal.. dok sebelah aku (K.Has). Sorang lagi kat airport Jeddah (K.Milah). Lain2 tunggu masuk bilik. Oh.. K.Leha mula2 masuk bilik, then aku pastu yg lain2. Abraj Janadriyah 15 tingkat. Kami di tingkat 11.

Min, K.Has, K.Milah, K.Leha, Aku dan K.Aziah
Alhamdulillah.. kenai2 sikit nama hang aku.. Dah kul 12 tgh mlm masa masuk bilik! Tidog sat..  Selamat beradulah para jemaah semua.. esok jam 4am kena berkumpul kat bawah... Jumpa esok pagi ya di level G.


No comments:

Post a Comment